sbenarnya.. cinta tu memang penting! tapi soalnya perlu disandarkan pd siapa cinta itu? nah.. ini JAWAPANNYA!!!
PERTAMA! tentunya pada yang KHALIQ! ALLAH SWT.
KEDUA! pada kekasih Allah NABI MUHAMMAD SAW.
KETIGA! pada IBU BAPA kita.
KEEMPAT! pada KELUARGA, ADIK BERADIK kita.
KELIMA! pada SAUDARA SEISLAM kita.
dan yang terakhir..... (JENG! JENG! JENG! ) pada SUAMI/ ISTERI kita.
haaa........ nampak? yg tang suami isteri tu yang LASTT tauu.. s0 xyah nak mengada sngatt bunuh diri bagai!
cinta itu sesuatu yang suci, kerana ia lahir dari hati yang penuh dengan keikhlasan. hati yang beriman dengan Allah. hati yang takut pd Allah. hati yang selalu mengingati Allah. hati2 inilah yang akan melahirkan cinta yang murni untuk manusia yang lain. kerana jika cinta pada Allah diletakkan pada yang terakhir, maka cinta yg lahir untuk manusia bukanlah cinta yang suci!
ingat satu je. Allah yang memegang hati kita. DIA lah jugak yang membolak balikkan hati kita. jangan terlalu cinta pada manusia, kerana mungkin satu hari nanti, Allah akan tarik rasa cinta itu sehingga kamu tidak akan merasa apa-apa lagi. boleh jadi sekelip mata saja, rasa cinta yg menggunung b0leh bertukar menjadi rasa benci yg teramat!
letakkan cinta pertama kita hanya kepada Allah, dan percayalah... kita akan memiliki segala2nya!
betullaa kata pujangga: ''CINTA PADA BUNGA, BUNGA AKAN LAYU,
CINTA PADA HARTA, HARTA AKAN MUSNAH,
CINTA PADA MANUSIA, MANUSIA AKAN MATI,
CINTA PADA ALLAH, MAKA ITULAH AKAN KEKAL ABADI''
No comments:
Post a Comment