Powered By Blogger

Thursday, 20 March 2014

Put y0ur Trust in ALLAH !

Bismillahirahmanirahim... hari ni badan xsesihat seperti biasa. demam +sakit tekak + selsema, mungkin diakibatkan cuaca yg sdikit xmenentu sekarang nie.. tapi Alhamdulillah.. s0 far, ujian Allah ni masih b0leh diharungi. apelah sangat demam biasa ni klau nk dibndingkan dgn 0rg yg sakit2 kanser, sakit nak beranak tu sume kan? bersyukurlah.. kadang2, Allah bagi sakit ni sbb nak hapuskan dosa.. kot2 lah bnyak dosa kan... so, kena terima lah ujian ni dgn terbuka. bukan terima dgn MERUNGUT tauu :)

hari ni dah hari khamis. pejam celik...celik pejam.. esok jumaat... cepatnyalah masa berlalu. sama jugaklah ngan umur kita an? bukan makin muda, tp makin tua.. 31 mac nih dah nak sambut hari lahir pulak.. rasa mcm jer bru sambut.. hu hu hu (apalah aku merepek ni... -_- )

okey2.. back t0 the future! 

''d0nt depend t0 much 0n anyone in this w0rld because even y0ur 0wn shadow leaves y0u when y0u are in darkness.''  ~ Ibn Taymiyyah

bercerita tentang harapan.. soal pergantungan, soal hajat hati dan sbagainya ini memerlukan kesedaran ringkas dr seseorang indivitu itu sendiri. macam mana kita meletakkan Allah didalam hati kita?

adakah Allah cuma hadir dihati takala sakit melanda? ataupun ketika musibah datang bertubi2? jawapannya hanya pada kita sendiri. 

betul. kadangkala kita xsedar, yg bila kita sakit, kita sekadar bergantung pada ubat-ubatan yg kita percaya b0leh mnyelamatkan nyawa kita.
kadang2 jugak, kita leka. lalai dgn cinta manusia, shingga kita snggup meletakkan Allah jauh dr hati kita. yg utama adalah kekasih hati. bila makan teringt dia. bila rindu tatap wajah dia. bila teringat sebut nama dia. dan kita berharap, yg dia akan jd pndamping hidup kita. yg ada takala susah dan senang, yang b0leh kita brgantung pd dia. sedangkan kita lupa, yg dia juga adalah hamba ciptaan Allah. yg turut akan mninggalkan dunia. mungkin dia disambut Ilahi lbih awal dr kita. siapa tahu kan?

sahabat.. dalam hidup ni.. bukan semua benda kita kena depend pd manusia. sepatutnya kita kena banyak bergantung pd Allah. DIA Maha Mengetahui, sedangkan kita tak tahu apa2. DIA Maha berkuasa, sedangkan kita tak ada kuasa. 


pelik jugak. manusia ni.. bila dia bergantung pd manusia.. amboihh... bukan main lg dia punya expectation. nak itu, mesti dapat! nak ini mesti dapat! sedangkan kudrat manusia tu besar mana la sngat. nak ''bercinta sampai syurga lah'' nak ''redah lautan api bergelora lah'' tapi caption dah salah.. khas utk kekasih hatiku.. ape kess?! 

tu baru sikit... ni bab2 berniaga pulak.. nak dapat rezeki. 0rang melayu, Ya Allah... percaya sngat dengan benda2 tahyul. ada time sy blajar dlu.. dekat johor, memang first time dgr tu pelik giler! ada satu kdai makan tu.. sy memang xpenah ar pegi kdai tu. tp rmai la student yg ckap makanan dia xsedap.. yg hairannya, asal ramai 0rg hah? beraturr nihh... nak beli nasi. ----------->> haa, lpas tu dah mula la timbulnya anasir2 buruk khasnya dr pendengki, ckap kdai tu ada pakai ilmu pengasih. klau msuk kdai dia, ada kain warna kuning yg dia letak kt depan pintu masuk. tu lah bukti dia. Astagfirullahalazim.. bagi sy ''dengar boleh.. percaya jangan!'' 

rezeki tu kan datang dr Allah. memang Allah dah catat daa ari ni brape bnyak kita dapat, esok brapa, lusa brpa.. semua nya dah ditntukan.. buat apelah nak dengki ngan 0rg lain sampai fitnah2 0rg, sampai kena guna ilmu pengasih bgai?? bukan ke lbih elok kalau kita berusaha, dan letakkan sepenuh pengrapan pd Allah? Allah dah janji kan.. rezeki tu memang akan ada  utk manusia yg berusaha. 

sama jugak dalam soal maut dan jodoh. kita xtahu bila kita akn mati. bila kita akn jumpa jdoh kita. itu rahsia Allah. tp ada jugaklahh sesetengah manusia yg xpaham bahasa.. pergi buat guna2 lah, supaya 0rg tu nak dkat dia. ingt! klau kita dpt kwin dgn dia skali pun, tu bukan jodoh dr Allah.. tu jdoh dr syaitan.
ada jugak yg bela saka atau susuk utk awet muda.. nak cantik tera mana cekkk ooiii??!!

janganlah bergantung harap pada manusia, dan jangan sesekali bergantung pada syaitan laknatulah! 
berlindunglah dan bergantung haraplah hanya pd Allah aza wajalla... sesungguhnya DIA adalah sebaik2 pelindung dan sebaik2 tempat pengharapan. kerana pergantungan kpd makhluk hanya akan menimbulkan kekecewaan shja. sbb apa? sbb makhluk xada kuasa sehebat kuasa Allah. kalaupun kita meminta pertolongan dr jin/syaitan klau tanpa izin Allah, takkan terjadi.


percayalah! bila kita benar2 mengharap dan bergantung pd Allah secara automatik kita akn sedar betapa Allah SWT lah yg lbih berkuasa dr segala makhluk. Allah SWT lah yg mnggengam dunia dan akhirat. so, bila kita dah terapkan keyakinan itu dlam hidup kita, prcayalah.. Allah akan bantu dan lindungi kita. kekuatan Allah lah yg akan mnolong kita kerana sesungguhnya DIA maha kuasa atas segala sesuatu. Allah tak akan sia2kan keyakinan hambaNYA yg 100% bersandar hnya padaNYA.. :) 


''Hasbunallahu wa ni’mal wakiil, ni’mal maulaa wa ni’man nashiir. 
Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung. Dia adalah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.''


Ya Allah, peliharalah aku dengan Islam ketika aku berdiri. Peliharalah aku dengan Islam ketika aku duduk. Peliharalah aku dengan Islam ketika aku terbaring. Jangan gembirakan orang yang memusuhiku dan yang menyimpan dengki kepadaku. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu semua simpanan kebaikan yang ada di Tangan-Mu. Dan aku berlindung kepada-Mu dari seluruh simpanan kejahatan yang ada di Tangan-Mu.” 
(HR. Al Hakim )



No comments:

Post a Comment