Powered By Blogger

Thursday, 2 October 2014

Bingkisan cinta FILLAH...

As salamualaikum warahmatullah..
salam jumaat yg barakah, salam 8zulhijjah. salam keatas saudara mara, rakan2 dan kpd semua muslimin/muslimat yg sedang mengerjakan ibadah Haji sekarang ini..

wahhh... tengok 0rang pergi Haji, tetiba hati jadi teringin hendak kesana juga. yelah... sbgai seorang muslim, sudah mnjdi impian kita smua untuk mnjejak kaki di ''rumah Allah''. so, start skrang kena usaha kerja sngguh2, kumpul duit dan xputus2 brdoa agar kita juga turut dijemput mnjdi tetamu Allah disana suatu hari nnti. Aamiinn..
diharap para jemaah yg brada disana kekal sihat sntiasa dan dpt mngerjakan ibadah dgn sempurna serta pulang ke tanah air dgn selamat lalu memperolehi Haji yg mabrur (terbaik/diterima Allah SWT) hendaknya..Aammiinn.. InsyaALLAH ;)

Rasullullah SAW bersabda yg bermksud, ''sesiapapun tidak akan merasai kemanisan iman, sehingga ia mencintai seseorang hanya kerana Allah semata.'' {riwayat al-Bukhari}


hari ini... sepi. ku anggar bgitu juga hari2 yg mndatang. betapa aku trlalu bergantung pd bayangnya. usai sja solat maghrib, aku turut mndoakan kebaikan baginya, lantas aku bngun utk mncapai naskah kalam Allah diatas meja. mlihat saja Al- Quran, Ya Allah.. betapa aku teringt dia. tegas tegurannya pada ksalahan tajwid dan bacaanku. lembut tutur katanya menasihatiku dlam pelbgai prkara dgn penuh hikmah. pertanyaan 'dah solat da??', 'dah ngaji?', 'baca berapa makraq hari ni?' sungguh aku memerlukan dia untuk meneruskan perjuangan dalam mendalami ilmuMU Ya Rabb...

tiba2 air mata menitis. tidak pernah menduga, apalagi mngharap bahawa satu lagi doaku dikabulkan oleh yg Maha Esa. doa yg sering aku panjatkan sejak dilaman sekolah menangah lgi.
aku sntiasa memohon agar Allah sentiasa mnjagaku dr sebarang anasir jahat, mnusia2 yg brniat tidak baik trhdapku, dan aku mohon agar DIA menemukan aku dgn hambaNYA yg beramal soleh, agar aku juga terkena tempiasnya, agar aku boleh mngikuti akhlaknya dan menerima nsihatnya utk kebaikanku dunia dan akhirat. dan benar.. kehadirannya dalam hidupku adalah hadiah terindah dariMU, Allah!

''jarak ini bukan untuk mnghukum, ttapi untuk mnjaga kau dan aku lantas memprolehi redhaNYA''


bnyak kali aku brfikir. sekejap termenung. sekejap terangguk2. sekejap pula mngeleng2. entah apa yg harus aku lakukan.

bak kata ustaz.. ''perempuan adalah satu drpada perkara yg boleh melemahkan kaum adam.''

lalu aku trfikir, jahatkah aku?? merampas pandangannya, akal fikirannya, masanya, hatinya serta aktiviti hariannya. sampai tahap aku terfikir.. adakah disebabkan aku dia boleh kehilangan akhiratnya??

runsing. fikiran ini xtenteram. lalu aku tunaikan istikharah. meminta petunjukNYA..

aku sedar... dia trlalu baik.. sedangkan aku tidak. sungguh aku takut andai Allah tak redha. lalu aku hrus berkeputusan! nak memutuskan?? memang aku tak snggup! dia trlalu istimewa dihati. lalu nak meninggalkan?? lagilah xsanggup! sehari pun dah bagaikan sebulan...
lantas aku beranikan diri meminta jarakkan. Alhamdulillah... dia sangat memahami :)
aku tahu.. permulaannya tentulah teramat sukar, namun terpksa kami gagahi juga. bukan utk kepentingan peribadi, ttapi lbih kepada kepentingan berdua. aku harus kuat. dia juga perlu kuat. kerana utk menmpuhi masa akan datang, bukannya sekejap.. lantaran itu, keputusan ini perlu diteruskan. jangan sesekali fikirkan deritanya, ttapi fikirkan kebahagiaan yg bakal mndatang.


''aku mencintaimu kerana agama yg ada padamu, jikalau engkau hilangkan agama dlam dirimu, maka hilanglah cintaku pdamu.''

aku ingin berjuang demi setiaku padamu. aku ingin berkorban demi kebaikanmu pdaku. aku ingin mnjadi insan yg bersyukur dgn ketaqwaan yg ada padamu dan semestinya aku ingin bersamamu menempuhi khidupan dunia dan akhirat demi agama yg ada padamu. semoga kita sama2 bertahan.. sama2 berdoa.. agar setiap apa yg kita lakukan tidak akn ssekali mnjauhkan kita dr rahmat Allah dan memohon agar Allah akan sntiasa mnjaga hati ini, agar sentiasa saling mengingati dan mnyayangi hanya keranaNYA.


''rindu ini biarlah disandarkan hanya kpadaNYA.. cinta ini biarlah mengalir dlam redha dan rahmatNYA. ingatan ini biarlah tersimpul erat kerana cinta dan rindu akan hamba yg senantiasa mengingati Allah.''

Bertahanlah wahai kekasih... sesungguhnya jarak ini tidak lama. sekadar untuk mnjaga kita dan memberikan kita sesuatu yg lbih baik sbgai balasan yg nnti bakal mnguatkan dan mngukuhkan ikatan hati ini.  ^_^



No comments:

Post a Comment