Powered By Blogger

Tuesday, 30 December 2014

Sayonara 2014!!

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah, syukur yg teramat kehadrat maha suci Allah yg msih mmnjangkan umur ini untuk trus mnjalani hdup ddunia ini. Syukur Alhamdulillah banjir dikelantan sudahpun surut, dan rata2 masyarakat sudah kembali ke teratak masing2. Namun kesedihan trnyata hiba, bila mana ad sesetngah pnduduk yg khilangan tmpat tinggal, kmusnahan sbhagian hrta bnda. Ya Allah... gantikanlah yg lebih baik buat merka, dan jdkanlah mereka ttap sabar dn tabah dlm mnghdapi dugaanMu ini.. Aaamiin.

" season changed and it’s January again. dear Allah, may everything be better than yesterday, ease me and guide me to mardhatillah.”

~dear January, i miss you. dear yesterday, stay gone. dear tomorrow, Assalamualaikum. dear memories, will not forgeting. dear future, wait for me. and dear Allah, please keep me strong."

Menjelang penutup 2014~~Pertama2 sekali... saya ingin merakamkan ucapan TERIMA KASIH kepada:

Khususnya kpd cinta hati sy,
Allah SWT. kerana dgn rahmat dan kasih syangNya, sy msih brpeluang brnafas dibumi milikNya ini dgn nikmat islam dan iman brpaksikan Al Quran dan Sunnah. Ya Rahman, ssungguhnya berat ujian yg Engkau berikan pd kmi smua namun itu bukan hlangan untuk kmi trus mngimaniMu. Moga Engkau trus mnghntar ujian2Mu agar kmi sntiasa sedar akn kealpaan dan kelalaian kmi pd khidupan yg bkal kmi hadapi d kmudian hri. ♡♥♡♥♡

Kepada Ibu bapa dn keluarga trsayang,
Mak,ayah. Terima kseh yg xterhingga krana ksanggupan kalian dlm mmbesarkan kmi smua, mlayni kerenah kami tnpa jemu. Mngajar kmi erti cinta pd Tuhan, makhluk dan alam. Sesungguhnya teramat besar pengorbanan kalian shingga xmampu kami blas dgn sgala harta yg kmi ada skalipun. Moga Allah sntiasa mnjdikan kami anak2 yg soleh/solehah dgn kemampuan mnjaga, melindungi dan sntiasa mnghormati juga menyayangi kalian hingga ke nafas trakhir kmi. InsyaAllah.
Abg long,kak ngah, kak wan, abgte, adik. Sepanjang 22 thun ini, sememangnya tidak dpt dsangkal lgi yg kita xmmpu berdiri diatas kki sndiri. Kita smua saling memerlukan antra stu sma lain. Bergmbira brsama2, bersedih pun brsama2. Moga kita sntiasa mnjaga amanah Allah ini dan sntiasa mncri ruang mngeratkan silaturrahim sesama kita walau khidupan yg mndtang bkal mnyibukkan kita dgn haluan msing2. ♡♥♡♥♡

Kepada sahabat2ku,
Tak boleh nk mention nama sbb ramaiii sgt.. hehe ;)
Kalian smua adlah penyeri hdup ini. Aku xkan mngenal erti ketawa jika tiada kalian. Shbat yg sntiasa ada dsisi dikala susah dn senang. Yg sntiasa Mnjdi pendorong diri ini utk sntiasa bersemangat mneruskan sisa baki khidupan yg entah bila akhirnya. Tuhan.. hnya ku mohon, Engkau jagalah sahabat2ku ini. Sepertimana apa shja kebaikan yg Engkau beri pdku, maka berikanlah juga kpd mereka. Permudahkan sgala urusan merka, perbaikilah iman dan ketaqwaan merka kpdaMu, dan jdikan kami sahabat yg sntiasa berganding bahu mncri ilmuMu serta sama2 mncri jalan kesyurgaMu. InsyaAllah, mudah2han. ♡♥♡♥♡

Kepada buah hatiku,
Pun xboleh mention nma sbb xhalal lgi kan? Hehe >_^
Allah.. trima kseh krana pertemukan kami.
Awak.. trima kseh diatas sgala kesanggupan utk mnjdikan sy insan yg lbih baik dr sebelumnya. Bnyak sgt ilmu yg awk kongsikan pd sy yg xdapt sy blas walau dgn berjuta ucapan trima ksih skalipun. Percayalah. Sememangnya khadiran awk dlam hdup sy bnyak mngubah sy ke arah kebaikan. Perbaiki solat, perbaiki bacaan Al Quran, perbaiki ucapan dan kata2 yg xelok ddengar, perbaiki cara pemakaian. Sesungguhnya sifat sabar dan rendah diri awk, memikat hati sy. Hnya sy harapkan, awk akn sntiasa ada dihri2 yg mndatang. Mnjdi semngat dan kekuatan sy utk sntiasa mntaati Allah. Prcayalh, Walau jarak memisahkan, tp bukan hati. Doa sy, moga Allah permudahkan segalanya bg awk, dlam prjalanan menimba ilmuNya. Moga awk kembali pd sy dgn izinNya, dn dgn rahmatNya mnyatukan kita dlam ikatan yg diberkatiNya, suatu hri nnti. InsyaAllah jika brjodoh. ♡♥♡♥♡

Tahun 2014,
Tahun yg bnyak mmberi kejutan. Kegembiraan juga ksedihan. D tahun ini... manusia dikejutkan dgn pelbagai bntuk ujian, bncana alam, kmusnahan, khilangan org trsyang, dan brmcam lgi. Di bumi yg makin mningkat usianya, dikala kezaliman pemimpin brkemuncak, dimana alim ulama dihina, orang bwah ditindas sewenangnya, maksiat berleluasa, sesetngah yg mmpermainkan hukum Allah, anak2 derhaka pd ibubapa, harta dn pangkt diagungkan, bayi2 dibuang tnpa belas kasihan. Berperang sesama islam, obses dlam berpolitik, perundangan kehakiman jelas melanggari kebenaran, halal haram tidak ditikberatkan, manusia berbuat sesuka hati pd bumi seakan bumi ini miliknya. Hak mutllaknya.
Allah tidak lgi dihati, hukumNya dijadikan mainan semata.

Lalu... apa yg mmpu kita perkatakan andai bala yg Allah trunkan pd kita semua bagai jatuh ditimpa tngga. Satu demi satu peringatan Allah berikan tnpa henti. Supaya kita smua sdar yg bumi ini milikNya. Kita sekadar tanah yg hina. Mengapa trlalu berani ingin mnjdi tuan kpd bumi??!


Sedarlahh manusia...dunia bukan tmpat kita. Allah kurniakan kita dunia utk mnjdi khalifahNya, utk mcri kebaikan drinya(bumi). Bukan berbuat sewenangnya, shinggakn bumi mngis, meratap, sdih dgn prbuatan mnusia yg kian melampaui batas hri demi hri. Lalu pantaslah jika Allah trunkan plbgai bncana utk mnunjukkan kekuasaanNYa kpd kita, nmun prsoalannya dsini, sedarkah mnusia??? Atau sekadar mnungkat dagu dan mngatakan "ini hnya lumrah alam".
Ya Allah..... sudah tiba thap dimana bumi dh xtahan dgn kzaliman kita, mereka sudh tidak mhu bersahabat dgn kita. Jika Allah mngkhendaki, maka skelip mata shja bumi ini boleh musnah. Tp tidak. Allah msih mmberikn hambaNya pluang utk brtaubat. Didatangkn manusia ujian kcil yg msih mmpu ditmpung merka agar merka sedar dan serta merta kmbali mentaatiNya.

Ujian demi ujian... sedarlah, bukan Allah ingin mnghukum, tp ia sbgai peringatan. Andai ujian ini hnya dsimpan dn tidak diturunkn, maka kita akn trus lalai dgn nikmatnya dunia yg sementara.


Moga smua yg blaku di thun 2014 mnjdi iktibar dn pngajarn buat kita smua, hamba Allah yg sntiasa memerlukanNYa. Ketahuilah stiap ujian yg Allah trunkan pd kita xlain xbukan hanya krana DIA ingin kita kembali padaNYa, kerana sayangnya DIA pd kita. Alangkah ruginya jika kita mensia-siaknnya ujian itu. Brfikirlh..
rahmat Allah itu luas. Maka gapailah ia wlau dgn apa cra skalipun. InsyaAllah, moga kita smua hdup dlam redhaNya dan beroleh rahmatNya dunia dn akhirat. ^_^


Wednesday, 3 December 2014

''Kita mengasihi kerana yang Maha Mengasihi''

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....

Alhamdulillah, hari ni sempat jugak update wlaupun jam dh mnunjukkan pkul 2 pagi.
skrang dah masuk bulan 12.... tempahan baju skolah dah mula masuk, agak penat sedikitlah tp tetap bersyukur, itu sbhagian dr nikmat Allah yg Maha Mengasihani. ;)

ermmm, rasanya dah nk dekat subulan kott tak on blog ni, rindu pulak nk menulis..
tak thu knape, semalam tiba2 jer terfikir nk try nulis novel.. tp xthu nk nulis genre ape. urmm, fantasi kah? sy ni bukn pndai sngt nk berilusinasi. urmm, aksi? errr, mcm xder idea.. urmm, romance?? isshh, xdelah sgt pngalaman brcinta ni. komedi?? haha tkut nnti, sy jer yg gelak sorang2. huhu
semuanya xder yg sesuai. last2, lupakan sajalah niat tu, tido lagi baik.......... ^_^

''Fill your heart with Allah, so there is less space for anything other than Allah.''

pepatah diaatas sering kali muncul diminda takala aku terlalu taksub dengan dunia. mungkin juga sbahagian dr peringatan Allah. terkadang kita tak perasan, dalam kita gembira dgn dunia, kita sedikit demi sedikit mula jauh dr memikirkan akhirat, sedangkan mati itu terlalu dekat dgn kita.
apalah yg ada pada sebuah kebahagian didunia yg sementra ini melainkan rahmat Allah yg luas?

berikutan kisah hati sendiri, aku terkadang mencintai makhluk lebih drNYA, terkadang merindui dan mengingati makhluk lebih dr mengingti yg Maha Pencipta.
mungkin syaitan ingin melalaikan hatiku buat seketika. dan yg buat aku sedih, syaitan itu berjaya! :'(


hmm..... sukar utk aku jelaskan. 
hati kata mahu, jiwa meronta2, fikiran bercelaru. aku dah buat keputusan. tp kenapa hati ni masih ragu2? adakah sbb rasa sayang yg terlalu mendalam? atau rasa bersalah yg trlalu mncengkam??
aku beristikharah. mminta petunjuk dariNYA.
sesudah beristikharah, aku tekad mnyatakan hasrat. namun utk beberapa ketika, hati ni rasa menyesal. betulkah tindakan ini? atau mngkin aku terlalu terburu2? ahh, syaitan mnghasut lgi. masakan istikharah itu salah?? lama aku berfikir. rupa2nya disebalik smua itu.. aku menemukan satu hikmah. Alhamdulillah....

