Powered By Blogger

Thursday, 30 October 2014

Ikhlaskah kita??

Assalamualaikum warahmatullah.. ^_^

hari ni baru sempat nk 0n lappy, bru sempat nk update.. :) diharap semua yg sempat singgah di blog ni sihat sentiasa hendaknya..

dalam seminggu dua ni, ada sdikit prubahan dlam aktiviti harian sy. first, hari jumaat pun kena kerja. ni sume gara2 pekerja brhenti mengejut. so, nak xnak.. terpksalah mngadai hari cuti yg tramat brharga tu.. :'(
yg kedua plak, skrang ni sy dah start ambik lesen.. yuhuuuuu!! kereta n motor, dua2 skali sy rembat! ha ha ha (lulus ke gagal lain kira lh) :D

buah hati plak da balik mesir, brhubung pun sminggu skali jer,.. terpaksalah sy adjust blik jadual harian biar nmpak full skit. lau x, ase kosong jer bila dia xda.. apa2 pun kena cuba sibukkan diri.. mcm yg selalu dia pesan 'carilah n bljar ilmu agama sebanyak mngkin'. insyaAllah.. sy ingt pesan awk...............:(

''sabar, redha dan ikhlas'' merupakan 3 perkataan berbeza juga mmbawa maksud yg berbeza.

dalam diri seseorang manusia, tak ramai yg ada ketiga2 sifat diatas. ada yg memang dia ckup sabar dgn kerenah manusia tp dia xikhlas dlm memaafkan orang yg pernah mnyakiti htinya. ada juga yang dia ckup ikhlas dlm memberi, sntiasa bersedekah pd fakir miskin tp dia xdpt bersabar dgn jiran2 yg slalu buat bising di kwasan rumah, memaki hamun tu dh jd rutin dn kebiasaan di pagi hari.

begitulah dalam diri manusia. xder yg sempurna. terlalu bnyak kekurangan dan sntiasa sdikit demi sdikit. hari demi hari perlu mmbuat perubahan dlam diri msing2 ke arah kebaikan.
jarang sgtlah kita nak jumpa yg betul2 ada ketiga2 sifat ni. memanglah ada... cuma xramai. :)



al kisahnya semalam.. semua 0rg xde dkat rumah. tinggal kakak sy n anak dia jer. yang lain semua ada urusan msing2. sy plak kluar test lesen, kira2 dlam kul 5 ptg gtu la sy sampai rumah..
balik2 tengok rumah bersepah, al maklumlah.. nursery kan? he he he
lpas tu sy tnya kakak sy, ''ada makanan x? lapar...'' dia pun angguk.. aiii... letih bebenor la tu, smpai xleh nk bukak mlut. huhu
biasa lah jaga budak2 ni kena bnyak sbar.. sy pun xnafikan, mmng penat jaga budak2 ni, lbih2 lg mnjaga anak2 saudara yg ter0ver aktif ni... :)

selesai solat, mndi2 sume.. sy pun masuk dapur. nmpak dia tgh suap anak dia mkan bubur.
sy bukak peti ais, kot2 la ada air sejuk. tp malangnya takda.
so, apa lgi, sy trik krusi dan jamahlah apa yg ada.... tiba2 anak saudara sy mintak air, sy pun ckap air sejuk takde. trus jer kakak sy bukak mulut. ''budak2 ni la, mnum air sampai abis, letih akak masak air ari ni. dah la buat sorang2. jaga anak lgi..'' sy trsnyum. sbb mmng dh thu prangai dia yg suka mmbebel.

''ala... Allah nk bgi pahala free tu. dah tetiba mngeluh plak. xpsal2 Allah tarik balik. buat air bg 0rang mnum tu kn dapat phala.. apa lah salahnya..'' tegur sy lembut smbil trsengih2. dlam teguran ni,, lbih2 lgi nk tgur org yg lbih tua dr kita bukan senang.. ayat tu xboleh trlalu keras, tkut nnti teguran kita xdterima dan mnyakiti hati dia pula. haaaii.. kan timbul msalah plak.


Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak menerima amal kecuali dilakukan dengan ikhlas dan mengharap redha-Nya.”


betul.. bukan mudah nk ikhlas dlam sesuatu perkara. xkiralah dalam memberi mahupun menerima. kita xkan nampak ikhlas tu melainkan hnya Allah dan diri sndiri jer yg thu. tanyalah sntiasa pada diri. apa sesuatu yg kita buat tu adakah kerana Allah?? atau mungkin kerana manusia? soal pada diri. mungkin selama ni kita jarang bersyukur dgn bermacam nikmat yg DIA anugerahkan pd kita. wlaupun kita berbuat zalim, ttapi Allah maha Pengasih, maha Pemurah. dia tetap kurniakan kita rezeki, kita buat amal baik wlaupun tersangatlah kecil, ttapi Allah beri ganjaran pahala yg besar. betapa DIA sayang pada kita. lalu, xboleh ke dalam hidup kita, dlam sgala hal dan prancangan kita dahulukan DIA?? mcm kita ada kekasih.. dia syg sangat2 dekat kita, tp kita xpernah nk hargai dia. cuba teka, mcm mna dia rasa?? msti sedih dan kecewa. mcm tu jgk kita dgn Allah. tapi yg berbeza, klau kita xhargai kekasih kita, dia mngkin akn tinggalkan kita. tp Allah??? DIA xkan pernah sesekali meninggalkan kita! 

kita sering berdoa, mohon agar Allah menerima segala amalan baik kita didunia. namun, jika nak masak makanan utk keluarga sndiri pun kita dah merungut, mngeluh, mngungkit, apa agaknya amalan baik yg kita nk Allah terima?? berubahlah... set dlam hati. ''apa saja perkara baik yg aku buat ni, aku buat keranaMu, Allah. aku yakin, xkn sia2 perbuatan aku ni. moga Engkau redha ya Allah.''
memang mula2 agak sukar.. tp percayalah, lama kelamaan, ia akn berubah mnjdi suatu kebiasaan. dan smpai masa tu, kita akn sedar yg kita akn lebih tenang dlam keikhlasan.. 

moga bermanfaat. ^_^

firman Allah dlam surat Al-Mulk ayat 2 yang berbunyi, “Liyabluwakum ayyukum ahsanu‘amala

untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya” 

dengan makna akhlasahu (yang paling ikhlas) dan ashwabahu (yang paling benar). 

Katanya, “Sesungguhnya jika amal dilakukan dgnn ikhlas tetapi x benar, maka tidak diterima. 

Dan jika amal itu benar tpi x ikhlas, juga x diterima. Sehingga, amal itu harus ikhlas dan benar. 

Ikhlas jika dilakukan karena Allah Azza wa Jalla dan benar jika dilakukan sesuai sunnah.”

Thursday, 2 October 2014

Bingkisan cinta FILLAH...

As salamualaikum warahmatullah..
salam jumaat yg barakah, salam 8zulhijjah. salam keatas saudara mara, rakan2 dan kpd semua muslimin/muslimat yg sedang mengerjakan ibadah Haji sekarang ini..

wahhh... tengok 0rang pergi Haji, tetiba hati jadi teringin hendak kesana juga. yelah... sbgai seorang muslim, sudah mnjdi impian kita smua untuk mnjejak kaki di ''rumah Allah''. so, start skrang kena usaha kerja sngguh2, kumpul duit dan xputus2 brdoa agar kita juga turut dijemput mnjdi tetamu Allah disana suatu hari nnti. Aamiinn..
diharap para jemaah yg brada disana kekal sihat sntiasa dan dpt mngerjakan ibadah dgn sempurna serta pulang ke tanah air dgn selamat lalu memperolehi Haji yg mabrur (terbaik/diterima Allah SWT) hendaknya..Aammiinn.. InsyaALLAH ;)

Rasullullah SAW bersabda yg bermksud, ''sesiapapun tidak akan merasai kemanisan iman, sehingga ia mencintai seseorang hanya kerana Allah semata.'' {riwayat al-Bukhari}


hari ini... sepi. ku anggar bgitu juga hari2 yg mndatang. betapa aku trlalu bergantung pd bayangnya. usai sja solat maghrib, aku turut mndoakan kebaikan baginya, lantas aku bngun utk mncapai naskah kalam Allah diatas meja. mlihat saja Al- Quran, Ya Allah.. betapa aku teringt dia. tegas tegurannya pada ksalahan tajwid dan bacaanku. lembut tutur katanya menasihatiku dlam pelbgai prkara dgn penuh hikmah. pertanyaan 'dah solat da??', 'dah ngaji?', 'baca berapa makraq hari ni?' sungguh aku memerlukan dia untuk meneruskan perjuangan dalam mendalami ilmuMU Ya Rabb...

