Powered By Blogger

Thursday, 20 March 2014

Put y0ur Trust in ALLAH !

Bismillahirahmanirahim... hari ni badan xsesihat seperti biasa. demam +sakit tekak + selsema, mungkin diakibatkan cuaca yg sdikit xmenentu sekarang nie.. tapi Alhamdulillah.. s0 far, ujian Allah ni masih b0leh diharungi. apelah sangat demam biasa ni klau nk dibndingkan dgn 0rg yg sakit2 kanser, sakit nak beranak tu sume kan? bersyukurlah.. kadang2, Allah bagi sakit ni sbb nak hapuskan dosa.. kot2 lah bnyak dosa kan... so, kena terima lah ujian ni dgn terbuka. bukan terima dgn MERUNGUT tauu :)

hari ni dah hari khamis. pejam celik...celik pejam.. esok jumaat... cepatnyalah masa berlalu. sama jugaklah ngan umur kita an? bukan makin muda, tp makin tua.. 31 mac nih dah nak sambut hari lahir pulak.. rasa mcm jer bru sambut.. hu hu hu (apalah aku merepek ni... -_- )

okey2.. back t0 the future! 

''d0nt depend t0 much 0n anyone in this w0rld because even y0ur 0wn shadow leaves y0u when y0u are in darkness.''  ~ Ibn Taymiyyah

bercerita tentang harapan.. soal pergantungan, soal hajat hati dan sbagainya ini memerlukan kesedaran ringkas dr seseorang indivitu itu sendiri. macam mana kita meletakkan Allah didalam hati kita?

adakah Allah cuma hadir dihati takala sakit melanda? ataupun ketika musibah datang bertubi2? jawapannya hanya pada kita sendiri. 

betul. kadangkala kita xsedar, yg bila kita sakit, kita sekadar bergantung pada ubat-ubatan yg kita percaya b0leh mnyelamatkan nyawa kita.
kadang2 jugak, kita leka. lalai dgn cinta manusia, shingga kita snggup meletakkan Allah jauh dr hati kita. yg utama adalah kekasih hati. bila makan teringt dia. bila rindu tatap wajah dia. bila teringat sebut nama dia. dan kita berharap, yg dia akan jd pndamping hidup kita. yg ada takala susah dan senang, yang b0leh kita brgantung pd dia. sedangkan kita lupa, yg dia juga adalah hamba ciptaan Allah. yg turut akan mninggalkan dunia. mungkin dia disambut Ilahi lbih awal dr kita. siapa tahu kan?

sahabat.. dalam hidup ni.. bukan semua benda kita kena depend pd manusia. sepatutnya kita kena banyak bergantung pd Allah. DIA Maha Mengetahui, sedangkan kita tak tahu apa2. DIA Maha berkuasa, sedangkan kita tak ada kuasa. 


pelik jugak. manusia ni.. bila dia bergantung pd manusia.. amboihh... bukan main lg dia punya expectation. nak itu, mesti dapat! nak ini mesti dapat! sedangkan kudrat manusia tu besar mana la sngat. nak ''bercinta sampai syurga lah'' nak ''redah lautan api bergelora lah'' tapi caption dah salah.. khas utk kekasih hatiku.. ape kess?! 

tu baru sikit... ni bab2 berniaga pulak.. nak dapat rezeki. 0rang melayu, Ya Allah... percaya sngat dengan benda2 tahyul. ada time sy blajar dlu.. dekat johor, memang first time dgr tu pelik giler! ada satu kdai makan tu.. sy memang xpenah ar pegi kdai tu. tp rmai la student yg ckap makanan dia xsedap.. yg hairannya, asal ramai 0rg hah? beraturr nihh... nak beli nasi. ----------->> haa, lpas tu dah mula la timbulnya anasir2 buruk khasnya dr pendengki, ckap kdai tu ada pakai ilmu pengasih. klau msuk kdai dia, ada kain warna kuning yg dia letak kt depan pintu masuk. tu lah bukti dia. Astagfirullahalazim.. bagi sy ''dengar boleh.. percaya jangan!'' 

rezeki tu kan datang dr Allah. memang Allah dah catat daa ari ni brape bnyak kita dapat, esok brapa, lusa brpa.. semua nya dah ditntukan.. buat apelah nak dengki ngan 0rg lain sampai fitnah2 0rg, sampai kena guna ilmu pengasih bgai?? bukan ke lbih elok kalau kita berusaha, dan letakkan sepenuh pengrapan pd Allah? Allah dah janji kan.. rezeki tu memang akan ada  utk manusia yg berusaha. 

sama jugak dalam soal maut dan jodoh. kita xtahu bila kita akn mati. bila kita akn jumpa jdoh kita. itu rahsia Allah. tp ada jugaklahh sesetengah manusia yg xpaham bahasa.. pergi buat guna2 lah, supaya 0rg tu nak dkat dia. ingt! klau kita dpt kwin dgn dia skali pun, tu bukan jodoh dr Allah.. tu jdoh dr syaitan.
ada jugak yg bela saka atau susuk utk awet muda.. nak cantik tera mana cekkk ooiii??!!