ceritanya, usai solat subuh, aku buka utube, mncri2 video ceramah ustaz2 kegemaranku. tiba2, whatsap ku berbunyi. seorang sahabat menghantar mesej tntang 'hakikat cinta'. 
(dalam hati, ''panjangnya karangan, kt mana la dy copy paste nie...hohoho'')

sedikit pencerahan dr karangan trsebut menyentuh hatiku. katanya,

''cinta pd manusia itu lumrah. ia fitrah yg ada pd stiap manusia. kita bercinta lelaki dan prempuan, keluar brdua2an, berpegangan tngan, kehulu kehilir bagai dunia itu hnya milik mereka berdua. ketahuilah itu bukan cinta! itu nafsu. nafsu ini merupakn perkra yg harus kita kawal, dan cegah drpd ia merebak. cinta itu tidak salah malah ia diharuskan. tp bgaimana bercinta itu boleh mnjadi haram? kerana nafsu itu mnjadi raja lalu mmusnahkan hati. 
cinta yg bertuhankan nafsu juga boleh mnyebabkan kita lalai dan jauh dr Allah. bgaimana ia trjdi? apabila kita trlalu mnyayangi manusia lebih dr Allah. apabila hari2 kita diulit dgn kata2 cinta dr manusia, tp bukan kalam zikir Allah. bilamana setiap waktu dan ketika kita memikrkan utk hidup dengan cinta manusia sedang kita lupa akan mati yg mengekori setiap masa. kethuilah... syaitan itu bijak mmperdaya. cinta yg kita agung2kan, cinta yg ditajuk utamakan kerana Allah ttpi melanggar syariatNYA, menjauhkan kita dr RahmatNYA, lalu sejauhmana kalian fikir cinta yg Allah tidak redha itu bakal bertahan? 5mnggu? 2bulan? 8tahun? sebetulnya tidak sama sekali. cinta yg jauh dr Redha Allah, hnya skdar mmbuatkan kita bertahan seketika cuma. lama kelamaan, cinta itu akn pudar rasanya, akn hilang dek bosan, akan menjauhi dn beralih mencari cinta lain yg lbih segar dr cinta yg pudar itu. hakikatnya... hati ini milik Allah, jika kita serahkan semuanya kepada manusia dan tidak mninggalkan walau seklumit pun utkNYA, adkah DIA meredhai cinta tersebut? sudah tntu tidak.
cinta yg sebenar2 cinta adlah cinta y kekal sepenuhnya kerana Allah. dan dipanggil fitrah itu kerana Allah sndiri yg memasukkan cinta dlm hati manusia. dan DIA pastinya mampu mngekalkan atau menarik kmbali perasaan cinta itu sekehendaknya. mka bijaklah menggunakan hati dan bijak mngawal nafsu, kerana setiap yg datang kerana Allah baliknya juga kepada Allah. cintalah sekdarnya sahaja, besederhana itu lebih indah. jika benar cinta kerana Allah, maka buktikan! mulai ia dgn perhubungan yg diredhaiNYa dan akhirilah dgn Perkhawinan sperti disunnahkn.''

(haa.... pnjang kan2?? letih ceq menaip.. ni pun ad lgi, tp xlarat dahh.....)

begitulah hakikat cinta. memang ia fitrah tp bnyak yg msih perlu kita ambil tahu. sejauh mana cinta itu mndatangkan kebaikan juga kburukan buat kita. yang penting, cinta kerana Allah hakikatnya memerlukan pengorbanan. dan aku gembira, aku dan dia hampir berjaya berkorban, insyaAllah untuk cinta kerana Allah ini, untuk mndapat redha dan RahmatNYA. untuk kbahagiaan kami d dunia dan pstinya di akhirat sana.. mudah2han hnya diiringi doa saban hari mampu mndekatkan hati kami, moga engkau disana setia bersbar dan juga aku disini setia mnunggu......................... 

untuk awak buah hati;
''cinta yang tulus kerana Allah, tak akn lemah kerana waktu, tak akn hancur kerana ujian, dan tak akn terpisah oleh jarak.
sy sedar, dgn kputusan ini, dan dgn cra penerimaan awk, sy mungkin bakal kehilangan awk, tp sy xputus berdoa supaya Allah xbolak balikkan hati kita. supaya Allah jaga rsa sayang ini smpailah tiba wktunya. mengertilah, sy trlalu mnyayangi awk dn sy xnak hubungan ini brakhir dgn sia-sia.
sy cuba ajari diri sndri untuk brsbar, dan sy cuba utk bri ruang utk awk memilih. sy sdar, sy buknlah prempuan yg sempurna, awk berhak mndpatkan yg lbih baik. andai kata suatu saat nnti, awk brtemu dgn yg lain dan sy msih lg setia mnnti, brtrus teranglah.. sy akn cuba pupuk hati utk redha. kebahagiaan awk, kebahagiaan sy juga.
yakinilah janji Allah, jika memang berjodoh, tak lari gunung dikejar''  ^__^

Thursday, 30 October 2014

Ikhlaskah kita??

Assalamualaikum warahmatullah.. ^_^

hari ni baru sempat nk 0n lappy, bru sempat nk update.. :) diharap semua yg sempat singgah di blog ni sihat sentiasa hendaknya..

dalam seminggu dua ni, ada sdikit prubahan dlam aktiviti harian sy. first, hari jumaat pun kena kerja. ni sume gara2 pekerja brhenti mengejut. so, nak xnak.. terpksalah mngadai hari cuti yg tramat brharga tu.. :'(
yg kedua plak, skrang ni sy dah start ambik lesen.. yuhuuuuu!! kereta n motor, dua2 skali sy rembat! ha ha ha (lulus ke gagal lain kira lh) :D

buah hati plak da balik mesir, brhubung pun sminggu skali jer,.. terpaksalah sy adjust blik jadual harian biar nmpak full skit. lau x, ase kosong jer bila dia xda.. apa2 pun kena cuba sibukkan diri.. mcm yg selalu dia pesan 'carilah n bljar ilmu agama sebanyak mngkin'. insyaAllah.. sy ingt pesan awk...............:(

''sabar, redha dan ikhlas'' merupakan 3 perkataan berbeza juga mmbawa maksud yg berbeza.

dalam diri seseorang manusia, tak ramai yg ada ketiga2 sifat diatas. ada yg memang dia ckup sabar dgn kerenah manusia tp dia xikhlas dlm memaafkan orang yg pernah mnyakiti htinya. ada juga yang dia ckup ikhlas dlm memberi, sntiasa bersedekah pd fakir miskin tp dia xdpt bersabar dgn jiran2 yg slalu buat bising di kwasan rumah, memaki hamun tu dh jd rutin dn kebiasaan di pagi hari.

begitulah dalam diri manusia. xder yg sempurna. terlalu bnyak kekurangan dan sntiasa sdikit demi sdikit. hari demi hari perlu mmbuat perubahan dlam diri msing2 ke arah kebaikan.
jarang sgtlah kita nak jumpa yg betul2 ada ketiga2 sifat ni. memanglah ada... cuma xramai. :)



al kisahnya semalam.. semua 0rg xde dkat rumah. tinggal kakak sy n anak dia jer. yang lain semua ada urusan msing2. sy plak kluar test lesen, kira2 dlam kul 5 ptg gtu la sy sampai rumah..
balik2 tengok rumah bersepah, al maklumlah.. nursery kan? he he he
lpas tu sy tnya kakak sy, ''ada makanan x? lapar...'' dia pun angguk.. aiii... letih bebenor la tu, smpai xleh nk bukak mlut. huhu
biasa lah jaga budak2 ni kena bnyak sbar.. sy pun xnafikan, mmng penat jaga budak2 ni, lbih2 lg mnjaga anak2 saudara yg ter0ver aktif ni... :)

selesai solat, mndi2 sume.. sy pun masuk dapur. nmpak dia tgh suap anak dia mkan bubur.
sy bukak peti ais, kot2 la ada air sejuk. tp malangnya takda.
so, apa lgi, sy trik krusi dan jamahlah apa yg ada.... tiba2 anak saudara sy mintak air, sy pun ckap air sejuk takde. trus jer kakak sy bukak mulut. ''budak2 ni la, mnum air sampai abis, letih akak masak air ari ni. dah la buat sorang2. jaga anak lgi..'' sy trsnyum. sbb mmng dh thu prangai dia yg suka mmbebel.

''ala... Allah nk bgi pahala free tu. dah tetiba mngeluh plak. xpsal2 Allah tarik balik. buat air bg 0rang mnum tu kn dapat phala.. apa lah salahnya..'' tegur sy lembut smbil trsengih2. dlam teguran ni,, lbih2 lgi nk tgur org yg lbih tua dr kita bukan senang.. ayat tu xboleh trlalu keras, tkut nnti teguran kita xdterima dan mnyakiti hati dia pula. haaaii.. kan timbul msalah plak.


Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak menerima amal kecuali dilakukan dengan ikhlas dan mengharap redha-Nya.”


betul.. bukan mudah nk ikhlas dlam sesuatu perkara. xkiralah dalam memberi mahupun menerima. kita xkan nampak ikhlas tu melainkan hnya Allah dan diri sndiri jer yg thu. tanyalah sntiasa pada diri. apa sesuatu yg kita buat tu adakah kerana Allah?? atau mungkin kerana manusia? soal pada diri. mungkin selama ni kita jarang bersyukur dgn bermacam nikmat yg DIA anugerahkan pd kita. wlaupun kita berbuat zalim, ttapi Allah maha Pengasih, maha Pemurah. dia tetap kurniakan kita rezeki, kita buat amal baik wlaupun tersangatlah kecil, ttapi Allah beri ganjaran pahala yg besar. betapa DIA sayang pada kita. lalu, xboleh ke dalam hidup kita, dlam sgala hal dan prancangan kita dahulukan DIA?? mcm kita ada kekasih.. dia syg sangat2 dekat kita, tp kita xpernah nk hargai dia. cuba teka, mcm mna dia rasa?? msti sedih dan kecewa. mcm tu jgk kita dgn Allah. tapi yg berbeza, klau kita xhargai kekasih kita, dia mngkin akn tinggalkan kita. tp Allah??? DIA xkan pernah sesekali meninggalkan kita! 

kita sering berdoa, mohon agar Allah menerima segala amalan baik kita didunia. namun, jika nak masak makanan utk keluarga sndiri pun kita dah merungut, mngeluh, mngungkit, apa agaknya amalan baik yg kita nk Allah terima?? berubahlah... set dlam hati. ''apa saja perkara baik yg aku buat ni, aku buat keranaMu, Allah. aku yakin, xkn sia2 perbuatan aku ni. moga Engkau redha ya Allah.''
memang mula2 agak sukar.. tp percayalah, lama kelamaan, ia akn berubah mnjdi suatu kebiasaan. dan smpai masa tu, kita akn sedar yg kita akn lebih tenang dlam keikhlasan.. 

moga bermanfaat. ^_^

firman Allah dlam surat Al-Mulk ayat 2 yang berbunyi, “Liyabluwakum ayyukum ahsanu‘amala

untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya” 

dengan makna akhlasahu (yang paling ikhlas) dan ashwabahu (yang paling benar). 