tiba2 air mata menitis. tidak pernah menduga, apalagi mngharap bahawa satu lagi doaku dikabulkan oleh yg Maha Esa. doa yg sering aku panjatkan sejak dilaman sekolah menangah lgi.
aku sntiasa memohon agar Allah sentiasa mnjagaku dr sebarang anasir jahat, mnusia2 yg brniat tidak baik trhdapku, dan aku mohon agar DIA menemukan aku dgn hambaNYA yg beramal soleh, agar aku juga terkena tempiasnya, agar aku boleh mngikuti akhlaknya dan menerima nsihatnya utk kebaikanku dunia dan akhirat. dan benar.. kehadirannya dalam hidupku adalah hadiah terindah dariMU, Allah!

''jarak ini bukan untuk mnghukum, ttapi untuk mnjaga kau dan aku lantas memprolehi redhaNYA''


bnyak kali aku brfikir. sekejap termenung. sekejap terangguk2. sekejap pula mngeleng2. entah apa yg harus aku lakukan.

bak kata ustaz.. ''perempuan adalah satu drpada perkara yg boleh melemahkan kaum adam.''

lalu aku trfikir, jahatkah aku?? merampas pandangannya, akal fikirannya, masanya, hatinya serta aktiviti hariannya. sampai tahap aku terfikir.. adakah disebabkan aku dia boleh kehilangan akhiratnya??

runsing. fikiran ini xtenteram. lalu aku tunaikan istikharah. meminta petunjukNYA..

aku sedar... dia trlalu baik.. sedangkan aku tidak. sungguh aku takut andai Allah tak redha. lalu aku hrus berkeputusan! nak memutuskan?? memang aku tak snggup! dia trlalu istimewa dihati. lalu nak meninggalkan?? lagilah xsanggup! sehari pun dah bagaikan sebulan...
lantas aku beranikan diri meminta jarakkan. Alhamdulillah... dia sangat memahami :)
aku tahu.. permulaannya tentulah teramat sukar, namun terpksa kami gagahi juga. bukan utk kepentingan peribadi, ttapi lbih kepada kepentingan berdua. aku harus kuat. dia juga perlu kuat. kerana utk menmpuhi masa akan datang, bukannya sekejap.. lantaran itu, keputusan ini perlu diteruskan. jangan sesekali fikirkan deritanya, ttapi fikirkan kebahagiaan yg bakal mndatang.


''aku mencintaimu kerana agama yg ada padamu, jikalau engkau hilangkan agama dlam dirimu, maka hilanglah cintaku pdamu.''

aku ingin berjuang demi setiaku padamu. aku ingin berkorban demi kebaikanmu pdaku. aku ingin mnjadi insan yg bersyukur dgn ketaqwaan yg ada padamu dan semestinya aku ingin bersamamu menempuhi khidupan dunia dan akhirat demi agama yg ada padamu. semoga kita sama2 bertahan.. sama2 berdoa.. agar setiap apa yg kita lakukan tidak akn ssekali mnjauhkan kita dr rahmat Allah dan memohon agar Allah akan sntiasa mnjaga hati ini, agar sentiasa saling mengingati dan mnyayangi hanya keranaNYA.


''rindu ini biarlah disandarkan hanya kpadaNYA.. cinta ini biarlah mengalir dlam redha dan rahmatNYA. ingatan ini biarlah tersimpul erat kerana cinta dan rindu akan hamba yg senantiasa mengingati Allah.''

Bertahanlah wahai kekasih... sesungguhnya jarak ini tidak lama. sekadar untuk mnjaga kita dan memberikan kita sesuatu yg lbih baik sbgai balasan yg nnti bakal mnguatkan dan mngukuhkan ikatan hati ini.  ^_^