janganlah bergantung harap pada manusia, dan jangan sesekali bergantung pada syaitan laknatulah! 
berlindunglah dan bergantung haraplah hanya pd Allah aza wajalla... sesungguhnya DIA adalah sebaik2 pelindung dan sebaik2 tempat pengharapan. kerana pergantungan kpd makhluk hanya akan menimbulkan kekecewaan shja. sbb apa? sbb makhluk xada kuasa sehebat kuasa Allah. kalaupun kita meminta pertolongan dr jin/syaitan klau tanpa izin Allah, takkan terjadi.


percayalah! bila kita benar2 mengharap dan bergantung pd Allah secara automatik kita akn sedar betapa Allah SWT lah yg lbih berkuasa dr segala makhluk. Allah SWT lah yg mnggengam dunia dan akhirat. so, bila kita dah terapkan keyakinan itu dlam hidup kita, prcayalah.. Allah akan bantu dan lindungi kita. kekuatan Allah lah yg akan mnolong kita kerana sesungguhnya DIA maha kuasa atas segala sesuatu. Allah tak akan sia2kan keyakinan hambaNYA yg 100% bersandar hnya padaNYA.. :) 


''Hasbunallahu wa ni’mal wakiil, ni’mal maulaa wa ni’man nashiir. 
Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung. Dia adalah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.''


Ya Allah, peliharalah aku dengan Islam ketika aku berdiri. Peliharalah aku dengan Islam ketika aku duduk. Peliharalah aku dengan Islam ketika aku terbaring. Jangan gembirakan orang yang memusuhiku dan yang menyimpan dengki kepadaku. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu semua simpanan kebaikan yang ada di Tangan-Mu. Dan aku berlindung kepada-Mu dari seluruh simpanan kejahatan yang ada di Tangan-Mu.” 
(HR. Al Hakim )



Sunday, 16 March 2014

Jangan taksub cintakan Dunia..

"Hidup untuk penat melakukan kebaikan.. dan Mati untuk rehat dari kejahatan."

Bismillahirahmanirrahim
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat..

Alhamdulillah.. hari ini kita masih lg diberi peluang utk hidup, dpt mnghirup udara disekeliling kita,
masih sihat utk melangkah ke tempat kerja.. masih diberi nikmat rezeki yg melimpah ruah, masih berupaya berbicara, masih boleh mendengar, masih bisa melihat, masih kekal dalam keadaan pancaindra yg sempurna seperti sebelumnya, masih islam. masih beriman. Alhamdulillah.. bersyukurlah. itu satu2nya nikmat Allah yg terlalu besar diberikan Pencipta pd hambaNya. ^_^

panjang pulak muqadimmah hari ni... hehe

sahabat yg dimuliakan,
tahu... dunia merupakan tempat tinggal kita. tmpt lahir kita, tempat kita dapat ilmu, tempat kita mngumpul kekayaan, tempat kita hidup dgn manusia yg kita sayang.. tapi yakinlah semua tu xkan kekal lama. cinta mcam mana sekalipun kita pd dunia, kita akan pergi meninggalkannya. bukan sekejap, tp untuk selama2nya!

panjang mana pun umur kita, bahagia mcam mana sekalipun, derita bertahun2 pun, itu adalah UJIAN. ujian sperti yg kita thu, datangnya dlam plbgai bentuk. 

ada yg dilahirkan tidak dapat melihat atau mndengar..
ada yang hidup dia dr kecik sampai besar xpernah berubah..
ada yg jodoh xsampai2..
ada yg mnderita sakit sampai ke tua..
ada yg hidup mewah sampai xingt mati..
ada yg smua yg dia nak, dia dapat..


tak kira bahagia ataupun derita, tu semua ujian. kalau kita miskin.. kita sabar, dan kita yakin yg smua tu sbhagian drpd ujian, insyaAllah.. ganjaran besar mnnti diakhirat dan insyaAllah syurga milik kita.
kalau kita terlalu kaya, tapi kita s0mbong, riak, pandang rendah 0rg lain, xbersedekah, xkluarkan zakat, maka ganjaran hebat juga menanti kita diakhirat. (ganjaran apa? paham2 sndri lahh.... )

sama juga jika kita cintakan makhluk. ibu sayangkan anak.. suami sayangkan isteri.. sayangkan kawan kita.. tu semua pun sementara je. Allah yang memegang nyawa kita. hati kita. maka DIA berhak ambil semua tu semula. siapa kita utk salahkan takdir? kann??

baliklah semula pd firman Allah..