Katanya, “Sesungguhnya jika amal dilakukan dgnn ikhlas tetapi x benar, maka tidak diterima. 

Dan jika amal itu benar tpi x ikhlas, juga x diterima. Sehingga, amal itu harus ikhlas dan benar. 

Ikhlas jika dilakukan karena Allah Azza wa Jalla dan benar jika dilakukan sesuai sunnah.”

Thursday, 2 October 2014

Bingkisan cinta FILLAH...

As salamualaikum warahmatullah..
salam jumaat yg barakah, salam 8zulhijjah. salam keatas saudara mara, rakan2 dan kpd semua muslimin/muslimat yg sedang mengerjakan ibadah Haji sekarang ini..

wahhh... tengok 0rang pergi Haji, tetiba hati jadi teringin hendak kesana juga. yelah... sbgai seorang muslim, sudah mnjdi impian kita smua untuk mnjejak kaki di ''rumah Allah''. so, start skrang kena usaha kerja sngguh2, kumpul duit dan xputus2 brdoa agar kita juga turut dijemput mnjdi tetamu Allah disana suatu hari nnti. Aamiinn..
diharap para jemaah yg brada disana kekal sihat sntiasa dan dpt mngerjakan ibadah dgn sempurna serta pulang ke tanah air dgn selamat lalu memperolehi Haji yg mabrur (terbaik/diterima Allah SWT) hendaknya..Aammiinn.. InsyaALLAH ;)

Rasullullah SAW bersabda yg bermksud, ''sesiapapun tidak akan merasai kemanisan iman, sehingga ia mencintai seseorang hanya kerana Allah semata.'' {riwayat al-Bukhari}


hari ini... sepi. ku anggar bgitu juga hari2 yg mndatang. betapa aku trlalu bergantung pd bayangnya. usai sja solat maghrib, aku turut mndoakan kebaikan baginya, lantas aku bngun utk mncapai naskah kalam Allah diatas meja. mlihat saja Al- Quran, Ya Allah.. betapa aku teringt dia. tegas tegurannya pada ksalahan tajwid dan bacaanku. lembut tutur katanya menasihatiku dlam pelbgai prkara dgn penuh hikmah. pertanyaan 'dah solat da??', 'dah ngaji?', 'baca berapa makraq hari ni?' sungguh aku memerlukan dia untuk meneruskan perjuangan dalam mendalami ilmuMU Ya Rabb...

tiba2 air mata menitis. tidak pernah menduga, apalagi mngharap bahawa satu lagi doaku dikabulkan oleh yg Maha Esa. doa yg sering aku panjatkan sejak dilaman sekolah menangah lgi.
aku sntiasa memohon agar Allah sentiasa mnjagaku dr sebarang anasir jahat, mnusia2 yg brniat tidak baik trhdapku, dan aku mohon agar DIA menemukan aku dgn hambaNYA yg beramal soleh, agar aku juga terkena tempiasnya, agar aku boleh mngikuti akhlaknya dan menerima nsihatnya utk kebaikanku dunia dan akhirat. dan benar.. kehadirannya dalam hidupku adalah hadiah terindah dariMU, Allah!

''jarak ini bukan untuk mnghukum, ttapi untuk mnjaga kau dan aku lantas memprolehi redhaNYA''


bnyak kali aku brfikir. sekejap termenung. sekejap terangguk2. sekejap pula mngeleng2. entah apa yg harus aku lakukan.

bak kata ustaz.. ''perempuan adalah satu drpada perkara yg boleh melemahkan kaum adam.''

lalu aku trfikir, jahatkah aku?? merampas pandangannya, akal fikirannya, masanya, hatinya serta aktiviti hariannya. sampai tahap aku terfikir.. adakah disebabkan aku dia boleh kehilangan akhiratnya??

runsing. fikiran ini xtenteram. lalu aku tunaikan istikharah. meminta petunjukNYA..

aku sedar... dia trlalu baik.. sedangkan aku tidak. sungguh aku takut andai Allah tak redha. lalu aku hrus berkeputusan! nak memutuskan?? memang aku tak snggup! dia trlalu istimewa dihati. lalu nak meninggalkan?? lagilah xsanggup! sehari pun dah bagaikan sebulan...
lantas aku beranikan diri meminta jarakkan. Alhamdulillah... dia sangat memahami :)
aku tahu.. permulaannya tentulah teramat sukar, namun terpksa kami gagahi juga. bukan utk kepentingan peribadi, ttapi lbih kepada kepentingan berdua. aku harus kuat. dia juga perlu kuat. kerana utk menmpuhi masa akan datang, bukannya sekejap.. lantaran itu, keputusan ini perlu diteruskan. jangan sesekali fikirkan deritanya, ttapi fikirkan kebahagiaan yg bakal mndatang.


''aku mencintaimu kerana agama yg ada padamu, jikalau engkau hilangkan agama dlam dirimu, maka hilanglah cintaku pdamu.''

aku ingin berjuang demi setiaku padamu. aku ingin berkorban demi kebaikanmu pdaku. aku ingin mnjadi insan yg bersyukur dgn ketaqwaan yg ada padamu dan semestinya aku ingin bersamamu menempuhi khidupan dunia dan akhirat demi agama yg ada padamu. semoga kita sama2 bertahan.. sama2 berdoa.. agar setiap apa yg kita lakukan tidak akn ssekali mnjauhkan kita dr rahmat Allah dan memohon agar Allah akan sntiasa mnjaga hati ini, agar sentiasa saling mengingati dan mnyayangi hanya keranaNYA.


''rindu ini biarlah disandarkan hanya kpadaNYA.. cinta ini biarlah mengalir dlam redha dan rahmatNYA. ingatan ini biarlah tersimpul erat kerana cinta dan rindu akan hamba yg senantiasa mengingati Allah.''

Bertahanlah wahai kekasih... sesungguhnya jarak ini tidak lama. sekadar untuk mnjaga kita dan memberikan kita sesuatu yg lbih baik sbgai balasan yg nnti bakal mnguatkan dan mngukuhkan ikatan hati ini.  ^_^



Saturday, 20 September 2014

Kemaafan demi sebuah Keampunan ...

Assalamualaikum warahmatullah kepada seluruh muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat khususnya kpd yg sempat singgah di blog sy yg xseberapa nie.. al maklumlah blog sy nie xsehebat blogger2 yg lain.. yg da ade berpuluh ribu followers.. sy ni just 'blogger baru nk blajar je'. ;)

''Not everyone is meant to stay in y0ur life forever.
sometimes they are only there long enough to teach you the lessons you need to learn.''

totaly right!ujian dtg sbgai pelajaran dan pngajaran buat dri kita. semua bnda xkan kekal disisi kita, sama juga seperti kita, yg xkekal hdup di dunia ini selamanya.. stiap ujian yg Allah berikan merupakan kifarah dan ada hikmahnya yg trsendiri. jika kita kufur nikmat, maka jgan salahkan Tuhan andai DIA mngambil kembali sesuatu yg tlah dipinjamkan DIA buat kita. Allah mengetahui sedangkan kita tidak.

pernah dengar ayat nie?? -----> ''kerana sepotong ayat, hati boleh terguris sepanjang hayat.''

haa... pernah kan kwan2.. sebenarnya ayat ni merujuk kpada bahana lidah yg boleh membawa kepada bencana hati. wowww.. demand sgt ayat ni~~ huhu


saya bagi contohla erk senang... :)

(perhatian!!! dialog ini adalah rekaan penulis semata2. 
xde kna mngena dgn yg hdup atau yg tlh mnggal dunia)

Farah: errhh, zita.. knape name bapak kau jahil hah???
zita: ermm... entahlah. datuk aku yg bagi name tu kt bapak aku.
Farah: hahaha.. kesian bapak kau.. mesti dia tu jahil kan??
zita: jahil tu ape erk?? (zita ni budak baik.. slow la skit,)
Farah: jahil tu... mksudnya... bodoh.. xtahu apa2. ha ha ha kesian msti ko pun jahil mcm bapak kau kan???!! ahahahaha
zita: terdiam.( lalu berlalu pergi.)

20tahun kemudian. di sebuah bngunan kerajaan.

Farah: erhhh, zita an???
zita: yer.. saya..
Farah: kau xcam aku ker?? akulah farah!!
zita: tersenyum sinis. manalah aku nak cam.. aku kan jahil... xthu apa2. sama ngan bapak aku an..
Farah: (alamak!!! dia ingt lgi la..)
Zita: minta maaf yer.. aku xrsa kau layak berkerja kt sini.. nah. amik blik resume ni... pergi cari kerja tmpat 0rg yg xjahil yerr??
Zita: terdiam. (lantas brlalu pergi) menyesal tak sudah............................


sebab tu 0rang kata... bercakap biar beringat2. hati mnusia ni rapuh. sekali kita panah, menusuk sampai ke dalam.. bila cabut balik bernanah dan akan tnggalkan parut yg akan kekal smpai bila2.

kadang2 kita bergaduh, padahal sama2 keluarga, darah daging sendiri.. ttapi sanggup melukakan hati saudaranya dgn percakapan yg agak keterlaluan. xterjangkau dek akal. tolongla... jnganlah sampai 0rang berdendam dgn kita hnya disebabkan lidah yg xpndai kita jaga. kalau xpuas hati sekalipun, diam cukuplah. tak pun, tegur secara lembut. berhemah. islam tu kan indah??

itu bagi 0rg yg menyakiti. bagi 0rang yg disakiti pula..

firman Allah: hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. tidakkah kamu mahu Allah mngampunkan dosa2 kamu?? (surah Al-Nur 24:22)


kita sbgai ummat islam amat digalakkan menjadi pemaaf. apabila berlaku konflik dan masalah, maka ssiapa yg mmulakan tindakan mmberi maaf akn mndapat ganjaran dan pahala yg lbih bsar. pemaaf adalah sifat yg mulia. pemaaf adalah org yg brjiwa besar kerana snggup melupkan kejahatan 0rg trhdap dirinya dan memaafkan ksalahan mereka. apatah lagi jika hubungan sesama kluarga yg punya ikatan darah, satu akidah bahkan satu agama.

tidak rugi seseorang manusia yg mmberi maaf kpd 0rg lain yg mnyakitinya..
niatlah dlam hati bhawa ''aku memaafkan si polan, kerana ingin meraih keampunan Allah.'' maknanya... kita maafkan orang yg mnzalimi kita kerana nak Allah juga memaafkan kita. berdendam ni xelok. ia skdar perbuatan sia2 yg direka oleh syaitan utk mnyesatkan kita.
hidup ni... sebenarnya kalu kita hidup dgn perasaan bnci, dendam, menyampah dgn orang lain.. perasan x? 0rang yg macam nie, hidup dia xkan bahgia dan tnteram.. ada saja yg dia xpuas ati dgn kesenangan 0rng lain. padahal hdup dia yg dah trlalu bagus tu tak pernah pulak dia nk brsyukur..... ish3... sudah2la.. berusaha dan cuba jadi manusia yg pemaaf.. Allah sayang.. manusia pun sayang... senyumlah ^_^ kita hidup untuk redhaNYA......



