Powered By Blogger

Sunday, 19 November 2017

Maaf.. andai diriku tidak sempurna

Benarlah kata pepatah "mencintai bukan bermakna memiliki"
Ya. Selama ini, aku tidak pernah memilikimu apatah lg mmikirkan bhawa syurgaku nnti didalam gengamanmu.

Ya. Selama ini jujur ku katakan aku teramat mencintaimu, malah aku terima segala kurang dan lebihmu hanya kerana 1 perkataan.. 'Cinta'

Ya. Selama ini memang hnya dirimu yg ku tunggu. Bukan utk dijadikan pakwe atau boyfriend tapi utk melangkahkn kaki ini menuju syurga bersamamu.

Ya. Selama ini memang aku yang sentiasa bersungguh mahukan ikatan antra kita, kerana aku mahu setiap perkara yg kita lakukan berdua mndpt gnjaran pahala dariNYA.

Ya. Selama ini memang dirimu yg selalu aku rindu melebihi rinduku kpd org lain. Kerana setiap kali aku memandang naskah Al Quran yg sentiasa aku alunkan, sntiasa saja suaramu menjelma dimindaku.

Ya. Selama ini memang dirimu yg ku nantikan melafazkan "sudikah kau utk mnjadi isteriku dunia dan akhirat?" Betapa aku mngimpikan dan mnntikan saat itu.

Namun.
Akhirnya impian sentiasa saja menjadi kabur. Aku tahu terlalu bnyak kekuranganku dan kelemahan dlam diriku. Aku juga tahu bhwa aku tidak layak untukmu.
Aku tahu.. selama 3 tahun ini engkau telah banyak berkorban masa untukku. Menahan jiwa,amarah dan perasaan disebabkan kekuranganku.
Dan aku juga tahu.. pelajaranmu sedikit tergangggu dengan kehadiranku dlm hidupmu.
Maafkanlah aku andai aku mnjadi penyebab kepada kegagalanmu.
Maafkanlah aku kerana terlalu cinta padamu.

Benarlah..
Melakar bahagia bersama itu bukan mudah.
Terlalu penuh dgn onak dan liku.
Namun,
Hidupku terlalu kosong tanpamu..
Bagaimanakah untukku bertahan, seandainya Separuh dari semangatku ada bersamamu?

Bertemu dgnmu..
Satu rahmat bagiku. Bukan saja mengubah diriku, malah merubah seluruh khidupanku.
Mngenalimu mungkin mngambil masa cuma 2 minggu. Tapi...
Untuk melupakanmu adlah prkara yg tramat sukar bgiku.

Ketahuilah..
Aku tidak pernah mnginginkan wang hartamu..
Aku tidak pernah mendambakan betapa aku ingin sifatmu bertukar mnjdi romantik.
Aku tidak pernah meminta sesuatu apapun drpadamu.
Aku tidak pernah meletakkan meterial sbgai kayu ukur kpd sebuah kebahagiaan.
Dan aku tidak pernah.. langsung xpernah memikirkan bhwa jika aku bersamamu hiduupku bakal berubah mnjadi senang dan sesenang puteri draja.

Ketahuilah...
Yg cuma aku inginkan, hanyalah ikatan halal dlm sbuah perhubungan.
Yg cuma aku inginkan, hanyalah perhubungan yg direstui kluarga dn direstui pencipta.
Yg aku cuma inginkan, hanyalah smakin mnginjak usiaku, semakin bertmbah ilmuku yg aku timba bersamu.
Yg aku cuma inginkan, hanyalah pahala dsetiap pergerakan dn perbualan antara kita.
Yg cuma aku inginkan, hanyalah utk menjadi suri hatimu didunia ini hinggalah ke syurga nnti.

Namun.
Aku mngerti betapa keinginanku itu teramat payah bagimu.
Aku mngerti betapa pentingnya pelajaran bagimu.
Aku mngerti dirimu cuma orang biasa bukan org kenamaan.
Aku mngerti dirimu belum punya simpanan perbelanjaan.
Aku mengerti hidupmu sendirian pun blum dpt diurus dgn baik apatah lg utk mndirikn rumahtngga.
Aku mngerti sbagai lelaki utk mngurus dan mmikul tnggungjwab itu berat.
Aku mngerti utk berkahwin itu bukan mudah. Dan aku sgt mengerti.. betapa utk berkahwin itu payah bgi pihakmu.

Lalu...
Aku terima seandainya engkau belum bersedia.
Aku terima seandainya masa masih belum tiba utk kita.
Dan aku terima seandainya jodoh antra kita cuma smpai disini saja.
Walaupun hakikatnya perit, namun kuikhlaskan jua hati.
Bukan kernaku tak sayang.. tapi
Kerana terlampau sayang.
Ku doa selalu moga engkau sntiasa sihat.. selamat.. berjaya dan mmbnggakn kedua ibubapamu.

Aku mohon maaf andai aku tidak brpeluang utk mnyaksikan kjayaanmu namun percayalah.. doaku sentiasa mngiringimu....

"Cinta itu bukan seberapa lama engkau bertahan dengannya, tapi seberapa lama Allah mengekalkannya dlm hatimu."

No comments:

Post a Comment