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Surah Al-An'Am ayat 32)

kalau kita btol2 faham tujuan kita dihidupkan diatas muka bumi ini, sbgai khalifah Allah.. yg harus patuh perintahNYA, mnggalkan laranganNYA.. kita sama2 cuba. smua orang xder yg sempurna. itu hakikat. namun cuba muhasabah diri. jangan lakukan perkara yg sia2. perkara yg tiada nilai disisi Allah. 


seperti kamu, aku juga insan biasa. yg xlepas dr dosa. namun, aku cuba utk menahan, mngawal iman yg masih rapuh. tiada daya upaya selain dgn pertolongan Allah. muhasabah diri. slalu ingt mati. berdoa dan merayu merintihlah pd DIA, m0ga DIA sntiasa mncampakkan ujian dlam hidup kita agar kita sedar betapa hidup ini sunyi tanpa ujian. mohon juga padaNYA agar kita tabah dan sabar dlam melaluinya.


Marilah sama-sama kita jadikan kehidupaan di dunia ini sebagai medan untuk kita beramal dan menyediakan persiapan kita menuju alam akhirat. Tidak mungkin kita akan tenang dan berbahagia apabila membawa bekalan yang sedikit dan tidak berkualiti pula apabila menuju perjalanan yang jauh iaitu ke alam barzakh dan alam akhirat . Janganlah sia-siakan masa, umur, tenaga dan kekayaan  yang kita miliki tanpa kita membuat pelaburan untuk bekalan kita di sana, ketika itu apa yang akan menjadi pertukaran adalah amal-amal soleh, amal ibadah, amal kebajikan yang kita lakukan di dunia ini semata-mata kerana Allah SWT.


''ssungguhnya aku sdang mnasihati kamu,bukanlah bererti akulah yg terbaik dikalangan kamu. 

bukan juga yg pling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk 

diri  sendiri.

seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya 

tidak  akan ada pendakwah. maka akan jd sikitlah orang yg memberi peringatan.'' -Imam Hasan Al- Basr ^_^

Monday, 10 March 2014

tragedi misteri PESAWAT MAS MH370

" Islam ada kunci kepada setiap permasalahan ..."

pabila smua media, rakyat seluruh dunia trtumpu dan terpikir2, panggil semua profesor, kapten2 dan pnsyarah dlam bidang penerbangan utk kaji tntang misteri kehilangan pesawat MAS MH370, saya tertarik dgn kata2 bekas ketua juruterbang MAS En. Norudin Abdul Majid pd sesi temubual dlm astro awani..

kata beliau.. " Islam ada kunci kepada setiap permasalahan ..." nampak x betapa dia se0rang yg berpegang kuat kpd ajaran agama, masih meletakkan agama dan Allah sbgai yg utama. bukan sperti 0rg lain yg hanya melihat scara kasar mngikut sains dan logik akal shja.

apbila ditanya komen beliau tntang khilangan pesawat ini scara tiba2 dri trputusnya radar hinggalah hilang terus tnpa sbarang kesan, dgn tenang beliau mnjawab,


"Allah maha berkuasa ... DIA yang boleh buat segala2nya sebab DIA yg menciptakan ... maka Allah jugalah yg boleh bantu kita menemui semula MH370.


"Kita perlukan doa daripada orang-orang soleh dan ahli keluarga..


Sekiranya teknologi sains tidak berjaya, maka kita kena guna cara lain.

Benda ni ada kaitan dengan sains dan pencipta sains itu sendiri (Allah)"...tambahnya.


kagum sungguh dengar kata2 drpd kapten Norudin abd majid ini. bukan calang2 0rang.. cara berckap pun kita da b0leh tahu mcm mna beliau mnganggap peristiwa ini sbgai satu drpada kekuasaan Allah.

tapi ramailah jugak yg mngangap kejadian misteri ini sbgai konspirasi politik. dipetik dr status dr beberapa rakan fb

 "alah... dia saje lah tu nak buat rkyat malaysia tertumpu dkat berita ni jer. psal kes anwar Ibrahim tu xyah nak buat demostrasi segala. klau buat jgk, msti 0rg ckap xder sifat prihatin lgsung!''

''well.. malaysia an sekutu rapat amerika. Amerika tu penasihat Malaysia.. dia bleh la suh malysia buat mcm mne dia buat dlu yg kes kpal terbang langgar bgunan twin t0wer tu.. smata2 sbb politik.. ye idop?"

"kalau betol ni memang konspirasi politik semata, memang Mlaysia dah dikira tahap yg melampau yg amatt sngt2!! kejam dan zalim sbb main2 dgn nyawa manusia! dan menipu semua 0rang hidup2!"


Ya Allah... kami xthu apa yg sedang berlaku.. hanya Engkau satu2nya yg Maha Mengetahui. selamatkanlah MH370.. kami semua mngrapkan keajaiban dariMU.. Aaammiinnn Ya Robb :"(

sama2lah kita bermunajat.. doa diiringi solat sunat hajat agar masih ada harapan utk MH370 pulang dgn selamat.. hanya dgn izin dan kuasaNYA.