Allah berfirman: dua 0rang yg apabila mngerjakan prbuatan keji atau mnganiaya diri sndiri, mereka mngingati Allah lalu memohon ampun trhdap dosa2 mereka, dan siapa lg yg dpt mngampuni dosa slain Allah?? da mereka tidak mneruskan prbuatan kejinya itu, sedang mereka mngetahui. mereka itu balasannya ialah keampunan Tuhan mereka dn syurga yg mngalir dibawahnya sungai, mereka kekal didalamnya. itulah sebaik2 balasan pahala bagi 0rang yg beramal.'' (Ali-Imran 135-136)

{Fahaman ringkas yg dipetik dari majalah Solusi Isu 70}

Monday, 1 September 2014

Jangan memandang nilainya disisi dunia...

assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...

salam sejahtera dan salam 1 malaysia! ahakksss (kliss gtu) nasib baik hari merdeka dah lepas, lau x kena ucap salam merdeka lak.. :)

Alhamdulillah hari ni berkesempatan skejap buka blog... da berhabuk dah. hehe
lately ni bnyak problem skit.. ade skit msalah kluarga, tmbah msalah kt kdai lg n problem sharing dr sahabat2. wlaupun agak berat telinga ni utk mndengar, namun sbgai seorang teman, sudah mnjadi kbiasaan. apalah sgt... setakat meminjamkan bahu untuk mereka bersandar.. at least, berjaya jgk ringankan beban hati diorang. walaupun sedikit cuma....


''Teman yg baik sukar utk dicari,
  lebih sukar utk ditinggalkan,
 dan.. mustahil utk dilupakan.''

kita hnya manusia biasa. dia tak sempurna, kita juga tak sempurna. ada masa dia perlukan kita, dan ada ketikanya kita pula memerlukan dia. itulah gunanya sahabat. sntiasa ada dikala sukar dan snang. wlaupun tak sbesar mana bntuan kita utk meringankan beban mereka, nmun hnya stakat ucapan ''bersabarlah.. aku kan ada.. Allah pun ada. insyaAllah sabarmu ada ganjarannya.''  diyakini bhawa itu sudah ckup dan memadai buat mereka.


pernah tak seumur hidup kita, kita rasakan yg ada kawan ni menyusahkan? pernah ke? haa, tu.. kena tnya pada dri sndiri la. sbb saya ada s0rang kwan tau.. dia ni memang xfrenly lngsung. 0rang tnya spatah, dia jwb spatah. hari2 dia cuma ngan henfon n handsfree. memang la kitorang pergi kelas sama2, makan sesama, lepak2 skali tp... interaksi dia tu xde. xbrckap dgn 0rang.. contohnya, klau kita tnya dia ''weii, xlapar ke?'' dia boleh buat derrkkk jer, n trus ngadap fon dia tnpa replay pertnyaan tu. ambooii, berlagak btol! mne xangin 0rang yg brtnya tu an? ... huhu sabar jela yer. :)

and ada stu time tu, sy terrrr dengar dia mngadu dkt pakwe dia (pakwe la agaknya, huhu) ''eiii... sayang, i rimaslah duk sini. duk hadap budak2 ni ketawa, bergduh bgai.. stress la u.. sakit hati + skit kepala. eiiii... mnyusahkan!'' Allah.... trgamak dia ckap cam gtu. sedih gilerr kot. ase kecikk jer ulu hati ni. yelah, wlaupun kita xde la rapat sgt dgn dia, but any other way, dia ttap kitoraang anggap kawan. tp nak xnak, terima jelah. dah dia rasa mcm tu, nak buat mcm mne. xkan nak pergi serang dia n htuk kpala dia kt dinding plak an? hmmm....

''sahabat. jangan melihat pada nilainya disisi dunia, tp lihatlah nilainya disisi Allah dan alam akhirat. bukankah tlah dikatakan bhwa 0rang-orang mukmin ialah yang saling kasih-mengasihi antra sesama mereka? doa sahabat yang baik itu akan sampai kepada sahabatnya yg tlah pergi mninggalkan dunia walau tlah brtahun lamanya. demikianlah sahabat yg baik, yg sntiasa mndoakan sahabatnya yg lain.''

nak cari kawan memang la senang.. tp nk cri yg btol2 kawan tu susah jgk sbenarnya. yang boleh tegur scara baik lisannya dikala kita tersalah langkah, yang boleh menenangkan kita dikala kita dlam kemurungan, yg boleh bawa kita sama2 mncri ilmu Allah, yang boleh mngingatkan dimasa kita lalai dlam tnggungjwab kita sbgai hamba. ya! bukan smudah ABC nk dapat kwan mcm tu, probaly, cuma 2,3 0rang dlam rmai2 kwan kita. sbb tu klau kita dah jumpa atau dah mmng ada kwan yg cam gini, maka sebaiknya hargailah... jgan sesekali persiakannya. sahabat yg baik itu hadiah terindah drpd Allah. kerana kita hdup ddunia, tak akan lengkap dan smpurna tanpa se0rang sahabat yg baik. walau cuma se0rang. lantas, pilihlah sahabat yang dpt mmbawa kita kpd kebaikan, kerana tidak dinafikan bhawa pengaruh sahabat itu amatlah besar dlam khidupan kita. ;)


Menurut Imam Ghazali, persahabatan itu harus dilandaskan dengan jiwa yang bersih. Rasulullah S.A.W pernah bersabda:”Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih drp kamu mengasihi diri sendiri”


lalu, bait2 lagu ini saya tujukan khas buat sahabat2 sy diluar sana yg sntiasa ada dikala suka duka, yg sntiasa mndorong diri ini mengenali dunia ciptaan Allah dgn lbih istimewa. mudah2han persahabatan kita sntiasa diredhai Allah dan bermanfaat d dunia juga diakhirat sana. insyaAllah ;)

 Selama ini..
Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci......

Bersyukur kini
PadaMu Ilahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui...

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi..

KepadaMu Allah...
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita,

Kepadamu teman...
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah,
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman...
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan..

Telah kuungkapkan
Segala-galanya........
Itulah tandanya
Kejujuran kita..


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/lirik-teman-sejati-brothers.html#ixzz3C5r1WXt4

Monday, 4 August 2014

pentingnya SILATURRAHIM..!!

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh..

salam syawal, salam utk seluruh ummat islam yg hari ini msih diberi kesempatan mnghirup udara milik Allah SWT. masih islam, masih beriman, Alhamdulillah!

hari aidilfitri sepertimana yg kita tahu, adalah hari yg tanpa segan silu semua manusia mmpu merendahkan ego masing2 demi meminta ampun dan maaf dr manusia yg lain. jauh bezanya dgn hari2 biasa dimana manusia ni, bab2 kalau nk mintak maaf... ummpphh, memang susah sgttt. terbelit lidah, trgigit bibir nk ucapkan kalimah tu. smpai ada yg popularkan ayat nih ''nanti raya ah aku mintak maaf '' :)

muslimin, muslimat yg dikasihi....

kita semua xthu.. bila ajal dtang mnjemput. tua ke.. muda ke.. semua tu dah xjd penyebab. kalauulah kita ada brgaduh dan xbertegur sapa dgn saudara mara, kwan2, dan lbih teruk ngan mak ayah, mampu ke kita jamin yg kita sempat mintak maaf ngan diorang? mati tu sngt dkat dgn kita..... xthu esok lusa, entah hdup lg ke x.

riwayat Al-Bukhari, Nabi SAW ada menyebut: '' tidak akn masuk syurga sesiapa yg memutuskan silaturrahim.''

teringat first day raya, saya mnjejak kaki ke masjid kubang kerian, kelantan utk mnunaikan solat sunat aidilfiri. SUBAHANAULLAH... memang ramai sngt2 manusia pagi tu. asenye mmng first time la sy tgok 0rg ramai mcm tu skali kt msjid. (sbb slalunya smyg raya kt surau kmpung je) sampaikan sy n the geng solat dkat laluan pejalan kaki kt bwah msjid tu.. fuhhhh... memang 0rang kata, pemandangan yg indah dipagi hari.. hu hu ~~ erhh2, ni jauh mnyimpang dr tjuk nie~

point pnting yg nk diceritakan adlah tntang khutbah sbenarnya.. smbil tersenguk2 jgklah sy duk dgr khutbah tu. al maklumlah, malam raya tu.. klau xpkul 2,3 pagi mmng xtdo lg.. hehe
dalam khutbah tu, sepanjang2 lebar khutbah, perkara pertama sekali yg tuk imam tu mention adlah tntang silaturrahim. masa tu tetiba jer trdetik dlm hati sy, 'wow... dlam byak2 bnda, solat, puasa, zakat, silaturrahim adalah bnda pertama yg disebut.' disitu kita dpt tahu bhawa islam mnitikberatkan silaturrahim. bukan bnda main2. bukan perkara kecil yg kita nk remehkan. bukan hal kcik yg kita nak tangguh2 kan.


Nabi SAW ada myebut: silaturrahim itu trgantung di arasy lalu brkata: ''sesiapa yg mnyambungku (silaturrahim) maka Allah akn mnyambungnya dan sesiapa yg memutuskanku (silaturrahim) maka Allah akan memutuskannya.'' Al-Bukhari

betapa Allah dan kekasihNYA amat mmbenci golongan mnusia yg suka mmutuskan silaturrahim. kerana silaturrahim ini adalh tali pengikat kasih syg sesama saudara. menyambung atau mngeratkan tali silaturrahim merupakan tuntutan wajib kita sebagai ummat islam.

kalaulah bukan diaidilfitri ni, kita dah lepaskan peluang utk saling mngeratkan hubungan, dan saling brmaaf maafan, tnyalah pada diri.. bila lagi?? lpas raya? errmm, memang takk la kan?? so, manfaatkanlah aidilfitri ini dgn sebaik mungkin. sbb belum tntu kita boleh jumpa lgi aidilfitri pd tahun2 akan dtg.. fikir dgn hati, beramallah dgn taqwa. insyaAllah... mudah2han kita smua mmprolehi keberkatan syawal thun ini. insyaAllah ^_^

Wednesday, 30 July 2014

takdir Allah itu pastinya yg terbaik...

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. 

belum terlambat rasanya utk sy ucapkan selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kpd semua ummat islam diseluruh dunia. syukur Alhamdulillah, masih kita dberi peluang oleh Allah untuk menikmati anugerah syawal pd tahun ini.. dan semoga masih ada lg peluang utk kita menikmatinya pd tahun2 seterusnya. insyaAllah ;)

dalam pada keseronokan kita meraikan aidilfitri, jganlah dilupakan pd saudara2 kita yg berada di syria, gaza, mesir dll. jngan lupa doakan kemenangan buat mereka dan doakan kehancuran israil zionis. apa lg yg mampu kita berikan? nak kesana sndiri mnjdi sukarelawan, memang tak la kan? nak hulurkan bntuan kewangan, diri sndiri pun ckup2 mkan jer kan?? so, please,.. jgan kedekut utk berdoa, berdoalah sentiasa utk kesejahteraan dan keamanan buat mereka. insyaAllah.. Allah sedang mndengar doamu.



