Powered By Blogger

Sunday, 17 November 2013

Sucikan hati DARIPADA penyakit hati

RASULULLAH s.a.w ada menegaskan dalam hadisnya bermaksud: "Sesungguhnya dalam jasad ada seketul daging. Jika ia baik dan sihat, sihatlah seluruh jasad dan jika ia rosak, rosaklah seluruhnya...sesungguhnya itulah dia hati. "

ramai sahabat yg meluahkan perasaan.. ''n0r, kenapa aku asyik marah hah? nape aku suka sangat sakitkan hati orang? kenapa mesti 0rang selalu nak gaduh ngan aku? kenapa semua macam tak puas hati jer dengan aku??

ramai jugak sahabat yang bertanya.. "n0r, kenapa susah nak c0ntrol emosi? kenapa macam payah nak handle perasaan cemburu? kenapa sukar nak sangat nak bersyukur jer dengan apa yang ada?



dan tak ramai jugak yang meminta pandangan.. ''n0r, kau rasa kan, macam mana erk nak bagi hati ni sejuk cepat bila marah? camne erk nak biarkan hati ni senang tengok 0rang lain bahagia? lagumana hah nak biaq bila brcakap tak mau sakitkan hati 0rang lain? h0w to be grateful with what we already have with0ut jealousy with those belonging to other??

dalam semua2 s0alan diaatas, cuma ada 1 sahaja jwapan! iaitu chek balik hubungan kita dengan manusia, dan hubungan kita dgn Allah SWT. senangkan?? :)


mesti ramai yang tertanya2 kan apa slalunya yang dikaitkan dengan penyakit hati? penyakit hati ni b0leh dibahagikan dlm bnyak bahagian. dan padanya b0leh timbulkan sifat Mazmumah dlam diri. c0ntohnya, hasad dengki, buruk sangka, pemarah, takbur, gila pujian, cintakan dunia, penakut dan juga sifat malas.


hati... seperti yg kita tahu, berbolak balik adalah lumrahnya. sekejap kita b0leh suka, sekejap kita b0leh benci. seketika kita rasa ia tidak baik utk kita, tiba-tiba kita berubah dan katakan itulah yang terbaik utk kita! kerana apa? kerana Allah lah yang memegang hati-hati kita. hati kita berubah ke arah mana, itu kuasa Allah dan hakNYA. sbb tu 0rang kata.. ''kalau dah suka manusia tu, jangan terlalu cinta. takut nanti Allah tarik perasaan tu. dalam yg terlalu cinta, tiba2 berubah menjadi terlalu benci.''

ketahuilah kalian... hati ini merupakan tempat yg sensitif. hatilah yang mempengaruhi tindak tanduk dan tabiat diri kita, sama ada baik ataupun sebalikknya. kerana itu, kita harus mensucikan hati, menjaga dan mendidik dengan sebaik mungkin agar hati ini tidak dicemari 0leh PENYAKIT HATI.

ANTARA CARA MENSUCIKAN HATI ADALAH:

Pertama! 
Selalu Mengingati Allah SWT.
Rajin beristighfar dan  membaca al-Qur’an juga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati.

Kedua!
Perbanyakkan Selawat.
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad SAW). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.”
(Surah Al-Ahzab, 33 :Ayat, 56)

Ketiga!
Tidak Banyak Bercakap.
Terlalu banyak bicara boleh membuat hati kita menjadi keras. Berbicaralah perkara yang tidak penting secukupnya dan hindari menjadi orang yang cakap besar, suka bergosip dan lain-lain.

Keempat!
Jaga Emosi dan Nafsu.
Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh  itu sebaik-baiknya kita perlu menjaga emosi kita agar tidak menjurus kepada penyakit hati.

dan yang Kelima!
Jangan Bergaul Dengan Orang Ada Penyakit Hati.
Dengan berkawan dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati,  kerana akan menjangkiti kita dengan penyakit – penyakit  itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah s.w.t.


Sem0ga kita semua ber0leh kekuatan untuk mensucikan hati DARIPADA penyakit hati yg memang antara penyakit yg berbahaya ini... Aminnn ^_^

Mulianya seseorang tidak dilihat dari penampilan luarannya, melainkan dari hatinya. 
"Sesungguhnya, Allah tidak melihat rupa dan harta-harta kamu, tetapi melihat hati dan perbuatanmu." (HR Muslim).

No comments:

Post a Comment