salam syawal, salam utk seluruh ummat islam yg hari ini msih diberi kesempatan mnghirup udara milik Allah SWT. masih islam, masih beriman, Alhamdulillah!
hari aidilfitri sepertimana yg kita tahu, adalah hari yg tanpa segan silu semua manusia mmpu merendahkan ego masing2 demi meminta ampun dan maaf dr manusia yg lain. jauh bezanya dgn hari2 biasa dimana manusia ni, bab2 kalau nk mintak maaf... ummpphh, memang susah sgttt. terbelit lidah, trgigit bibir nk ucapkan kalimah tu. smpai ada yg popularkan ayat nih ''nanti raya ah aku mintak maaf '' :)

kita semua xthu.. bila ajal dtang mnjemput. tua ke.. muda ke.. semua tu dah xjd penyebab. kalauulah kita ada brgaduh dan xbertegur sapa dgn saudara mara, kwan2, dan lbih teruk ngan mak ayah, mampu ke kita jamin yg kita sempat mintak maaf ngan diorang? mati tu sngt dkat dgn kita..... xthu esok lusa, entah hdup lg ke x.
riwayat Al-Bukhari, Nabi SAW ada menyebut: '' tidak akn masuk syurga sesiapa yg memutuskan silaturrahim.''
teringat first day raya, saya mnjejak kaki ke masjid kubang kerian, kelantan utk mnunaikan solat sunat aidilfiri. SUBAHANAULLAH... memang ramai sngt2 manusia pagi tu. asenye mmng first time la sy tgok 0rg ramai mcm tu skali kt msjid. (sbb slalunya smyg raya kt surau kmpung je) sampaikan sy n the geng solat dkat laluan pejalan kaki kt bwah msjid tu.. fuhhhh... memang 0rang kata, pemandangan yg indah dipagi hari.. hu hu ~~ erhh2, ni jauh mnyimpang dr tjuk nie~
point pnting yg nk diceritakan adlah tntang khutbah sbenarnya.. smbil tersenguk2 jgklah sy duk dgr khutbah tu. al maklumlah, malam raya tu.. klau xpkul 2,3 pagi mmng xtdo lg.. hehe
dalam khutbah tu, sepanjang2 lebar khutbah, perkara pertama sekali yg tuk imam tu mention adlah tntang silaturrahim. masa tu tetiba jer trdetik dlm hati sy, 'wow... dlam byak2 bnda, solat, puasa, zakat, silaturrahim adalah bnda pertama yg disebut.' disitu kita dpt tahu bhawa islam mnitikberatkan silaturrahim. bukan bnda main2. bukan perkara kecil yg kita nk remehkan. bukan hal kcik yg kita nak tangguh2 kan.
Nabi SAW ada myebut: silaturrahim itu trgantung di arasy lalu brkata: ''sesiapa yg mnyambungku (silaturrahim) maka Allah akn mnyambungnya dan sesiapa yg memutuskanku (silaturrahim) maka Allah akan memutuskannya.'' Al-Bukhari
betapa Allah dan kekasihNYA amat mmbenci golongan mnusia yg suka mmutuskan silaturrahim. kerana silaturrahim ini adalh tali pengikat kasih syg sesama saudara. menyambung atau mngeratkan tali silaturrahim merupakan tuntutan wajib kita sebagai ummat islam.
kalaulah bukan diaidilfitri ni, kita dah lepaskan peluang utk saling mngeratkan hubungan, dan saling brmaaf maafan, tnyalah pada diri.. bila lagi?? lpas raya? errmm, memang takk la kan?? so, manfaatkanlah aidilfitri ini dgn sebaik mungkin. sbb belum tntu kita boleh jumpa lgi aidilfitri pd tahun2 akan dtg.. fikir dgn hati, beramallah dgn taqwa. insyaAllah... mudah2han kita smua mmprolehi keberkatan syawal thun ini. insyaAllah ^_^
No comments:
Post a Comment