Alhamdulillah................... syukur pd Allah, sehari sbelum menyambut lebaran, smua tempahan baju sempat disiapkan. fuhhh! memang lega bet0l, balik jer umah hri last puasa tuh ase cam ringan jer kepala. senyum pun dah nak smpai telinga! happy sngt. (Alhamdulillah. semuanya dr Allah) :)


''jangan terlalu berat melepaskan seseorang, jika benar dia milikmu, dia akn kembali smula padamu.''


betollah apa yg dikatakan. selepas pertemuan dgn ain, sy dah bertekad. xkan lg berharap! klau dia smemangnya utk sy, larilah kemanapun dia ttap akn balik pd sy. tp klau dia bukan utk sy, gengamlah sekuat manapun, dia ttap akn pergi. so, be positif. takdir Allah.. xder sape yg tahu. kita sbgai hamba hnya mmpu berusaha dan brdoa, moga2 beroleh yg terbaik utk dunia dan akhirat.. moga Allah tetapkan hati ini, smoga xberbelah bgi, dan luhur ikhlas hnya pd yg dihati. insyaAllah.....................................



Thursday, 19 June 2014

Yakinlah! REZEKI itu JAMINAN ALLAH..

Assalamualaikum warahmatullah kpd seluruh muslimin dan muslimat yg dikasihi Allah, pengikut setia Rasulullah SAW yg senantiasa berselawat merindui Baginda.. Alhamdulillah, hari ini kita masih diberi kesempatan 0leh Maha Pencipta utk terus menongkah arus kehidupan dunia yg pnuh dgn liku2 perjuangan amal dan pengukuhan taqwa. masih islam, masih beriman, ALHAMDULILLAH :)

dalam keadaan kesibukan kerja yg menuntut sy untuk fokus dan teliti dr pelbagai aspek, tujuan b'kerja kerana Allah dan ingin membuat juga memberi yg terbaik buat setiap yg mengharap akan hasil kerja tangan sy bakal memberi mereka senyuman dan kepuasan. selain wang, itu sudah cukup bagi sy.

''WE work.. not 0nly to earn Money, but to gain Experience''


hari ni... saya terperasan. bahawa dalam dunia ni ada bermacam2 0rang, dan pekerjaannya masing2. dalam kita mengeluh mengharapkan keuntungan yg lebih besar dari yg seadanya, kita lupa yang ada 0rang lain yg nilai keuntungan niaganya sehari belum tentu setaraf dgn keuntungan kita beberapa jam.

yahanana.... betapa beruntungnya kita.

kita, pergi kerja naik kereta. klau hujan, tempias pun xkena.
ada 0rang, pergi kerja jalan kaki. klau panas, berpeluh seakan mandi. kalau hujan, berlari mncri tmpat berteduh.
kita, pergi kerja duduk, ngadap letop, tambah aircond.
ada 0rang, sampai berjam2 pun blum tntu punggung b0leh sntuh kerusi.
kita, sehari klau keuntungan xcecah 1k, merungut. masam muka.
ada orang, sehari keuntungan klau dapat beli beras utk sebulan tu pun dah syukur Alhamdulillah.


saya terfikir.... ''bgaimana 0rang lain mncri nafkah dgn nilai keuntungan seharinya hanya cecah beberapa ringgit atau beberapa puluh ringgit. sepadan ke dgn usahanya bekerja gigih siang malam?''

lalu cpt2 sy muhasabah diri. rezeki itu dr Allah. turunnya sudah ditetapkan. terpulang pada kita bgaimana langkah utk mndapatkannya. klau sdikit, itu ujian. klau bnyak, itu juga ujian. ujian untuk menguji tahan kesabaran juga keikhlasan kita dlam bersyukur dgn segala nikmat yg dikurniakan buat setiap hamba2NYA.

''Ujian itu sering saja mendatangi kita, kerana kita Mukmin, pahala itu tentulah sebesar ujian itu.''

mak sy selalu pesan... ''nak hidup dgn bahgia, nak dpt rezeki yg mudah dan halal, sentiasalah merendah diri, saling memaafkan dan melihat pd 0rang yg dibawah, kerana bila kita slalu lihat pd 0rg yg diatas, maka akan jaranglah terbit rasa syukur dalam hati.''


akhir kata... jika kita melakukan segala sesuatu dgn keikhlasan, nescaya ganjaran yg kita terima juga setanding dgn apa yg kita usahakan. berdoalah pd Allah, brusaha, berserah dan bertawakallah pdNYA, sesungguhnya nilai Taqwa itu berlandaskan keimanan dan keyakinan akn janji Allah SWT.

Tuesday, 10 June 2014

nak thu akhlak sese0rang, tgoklah pd Adabnya..

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuhh... kpd semua yg sempat singgah n terrbaca p0st ni.. m0ga dlam keadaan baik2 selalu ;)

rasanyer dah alm0st 2 weeks kot xupdate, maklumlah keadaan xmngizinkan.... siang ari kerja, malam pun kerja.. kdang2 pagi lpas subuh pun dah buat kerja.. alahaii... sibuk mngalahkan bini PM ! ha ha ha

disebabkan sekarang dah msuk bulan syaban, dan tggal menghitung bape belas hari jer lg utk mlangkah ke bulan Ramadhan al mubarak, memang terikat sngt2 dgn kerja.. dah xley nk main2 sngt dah. kang xpsai2 xsiap plaq baju raya 0rgg... kan nayaaa...

0k d0ne f0r muqadimah. today.. the story is about.... JENG! JENG! JENG!!!!!

''ADAB-ADAB sese0rang ketika mana berhadapan dgn muslim yg lain'' aaiseyy man.. cam pelik jer topik nih -_-


kalau nak diikutkan, adab ni terbagi kpd bnyak..ada adab berdoa, adab mlyan ttamu, adab ketika mkan dll lg. sy fokuskan kpd 1 jelah yer... :)
adab ni x kiralah dalam keadaan apa sekalipun, masuk kdai 0rg ke, adab tawar menawar ke, adab 'mengorat' ke, dan sbgainya perlulah bersesuaian dgn keadaan dan juga akhlak kita sebagai se0rang mukmin.
bukan bleh wat sesuki hati jerr yer???

sebenarnyer..... ade sbb tetiba nk nulis psal nie.. tp biarlah rahsia dulu... nanti2 lah citer.

0keyhhh!! according to the news n0wday, adab ni mmng da semakin ilang dalm ketamadunan manusia zaman sekarang. alah, mana x nya.. zaman semakin moden, pembangunan dah semua tinggi2 nk capai kilat tp adab semakin pupus ditelan zaman. anak2 pun klau dia majuk atau marah, haa... bagi jer diorang main galaxy tab tuh.. game mcm2 adaa! kelass kan u olls?? zaman2 kita dlu.. lau majuk mogok xmkan nasi, sampai ke esok lah kebulur! nasib...nasib....

Firman Allah SWT yg bermaksud:
''Dan orang yang menyakiti orang mukmin,lelaki atau perempuan, tanpa adanya sesuatu yang mereka lakukan, maka orang yang menyakiti itu menanggung kebohongan dan dosa yang nyata.''
kadangkala, manusia ni dia xsedar.. perbuatan serta tutur kata yg lahir dr bibirnya tidak mncerminkan akhlak seorang muslim yg beriman kpd Allah. bukannye nak kan pujian, cuma pandai2 la c0ver.. tahu lah nak bergurau pun. dlam brgurau pun ada kena beradab. bukan main hentam keromo jer!

c0ntoh gurauan yg xberadab.
pembeli: alahai... c0melnyer baju ni. untuk dijual ke?
penjual: erhh, tak. ni sbgai display jer. klau nak beli ada pattern lain kt dalam. 
pembeli: 0ooo... yg ni xjual? (merujuk kepada pnjual sambil senyum sumbing)
penjual: (buat muka bodoh) yg ni dah ada 0rg boking.
pembeli: alah... melepasss....

tgok?????? see????? ada jgk 0rg cam gini an? xtahu la dr mane dtg 0rg mcm ni.. jnis nak mkan penampaq free la nie...

tu baru dr segi percakapan. belum perbuatan lagi... tp ase nye bahana lidah ni lg teruk kot dr body language... bagi saya lah... sbb klau perbuatan ni jarang nak jumpa yg melampau sngt.. xmcm mulut.. ckap tu keluar mcm air terjun, xberhnti2.

Contoh 0rg yg beradab ketika membeli:
masuk dah gerenti bagi salam..
pembeli: brape ni kak?
penjual: 00whh, ni harga dia 1000.. xpe, akak bg diskaun 500 jer dik.
pembeli: saya nk bukak yg ni boleh? (10 psang lebih dibukaknya -_-)
penjual: -------------------------
pembeli: erhh, maaflah kak.. dah bukak bnyak, sy memang crewet skit kak. mklumlah bnda mahal tkut t dah beli xbekenan plak. 
penjual: (senyum) erhh xpe.. biasalah tu. nak beli kena la biar puas ati..
pembeli: maaf yer kak.. susahkan akak jer nnti. xpelah, sy ambik 5psang ni yer.. trima kasih. :)

*kann bagooss klau semua coustumer sy cam gini.... caiiyarrrkkkk!! haha

well... biasalah, kita manusia biasa. yg mmng xlepas dr buat silap.mne ade yg perfect ten.  dgn mak ayah pun bleh trlepas, apakan lg dgn 0rg lain kan? tapi tu xboleh dijadikan alasan utk kita xubah sikap keberadaban kita tu dgn 0rg sekitar. haa mne la thu ade yg xsuka kan.. hati org nie, luar mungkin nmpak ok, tp dalam... Allah jer yg thu......................................................................................

Firman Allah SWT yg bermaksud:
Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka (Yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.'
(Surah al-Israa':53)


kepada 0rang yg sentiasa berhdapan dgn 'org yg xberadab ni' dinasihatkan supaya banyakkanlah bersabar. mne thu, Allah hantar dia utk uji kita, sejauh nme thap iman kita, thap kesabaran kita. jgan mengeluh seandainya kita terrjumpa 0rg sebegitu, set kan jer dlam hati ''bertuah aku jumpa dia ni hri ni, ujian Allah ni... sabar...sabar..bru dpt pahala'' :) memang la xsenang.. tp boleh cuba buat! mne thu brkesan kan?
btw, peringatan utk diri sendiri jugak nie.... ;) SELF REMINDER!!

Friday, 23 May 2014

Akhiri kami dengan Husnul Khatimah Ya Allah..

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh kpd semua muslimin muslimat yg brkesempatan mmbca entri ini. sm0ga dikurniakan ksihatan yg baik dan rezeki yg melimpah ruah serta dirahmati Allah dunia dan akhirat hendaknya.... ;)

bak kata ustaz Syed Norhisyam tuan padang di Tanyalah Ustaz pg tadi, ''utk mndapatkan kasih sayang drpd manusia yg lain hendaklah kamu meluaskan pengucapan SALAM.'' pergi ke mana pun, jumpa siapa pun, maka sebarkan dan ucapkanlah salam.. sesungguhnya ia dpat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia.. :D

Alhamdulillah...Pada rejab yg mulia dan Jumaat yg barakah. masih kita berpeluang utk bernafas dan mnghirup udara yg Allah berikan secara percuma kpd kita semua atas Rahmat kasih sayangNya pd kita. Allahhurabbi...


