
Daripada Abu Hurairah r.a.
bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi S.A.W. “Berwasiatlah kepadaku,
“Lalu Nabi S.A.W menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.”
Orang itu mengulangi permintaannya beberapa kali,
Nabi S.A.W ttap menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.”
Riwayat al-Bukhari)
MASYAALLAH... sahabat.. betapa Allah dan kekasihNYA tidak menyukai sifat amarah. sifat amarah merupakan salah satu dr sifat mazmumah yang ada dalam diri setiap individu yang bergelar manusia. namun, apakah sifat ini memang sepatutnya ada dalam hati seseorang? atau perlu dikikis keluar dari hati?
bukan kita xb0leh marah.. cuma marah perlu ada tapisnya, tidak b0leh terlalu keterlaluan. tipulah kalau ada 0rang zaman sekarang yang memang seumur hidupnya tidak pernah marah kan... :)
memang kadangkala sukar untuk mengikis perasaan amarah dalam diri. saya sendiri kadang2 terlanjur. trlalu mengikut perasaan dan hawa nafsu sehingga boleh membuat hati 0rang lain terluka. dan bila ada hati yang terluka automatik lah ada hubungan yang bakal terputus. maka wujudlah satu lagi dosa, iaitu memutuskan silaturrahim.
Rasulullah S.A.W. bersabda, “Orang yang kuat bukanlah orang yang mampu mengalahkan lawannya. Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah.''
(HR Ahmad, Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
kita memang b0leh kata "sampai bila aku mampu bersabar? sabar aku pun ada tahapnya!"
ya! memang sabar kita ada tahapnya. tapi janganlah bila marah terlalu mngikutkan perasaan. marah itu dari syaitan. semua tahu kan.... :) nak marah pun, kena ada cara. kena bersebab. walau berat macam mana pun sebab tu, marah tetap harus dikawal. jangan sampai ada hati yang menangis dsebabkan kita. mungkin slepas kita melmpiaskan amarah kita, kita dah cool down.. tapi adkah kita tahu yang 0rang yg kita marahkan tu c00l down seperti kita juga? entah2 dia berdendam. dan doakan yg xbaik utk kita. kan dah timbul masalah lain pulak.
tapi pernah tak kita terfikir semasa kita sdang marah, yang ''kalaulah aku bersabar untuk sekejap.'' sekejap saja... Allah akan mngurniakan ganjaran yang indah buat kita. hanya sifat sabarlah yang b0leh menghapuskan sifat amarah dalam diri. sabar kan separuh dari iman... :)
Rasulullah juga bersabda:“Tidak ada seorang hamba yang menahan amarahnya melainkan Allah akan memenuhi hatinya dengan keamanan dan keimanan.”
(HR Abu Dawud)
“Janganlah kamu marah, nescaya kamu akan masuk syurga.”
(HR Thabrani)
nak sabar tu memang susah. tp bukan jgk payah. untuk didik sabar dalam diri kita, kita kena banyak ingat Allah. sentiasa beristigfar. sntiasa berwudhuk. barulah time nak marah tu, Allah tahan hati kita. Allah usap dada kita.. sabar..sabar.. ada ganjaran indah yg menanti. bukan ke itu yg patut kita buat? handle it with Islamic way! bukannya marah melalak sampai nak tetak 0rang!
Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya marah itu dari syaitan, sedang syaitan diciptakan dari api, dan yang dapat memadamkan api hanyalah air. Oleh kerana itu, apabila salah seorang diantara kamu marah, maka hendaklah ia berwudhuk.” (HR Ahmad).
satu lagi... dah tahu kita tegah marah, tak payah nak cakap banyak, merungut ke apa. kita just diamm jer. buat tak tahu. and slowly, perasaan marah tu akan beransur hilang. walaupun xsepenuhnya lah. tapi at least, kita dah berjaya sampai pd tahap sabar, dan berjaya kawal sifat mazmumah tu kan? haa... sbb tu 0rg kata.. 'lebih baik diam dari berkata-kata' :)
Rasul S.A.W. bersabda:
“Apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia diam (beliau mengucapkannya tiga kali).” (HR Abu Dawud)
terima kasih di atas perkongsian yang sangat bermanfaat.. :D
ReplyDeleteSama2 mizz aiza.. kita smua kan hamba Allah.. dan wajib utk kita saling berpesan psanan utk kbaikan ;)
Delete