Bismillahirahmanirrahim
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat..
Alhamdulillah.. hari ini kita masih lg diberi peluang utk hidup, dpt mnghirup udara disekeliling kita,
masih sihat utk melangkah ke tempat kerja.. masih diberi nikmat rezeki yg melimpah ruah, masih berupaya berbicara, masih boleh mendengar, masih bisa melihat, masih kekal dalam keadaan pancaindra yg sempurna seperti sebelumnya, masih islam. masih beriman. Alhamdulillah.. bersyukurlah. itu satu2nya nikmat Allah yg terlalu besar diberikan Pencipta pd hambaNya. ^_^
panjang pulak muqadimmah hari ni... hehe
sahabat yg dimuliakan,
tahu... dunia merupakan tempat tinggal kita. tmpt lahir kita, tempat kita dapat ilmu, tempat kita mngumpul kekayaan, tempat kita hidup dgn manusia yg kita sayang.. tapi yakinlah semua tu xkan kekal lama. cinta mcam mana sekalipun kita pd dunia, kita akan pergi meninggalkannya. bukan sekejap, tp untuk selama2nya!
panjang mana pun umur kita, bahagia mcam mana sekalipun, derita bertahun2 pun, itu adalah UJIAN. ujian sperti yg kita thu, datangnya dlam plbgai bentuk.
ada yg dilahirkan tidak dapat melihat atau mndengar..
ada yang hidup dia dr kecik sampai besar xpernah berubah..
ada yg jodoh xsampai2..
ada yg mnderita sakit sampai ke tua..
ada yg hidup mewah sampai xingt mati..
ada yg smua yg dia nak, dia dapat..

tak kira bahagia ataupun derita, tu semua ujian. kalau kita miskin.. kita sabar, dan kita yakin yg smua tu sbhagian drpd ujian, insyaAllah.. ganjaran besar mnnti diakhirat dan insyaAllah syurga milik kita.
kalau kita terlalu kaya, tapi kita s0mbong, riak, pandang rendah 0rg lain, xbersedekah, xkluarkan zakat, maka ganjaran hebat juga menanti kita diakhirat. (ganjaran apa? paham2 sndri lahh.... )
sama juga jika kita cintakan makhluk. ibu sayangkan anak.. suami sayangkan isteri.. sayangkan kawan kita.. tu semua pun sementara je. Allah yang memegang nyawa kita. hati kita. maka DIA berhak ambil semua tu semula. siapa kita utk salahkan takdir? kann??
baliklah semula pd firman Allah..
Firman Allah SWT maksudnya : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Surah Al-An'Am ayat 32)
kalau kita btol2 faham tujuan kita dihidupkan diatas muka bumi ini, sbgai khalifah Allah.. yg harus patuh perintahNYA, mnggalkan laranganNYA.. kita sama2 cuba. smua orang xder yg sempurna. itu hakikat. namun cuba muhasabah diri. jangan lakukan perkara yg sia2. perkara yg tiada nilai disisi Allah.

seperti kamu, aku juga insan biasa. yg xlepas dr dosa. namun, aku cuba utk menahan, mngawal iman yg masih rapuh. tiada daya upaya selain dgn pertolongan Allah. muhasabah diri. slalu ingt mati. berdoa dan merayu merintihlah pd DIA, m0ga DIA sntiasa mncampakkan ujian dlam hidup kita agar kita sedar betapa hidup ini sunyi tanpa ujian. mohon juga padaNYA agar kita tabah dan sabar dlam melaluinya.

Marilah sama-sama kita jadikan kehidupaan di dunia ini sebagai medan untuk kita beramal dan menyediakan persiapan kita menuju alam akhirat. Tidak mungkin kita akan tenang dan berbahagia apabila membawa bekalan yang sedikit dan tidak berkualiti pula apabila menuju perjalanan yang jauh iaitu ke alam barzakh dan alam akhirat . Janganlah sia-siakan masa, umur, tenaga dan kekayaan yang kita miliki tanpa kita membuat pelaburan untuk bekalan kita di sana, ketika itu apa yang akan menjadi pertukaran adalah amal-amal soleh, amal ibadah, amal kebajikan yang kita lakukan di dunia ini semata-mata kerana Allah SWT.
''ssungguhnya aku sdang mnasihati kamu,bukanlah bererti akulah yg terbaik dikalangan kamu.
bukan juga yg pling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk
diri sendiri.
seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya
tidak akan ada pendakwah. maka akan jd sikitlah orang yg memberi peringatan.'' -Imam Hasan Al- Basr ^_^
No comments:
Post a Comment