''tiap yang hidup akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan''

''Every s0ul must taste 0f death, and We try you with evil and with good, for 0rdeal. and t0 Us, y0u will be Returned!''

surah Al-Anbiya ':35
Subahanaullah.. amat benarlah Firman Allah itu.

sahabat yg dimuliakan.....................

ada 0rang kata.. yg perkhawinan belum tentu kita sempat tempuhi, namun kematian sudah pasti akan ditempuhi 0leh setiap makhluk yg bernyawa. 

semalam, saya teringatkan arwah nenek. kebetulan ketika itu tengah searching dkt fB.. tetiba nmpak frend p0st gambar jenazah yg dlm proses tgh dikebumikan. ya Allah... hati ni segera merintih
''bilakah tiba masaku? ya Allah, andai tibanya ia.. maka kembalikanlah aku kpdMU dlam husnul khatimah ya Allah..'' hampir menitis air mata. mungkin trlampau terkenang arwah nenek yg telah genap setahun meniggalkan kami.


Bulan Syaban 2013 jam 12.45 AM

ketika itu, aku dan mak sudara tgh get ready nak mandikan nenek. biasa la, cuaca dkt malaysia, lau mndi awal xterasa sangat. nenek slalu sngt mntak nak mndi tgh2 malam sbb dia rasa panas. so, kitorang decide tetapkan waktu mandi dia sebelum pukul 1 pagi.

masa tu, dia tgh tido. sampai kami berat hati nak bangunkan dia. tgok jam dah nak dekat kul 1pg. nak tak nak, kena gerak jgk. malam tu dia memang nampak lemah sangat. sampaikan nak bgun pun kami kena dukung. sib baiklah saya ngan mak sdara ni jnis bukan tubuh kecik2. huhu

actually, dah dekat seminggu nenek xlalu makan. selalunya, even bukan time makan dia pun dia dah lapar, tp seminggu tuh, kitorang bagi apapun dia xnak..harap minum air and asyik tido jer.. risau jugak kitorang. yelah.. sebelum ni dia xmacam tu....

lepas dah siap mandikan dia, kitorang dukung and letakkan dia balik atas tilam. masa saya nak pakaikan baju utk dia, kebetulan saya tengok muka dia. mata kiri dia asyik pandang sebelah kanan. utk pengetahuan semua, mata kiri dia selama ni xboleh bukak sbb kelopak mata dia dah masuk ke dalam. tapi malam tu terbukak. luas pulak tu. memang terkejut lah. cepat2 saya gtau mak sdara. suh dia tgok nenek sy.

drpd pkaikan bju sampailah dah settle pampes apa semua, mata dia masih trbuka luas pandang belah atas sebelah kanan. tiba2 mak saudara sy bersuara.. ''rasanya nenek dah xlama dgn kita ni. pergi panggil mak.'' Allah.... perasaan ni memang Allah jer yg tahu. sungguh saya xbrsedia nk hadap kematian siapa2. takut....

namun sy gagahkan diri. ketuk bilik mak. masa tu jam dah nak dkt kul 2pg. mak bukak pintu. n sy ckap, ''mak.. tgok nenek...'' tu jer yg mampu kluar dr bibir.

lepas mak tegok2 n chek mana yg patut, trus mak g panggil abg2, adik n kakak semua.. pakat duk brkumpul lam blik, baca Yassin.. masa tu, sy, mak sdara ngan mak dah baca yassin smbil trsedu sedan. sebak datang mendadak.

kira2 dalam pkul 4.50pagi, kitorang still berjaga. tgok keadaan nenek. masih tetap sama. mak sekejap- sekejap suapkan nenek air zam-zam. sbb kalau dlam keadaan nazak, dia tgh haus. jd bila nenek nampak mcm dahaga, kitorang suap air zam-zam slow2.

sampailah Azan subuh menjengah telinga. saya bgun tunaikan solat subuh. manakala mak sdara ngan mak nmpak tgh tido. penat agaknya.. selesai solat, sy kejutkan mak. ''mak.. g la smyg subuh dulu. biar nor ngan mak wan jer yg gilir jaga nenek.'' lalu mak bergegas bgun mnuju k bilik.

saya membaringkan diri disebelah nenek. perlahan jari jemarinya saya ramas. ''ya Allah.... jika benar sudah tiba masanya, jika benar andai kepergian dia lebih baik dr hidup nya, maka ambillah dia perlahan2. jgan Engkau sakiti dia ya Allah... ''doaku seraya mengusap wajahnya yg pucat itu.

kemudian, sekitar jam 7 pagi, saya menyuap air zam-zam buat terakhir suapan utknya kerana slpas suapan itu, nenek tiba2 muntah. keluar bayak air berwarna hitam dr mulutnya. saya cemas. lantas memanggil mak sdara yg masih lena disebelah. cpat2 mak sdara bgun dan memanggil mak d bilik.

kami segera menghampar tilam di ruang tamu. dan mndukung meletakkan nenek disitu. mak segera menyampaikan berita sedih ini kpd saudara mara trdekat juga yg jauh. ya! mungkin ini merupakan kali terakhir saudara mara masih brpeluang menatap wajahnya.

jam menunjukkkan pukul 10pg. keadaan nenek sudak makin tenat. orang ramai sudah membanjiri rumah dgn laungan kalimah yassin yg sayup2 kedengaran ditelingaku. aku masih tetap disamping nenek. tidak bergnjak kemana2 pun. mataku melihat desahnya. turun naik nafasnya. ya Allah... beginikah keadaan maut dtg mnjemput? sungguh diri ini takut.. membayangkan yg aku turut sama akan merasai detik cemas itu satu saat nanti. ''ya Allah... permudahkkan bg nenekku ya Allah.. kembalikan dia kpdMU dalam Husnul khatimah!!''  doaku tidak putus2.

sekejap, tiba se0rang doktor yg dipanggil 0leh abangku. datang menghampiri nenek. memeriksa itu dan ini. lantas dia mnyimpan kmbali segala alatan canggihnya. lalu berpaling kpd mak. ''denyutan jantungnya sudah mulai lemah. kadang2 ada, kdang2 berhenti. paling lama boleh bertahan sebelum pkul 12 tghhari dan paling awal mungkin sekitar jam 11 pagi.'' ucapan doktor itu segera melemahkan anggota tubuku. bacaan yassin sudah mulai kuat, kedengaran abg sulungku bergilir2 dgn mak mengucapkan kalimah ''LAILAHAILLAULLAH'' ditelinga nenekku. aku terlampau sebak. sekadar meneliti raut wajah nenek yg pucat. apa yg sedang dilaluinya tidak kami semua tahu. bgaimana dia mnghadapi sakaratul maut hanya nenek dgn Allah yg tahu.

tiba-tiba desah nenek semakin teruk. mulutnya terbuka. nafasnya semakin semput. aku yg mulai sedar dgn ketentuan Allah ini bangkit mndekati nenek. disebabkan mak sudah tidak dapat menahan sebak, aku mngambil tmpatnya, mnggantikan mak, mngucapkan kalimah suci Allah itu ditelinganya.

''LAILAHAILLAULAH.... LAILAHAILAULAH...LAILAHAILLAULAH....'' ucapku sebanyak mungkin ditelinga nenek. abang turut menemaniku saat itu. dia juga tmpak mngalirkan air mata, namun msih boleh mngawal sebak.

jam 11.25 pagi... nenek mnghembuskan nafas yg terakhir. pemergiannya tika itu meragut air mata dr semua insan disekeliling. aku turut tidak ketinggalan. manakan tidak, tangan inilah yg menyuap dia makan, mendukung membwanya mandi, mengusap tubuhnya ktika dia gatal dan panas. walau cuba ditahan, namun air mata ini tetap xmahu berhenti!

kali pertama melihat jenazah dimandikan. walau aku xdibenarkan memnadikan jenazah arwah, namun aku msih berkesempatan membantu. tangan ini sempat menyentuh tubuh arwah buat terakhir kali. dan aku tiba2 teringat. ''ya! malam td merupakan kali terakhir kami memandikan nenek...''

usai memndikan jenazah, aku melihat mereka memakaikan kain sembahyang kpd arwah nenek. lalu dicempung dan diletakkan diatas kain kafan yg sudah sedia terbentang. ya Allah... air mata ini masih mengalir!

selesai mengkafan, tibalah saat para keluarga diberi peluang terakhir mengucup dahi dan pipi arwah. mak berpesan kpdku. ''lap lah air mata tu. jgan smpai menitis d kulit arwah.'' aku segera mngelap air mata. dan menenangkan diri. syukur ketika bibir ini mnyentuh dahi arwah, ketenangan segera Allah limpahkan dihati. ya... nenek telah pergi kerana Allah lebih menyayanginya. lepaskanlah dia.. biar dia pergi dgn tenang.. pujuk hatiku lembut. Alhamdulillah, air mata akhirnya berhenti mengalir.

selesai semuanya, jenazah dibawa ke surau berhampiran utk disembahyangkan. aku melihat jenazah arwah nenek dibawa pergi dgn hati yg xdapt digambarkan dgn kata2. ''ya Allah... nenek dah pergi...dan xmungkin kembali lg.''

malam itu... sungguh aku xmampu melelapkan mata. terbawa2 ingtan pd arwah. merenung tempat tidurnya di penjuru dinding.. ''ya Allah... betul. nenek betul2 dah pergi.....'' aku sebak kembali.

begitulah keadaanku dalam tempoh seminggu stelah pemergian arwah nenek. makan pun xlalu, tidur pun xbegitu lena. fikiran ni asyik teingat pd keadaan semasa dia dalam sakaratul maut. betullah mak ckap. bila kita sndiri menghadap satu kematian, kita boleh insaf serta merta. dan jadikan ia sbagai ingatan yg boleh kuatkan keimanan kita pada Allah. juga mengingtkan kita pd kematiaan yg bila2 masa sja bisa dtg mnjemput.

sungguh. aku terasa pemergiannya merupakan salah satu faktor aku ingin lbih dekat dgn Agama Allah. tanpa ilmu, hidup ini sia2 cuma. sbgai ahli kluarga trdekat, aku xmmpu mmndikan arwah.. kerana apa? kerna tiada ilmu. aku xmmpu mngkafankan jenazah. juga kerna tiada ilmu. lalu aku bertekad, utk mncari ilmu supaya aku mampu utk mmnadikan, mngkafankan dan mnymbahyangkan jenazah keluargaku kelak. semoga Engkau bantu ya Allah. permudahkan bagiku setiap yg sukar.. m0ga pengalaman ini b0leh dijadikan pedoman dlam khidupan seharian yg mnuntut kita utk mengingati mati, sekurang2nya 70kali sehari. masyaAllah.. mampukah kita? tepuk dada tanyalah iman.. :)


Al fatihah utk arwah nenek. n0r sntiasa doakan m0ga nenek ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yg beriman dan  beramal soleh.. serta m0ga nenek berbahagialah disana, xlama lg n0r pun akn turut ikut nenek.. moga kita dpt bertemu dialam sana. insyaAllah amin... ya robbal alamin.....

Sunday, 11 May 2014

100% totaly CHANGED !!!

Bissmilahirahmanirrahim......................................

hari ni cam terasa nak menulis.. sbb perasaan nie tak boleh nk citer kat sape2.. mengadu dgn Allah? sudah. brcerita dgn mak? takut nnti menangis xberhenti. lantas saya coretkan sj disini sbgai pengganti tempat utk berbagi hati.

''Attitude changes everything !"

sejujurnya inilah kali pertama aku rasakan yg manusia sememangnya b0leh berubah keseluruhan dirinya. drpd sikap, tutur kata serta perbuatan. tapi tu lah.. kuasa Allah yg memegang hati2 kita. yg Maha Berkuasa membolak balik dan merubah hati2 kita. bila dah jd depan mata, baruah sedar... yg memang manusia ni b0leh berubah 100%! taanpa ragu2 lagi..............

Dia pada mulanya.. se0rang lelaki yg aku kagumi. lebih dr ayahku sendiri.
Dia dulunya... se0rang lelaki yg penyayang. kelakar. dan sering aku katakan yg alangkah bertuahnya aku ada dia!
Dia mulanya... se0rang yg xpernah mengatakan 'TAK' jika disuruh 0leh ibu bapa. shingga sanubariku merasakan ''dia memang anak yg soleh....''
Dia dahulu... sering mengusap kepalaku, menyelesaikan masalah matematikku takala aku buntu.

ya.. itu DAHULU. bukan lagi sekarang.........!!

Dia sekarang... se0rang lelaki yg dekat denganku. tapi jiwa kami terasa jauh. bagai 0rg asing.
Dia pada masa kini.. se0rang lelaki yg pendiam. tanya sepatah, jawabnya pun sepatah.
Dia sekarang.... se0rang lelaki yg aku kira  ''ada pun sama, xada pun xde beza''

ya.. itulah SEKARANG..!  ianya realiti. pahit utk di diterima apatah lagi untuk ditelan................. :'(


tahu...

setiap manusia boleh berubah. akan berubah. tapi sungguh!! ini adalah perubahan yg teramat2 ketara. seratus peratus berubah!! sampaikan terasa ''siapa sebenarnya dia?" mana perginya dia yg dulu.. 

ya Allah.... Tuhan saja yg tahu betapa remuk hati ini menelan perubahan sikap dia. sehinggakan aku berkali2 rebah menangis didalam sujud. mohon agar Allah mengembalikan dia kpd keadaan asal. seperti yg dulu. 
sungguh aku rindukan dia.. belaian dia. kasih sygnya.. walau bertahun berlalu dalam keadaan yg sama, aku tetap masih berharap dan berdoa agar Allah kembalikan dia semula pd kami.. 

aku anggap perubahan ini sbgai pengajaran utk kami sekeluarga agar lebih memahami dan menimbang berat hati dan perasaan masing2. mungkin juga ini sebahagian dr ujianNYA agar kami sentiasa mementingkan dan merapatkan hubungan silaturrahim sesama keluarga. 

aku tanamkan dalam hati dan settingkan dalam minda yg perubahan dia xkan kekal lama. dia cuma begitu kerana mencari sesuatu yg dia rasakan hilang. suatu hari nanti, dia pasti akan kembali semula kpd kami tanpa secebis pun paksaan! tapi dia kmbali kerana dia juga mnyayangi kami dan memerlukan kami dalam kehidupannya...




apa shaja kelakuannya yg pernah menyakiti aku sebelum ini, akan aku padamkan saja dr lubuk hati. anggap saja yg dia xpernah sengaja berbuat demikian atau juga mungkin dia lakukan tanpa dia sedar.
insyaAllah.... mudah2han Allah salurkan aku kekuatan dan ketabahan dalam mnghadapi ujianNYA yg satu ni. doaku.. m0ga Allah lembutkan hati dia serta meredhai perjalanan hidupnya dan dipermudahkan sgala urusannya..

u always being my 0ld br0ther! today n forever!  i love u n miss u s0 muchh!! pliss.. begging u.. c0me back to us........................................................ :'(



Friday, 2 May 2014

Cinta jarak JAUH......

Assalamualaikum semua!!

diharap yg sudi singgah di blog ni sihat2 sntiasa yer.. al maklumlah, cuaca mesia skrang ni xberapa nak ok. panas memanjang. hujan lagilah memang jarang2. ujian Allah. ni pun baru sikit jer. SABAR lah yer? :)

hari ni da masuk 2 rejab. cepat betol masa berlalu mninggalkan kita. lpas ni kita bakal mnghampiri Ramadhan, bulan mulia dimana smua umat islam berpusu2 mengkatkan ibadah masing2. Alhamdulillah.. berdoalah pada Allah moga masih ada sisa belas kasihNYA untuk kita sampai pd Ramadhan 2014. insyaAllah.. Aaaammmiinn

hari ni sebenarnya xde tajuk khusus nak di updatekan. cuma sekadar mnulis untuk mngisi masa terluang. tajuk ni sbenarnya agak.. errr... spesifik skit.. but its okey, pasti ada sesetngah 0rg yg pernah dan akn mngalaminya. mungkin jgk trmasuk sy. ;)

''cinta yg Mahal itu tak perlu dilafazkan.''

berpegang kpd prinsip diatas, ternyata amat sukar dilaksanakan 0leh kita semua sbgai manusia biasa yg sering dahagakan kasih sayang. kalaupun 2 0rang tu masih blum punya apa2 ikatan contohnya tunang pun belom, tp dah bleh say i love u i miss u bagai.. its definitely not love! its a lust!!


cinta jarak jauh disini, saya maksudkan kpd 2 0rg yg saling mencintai ttapi dipisahkan 0leh jarak dan waktu. contohnya se0rang suami yg terpaksa bertugas di luar negara dan si isteri pula bersama anak di tanah air. ttpi mereka saling berhubung, bertanya khabar, tak kisah la melalui media apa pun wechat ke, skype ke, whtsup ke.. mane2 pun bole.. dan mereka sedar yg mereka saling memerlukan walau mereka terpisah berbatu2 jauhnya.. wahhhh.. s0 sweet! tetiba rasa nk khawin.. ~~~acececece

''jarak jauh adalah ujian Cinta
jarak dekat adalah ujian Iman
dan menanti adalah bukti Kesetiaan''

macam ada kawan saya s0rang nie.. lelaki. dia dah bertunang la. dia sambung belajar kt k0rea, tunang dia plak still lg study kt malaysia. pernah skali sy tnya dia '' erhh, kau ok ke kt sana? ingtt.. tunang kt sini tu.. jgan menyangkut dgn minah korea plak! haha" sy bercanda.

dia dgn tenang menjawab. ''dia bakal isteri aku. bakal ibu pd anak2 aku. mana mungkin ada pengganti selain dia.'' (beruntungnya tunang dia.. hikhik)

saya tersentak. tak sangka ayat tu yg kluar dr mulut dia. stahu sy, dia tu mmng kaki prmpuan msa zaman2 skolah dlu. al maklumlah ada rupakan.... -_-

''well... aku ingtkan aje. kau duk jauh kt sana. dia plak setia sintun mnunggu kau kt sini. jgan smpai kau tertarik dgn yg lain sudahhh...'' aku meneruskan sisa talian yg masih berbaki.

''insyaAllah.. walau jarak aku dgn dia memang jauh, tp aku masih ingt ikatan kami. duk jauh bukannya masalah besar yah. kalau kita betol2 pandai jaga diri. jaga hati. bukannya big problem pun pada aku.  lagi rinduuu, sayangg aku kat dia adalah!jauh2 mcm ni pun elok jgk sbenarnya. bleh elak dr kerap jumpa. aku habis jer final nnti, jumpa n trus khwin! simple. hahaha'' dia menjawab dgn hilai tawa diakhir kata.

sungguh! betul apa yg dikatakannya. jarak bukanlah masalah jika hati betul2 setia. cuma.. nak setia tu la yg susah an?? brapa ramai contoh trrdekat yg terputus hubungan dek kerana masalah jarak yg dibesar2kan. walhal diri sendiri yg xmampu menahan rasa. gagal mengawal nafsu.



namun.. tidak dinafikan perkara ini juga berkait rapat dgn 'JODOH'. isu jarak merupakan alasan sedang isu jodoh itu yg utama. kalau ditakdirkan kita dah bertunang sekalipun, jika jodoh kita bukanlah tunang kita itu, maka perkhawinan bukanlah milik kita dan tunangan kita. apa sahaja yg berlaku dlam sesuatu relationship itu pasti ada hikmah disebaliknya. Allah xkan mengatur sbuah pertemuan dgn sia-sia.

akhir kata.. buat tatapan bakal suamiku;)

awak... saya sedar.. awak jauh dari saya. berbatu2 jauhnya! tapi dgn bantuan media2 moden skrang buat saya rasa dekat sngt dgn awak. 

awak tahu tak.. kalaupun awak xmsj sy, xcoll... saya xkisah, sbb awak dah tinggalkan banyak sngt hadiah special utk sy bg mngntikan diri awak. pagi, awak tingglkan matsurat utk sy. stiap kali sy baca, sy turut niatkan utk awak. tanda ingatan sy kerana slalu ingtkan sy pada Allah. 
waktu mid night, awak tinggalkan sy dgn solat sunat tahajud, taubat, hajat dan istikharah bg mnggntikan awak. dlam doa istikharah sy sentiasa ada nama awak sbb sy berharap sangat pd Allah supaya ada jodoh antara kita.

awak... saya xtahu selama mana hubungan kita boleh bertahan. sama ada putus ditgh jalan mahupun kekal hingga akad yg menghalalkan. namun, saya sentiasa bersangka baik.. dgn awak juga dgn Maha Pencipta. saya tahu, Allah tak temukan saya dgn awak sia-sia. pasti akan ada sesuatu yg bakal merubah awak mahupun diri sy sendiri. yg pastinya... perubahan itu ke arah kebaikan bukan kelalaian!

awak... kalau ditakdirkan kita tak berjodoh, janganlah kita bermusuh. anggap saja sy sbgai sahabat lama yg mungkin satu hari nanti Allah pertemukan kita semula atas dasar ukhwah persahabatan yg trjalin keranaNYA. 

awak.. kalaupun bukan sy jodoh awak, sy yakin awak pasti dapat se0rang perempuan yg jauh berlipat kali ganda lagi baikk dr saya. dan tiba saat tu, sy harap kita sama2 lepaskan hubungan ini. saya doakan yg terbaik utk awak dan pasangan, dan sy harap awak turut doakan kebaikan utk saya. fahamilah.. dlam ketentuan Allah yg ini (rezeki, jodoh dan maut) kita xde hak utk mmpersoalkan ''kenapa'' sbb Allah dah catatkan kpd hambaNYA sejak di luh mahfuz lagi.. sedaya upaya hendaklah kita redha dgn stiap ketetapanNYA.

insyaAllah.. jika jodoh milik kita, sy akan berusaha utk membahagiakan awak, jd isteri yg s0lehah, hidup dalam kesederhanaan dunia dan matlamat ingin bersungguh2 mngejar alam akhirat. semoga awak juga turut mendoakan sepertimana saya kerana Allah itu Maha Berkuasa, hanya kepada DIA kita harus bergantung harap dan brtawakal.. jika berjodoh, maka bersyukurlah. namun jika sebaliknya, maka redhailah. hanya Allah yg tahu apa yg terbaik buat kita. berdoa. dan terus berdoa. "Allah hears... even the very silent prayers 0f a sincere heart''


Salam sayang kerana Allah,
Iyah


Thursday, 17 April 2014

Pada setiap yang SEMENTARA hadapilah dengan sederhana..

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...

lama dah asenye xupdate.. bizy skitt lately nie... bnyak sngat tempahan.. lbih2 lagi tempahan utk raya dah dtrima. ni bru bulan 4, dah ase betapa xlaratnya nak tempuh bulan yg makin dekat dgn puasa... alahai... bimbang! bimbang!

pape pun, anggap saja ini slah stu cabaran dlam hidup! rezeki itu dtg dr Allah, berhenti mngeluh... dan bersyukurlah!! ^_^

''Berlebih itu membebankan, terlalu santai akan melekakan. Lebih baik sederhana, kerana yang indah itu sering hadir dalam kesederhanaan..'' 


sahabat yg disayangi,
bukan mudah utk menempuh hidup didunia yg pnuh dgn liku2 perjuangan dan pngorbanan. itu kita. orang biasa.. apatah lagi 0rg yg sedang berjihad mnentang musuh, ahli ulama yg sdaya upaya mmpertahankan agama shingga dihina,dikutuk, dan dijatuhkan plbgai hukuman dek krana undang2 yg pnuh dgn khilaf dan tiada nilai kesucian dalam memprjuangkan kebenaran serta kesahihan!

kadang2 kita mesti terpikir.. sampai bila nak hidup mcm gini? hari2 bnda sama aje. xbrubah2. boring! penat! dan bla bla bla...


sbb tu 0rg kata... bila kita slalu ingt mati, hati kita boleh jd tenang. kerana apa? kerana kita tahu dan sedar yg hidup di dunia bukanlah selamanya! Allah itu Maha Adil. bukanlah kita hidup hari ini, kita hidup dgn sia-sia. namun pasti ada Allah selitkan kesukaran dan kmudahan. dalam ksukaran, kita boleh belajar erti sabar, kita b0leh jdikan ia sbgai pngajaran utk masa dpan dan kita b0leh jdikan ia sbgai peringatan.
dan dlam kemudahan pula, kita akan belajar erti syukur pd nikmat Allah, kita b0leh jdikan ia sbgai sumber inspirasi kita, kekuatan kita, juga pengalaman dalam mnghadapi masa depan. semuanya pasti ada kelainan. cuma kita jer yg buat2 xthu, buat2 xendah.. pastu ckap ''sama jer hari ni ngan semalam''
-_-


percayalah...
memang kadang2 hidup ni terlalu sukar utk kita hadap. dan kselruhan hidup kita trlalu mudah untuk kita lalui. bnyak manalah sngt ksukaran yg trlalu berat utk kita hadapi jika nk dibandingkan dgn kemudahan yg Allah kurniakan selama kita bernafas dibumi. mungkin yg payah tu cuma 20% dr 100%.
(sy xpndai matematik.. main letak je tu.. he he )

saya pun manusia biasa.. dah jd lumrah dan fitrah diri in ada psang surutnya. mengeluh jd terbiasa, manakala ucapan syukur terselit didalam dada shja. xmeniti dibibir. betapa kita hambaNYA yg sntiasa alpa dan xpernah nk bersangka baik. cuma brharap dr masa ke masa, dr sehari ke sehari, hati ini mnjdi lembut dan menerima dgn ikhlas sgala perkara yg berlaku dalam hidup.. diberi kekuatan iman dan ketetapan hati serta ingin mnjdi hamba Allah yg sntiasa bersabar dan bersyukur dijadikan perkara utama dan yg terpenting dalam doa seharian.


insyaAllah... m0ga Allah permudahkan, dan mnjadikan yg sementara ini adalah proses trbaik utk mnghadapi yg kekal disana nanti. insyaAllah... Aaaammiinnn ;)


Thursday, 20 March 2014

Put y0ur Trust in ALLAH !

Bismillahirahmanirahim... hari ni badan xsesihat seperti biasa. demam +sakit tekak + selsema, mungkin diakibatkan cuaca yg sdikit xmenentu sekarang nie.. tapi Alhamdulillah.. s0 far, ujian Allah ni masih b0leh diharungi. apelah sangat demam biasa ni klau nk dibndingkan dgn 0rg yg sakit2 kanser, sakit nak beranak tu sume kan? bersyukurlah.. kadang2, Allah bagi sakit ni sbb nak hapuskan dosa.. kot2 lah bnyak dosa kan... so, kena terima lah ujian ni dgn terbuka. bukan terima dgn MERUNGUT tauu :)

hari ni dah hari khamis. pejam celik...celik pejam.. esok jumaat... cepatnyalah masa berlalu. sama jugaklah ngan umur kita an? bukan makin muda, tp makin tua.. 31 mac nih dah nak sambut hari lahir pulak.. rasa mcm jer bru sambut.. hu hu hu (apalah aku merepek ni... -_- )

okey2.. back t0 the future! 

''d0nt depend t0 much 0n anyone in this w0rld because even y0ur 0wn shadow leaves y0u when y0u are in darkness.''  ~ Ibn Taymiyyah

bercerita tentang harapan.. soal pergantungan, soal hajat hati dan sbagainya ini memerlukan kesedaran ringkas dr seseorang indivitu itu sendiri. macam mana kita meletakkan Allah didalam hati kita?

adakah Allah cuma hadir dihati takala sakit melanda? ataupun ketika musibah datang bertubi2? jawapannya hanya pada kita sendiri. 

betul. kadangkala kita xsedar, yg bila kita sakit, kita sekadar bergantung pada ubat-ubatan yg kita percaya b0leh mnyelamatkan nyawa kita.
kadang2 jugak, kita leka. lalai dgn cinta manusia, shingga kita snggup meletakkan Allah jauh dr hati kita. yg utama adalah kekasih hati. bila makan teringt dia. bila rindu tatap wajah dia. bila teringat sebut nama dia. dan kita berharap, yg dia akan jd pndamping hidup kita. yg ada takala susah dan senang, yang b0leh kita brgantung pd dia. sedangkan kita lupa, yg dia juga adalah hamba ciptaan Allah. yg turut akan mninggalkan dunia. mungkin dia disambut Ilahi lbih awal dr kita. siapa tahu kan?

sahabat.. dalam hidup ni.. bukan semua benda kita kena depend pd manusia. sepatutnya kita kena banyak bergantung pd Allah. DIA Maha Mengetahui, sedangkan kita tak tahu apa2. DIA Maha berkuasa, sedangkan kita tak ada kuasa. 


pelik jugak. manusia ni.. bila dia bergantung pd manusia.. amboihh... bukan main lg dia punya expectation. nak itu, mesti dapat! nak ini mesti dapat! sedangkan kudrat manusia tu besar mana la sngat. nak ''bercinta sampai syurga lah'' nak ''redah lautan api bergelora lah'' tapi caption dah salah.. khas utk kekasih hatiku.. ape kess?! 

tu baru sikit... ni bab2 berniaga pulak.. nak dapat rezeki. 0rang melayu, Ya Allah... percaya sngat dengan benda2 tahyul. ada time sy blajar dlu.. dekat johor, memang first time dgr tu pelik giler! ada satu kdai makan tu.. sy memang xpenah ar pegi kdai tu. tp rmai la student yg ckap makanan dia xsedap.. yg hairannya, asal ramai 0rg hah? beraturr nihh... nak beli nasi. ----------->> haa, lpas tu dah mula la timbulnya anasir2 buruk khasnya dr pendengki, ckap kdai tu ada pakai ilmu pengasih. klau msuk kdai dia, ada kain warna kuning yg dia letak kt depan pintu masuk. tu lah bukti dia. Astagfirullahalazim.. bagi sy ''dengar boleh.. percaya jangan!'' 

rezeki tu kan datang dr Allah. memang Allah dah catat daa ari ni brape bnyak kita dapat, esok brapa, lusa brpa.. semua nya dah ditntukan.. buat apelah nak dengki ngan 0rg lain sampai fitnah2 0rg, sampai kena guna ilmu pengasih bgai?? bukan ke lbih elok kalau kita berusaha, dan letakkan sepenuh pengrapan pd Allah? Allah dah janji kan.. rezeki tu memang akan ada  utk manusia yg berusaha. 

sama jugak dalam soal maut dan jodoh. kita xtahu bila kita akn mati. bila kita akn jumpa jdoh kita. itu rahsia Allah. tp ada jugaklahh sesetengah manusia yg xpaham bahasa.. pergi buat guna2 lah, supaya 0rg tu nak dkat dia. ingt! klau kita dpt kwin dgn dia skali pun, tu bukan jodoh dr Allah.. tu jdoh dr syaitan.
ada jugak yg bela saka atau susuk utk awet muda.. nak cantik tera mana cekkk ooiii??!!

janganlah bergantung harap pada manusia, dan jangan sesekali bergantung pada syaitan laknatulah! 
berlindunglah dan bergantung haraplah hanya pd Allah aza wajalla... sesungguhnya DIA adalah sebaik2 pelindung dan sebaik2 tempat pengharapan. kerana pergantungan kpd makhluk hanya akan menimbulkan kekecewaan shja. sbb apa? sbb makhluk xada kuasa sehebat kuasa Allah. kalaupun kita meminta pertolongan dr jin/syaitan klau tanpa izin Allah, takkan terjadi.


percayalah! bila kita benar2 mengharap dan bergantung pd Allah secara automatik kita akn sedar betapa Allah SWT lah yg lbih berkuasa dr segala makhluk. Allah SWT lah yg mnggengam dunia dan akhirat. so, bila kita dah terapkan keyakinan itu dlam hidup kita, prcayalah.. Allah akan bantu dan lindungi kita. kekuatan Allah lah yg akan mnolong kita kerana sesungguhnya DIA maha kuasa atas segala sesuatu. Allah tak akan sia2kan keyakinan hambaNYA yg 100% bersandar hnya padaNYA.. :) 


''Hasbunallahu wa ni’mal wakiil, ni’mal maulaa wa ni’man nashiir. 
Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung. Dia adalah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.''


Ya Allah, peliharalah aku dengan Islam ketika aku berdiri. Peliharalah aku dengan Islam ketika aku duduk. Peliharalah aku dengan Islam ketika aku terbaring. Jangan gembirakan orang yang memusuhiku dan yang menyimpan dengki kepadaku. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu semua simpanan kebaikan yang ada di Tangan-Mu. Dan aku berlindung kepada-Mu dari seluruh simpanan kejahatan yang ada di Tangan-Mu.” 
(HR. Al Hakim )