Powered By Blogger

Friday, 31 January 2014

Sayang... Kau Pergi Jua....




Assalamualaikum dan salam Jumaat yg Barakah.. dah lama rasanya xupdate.. bukan sbb malas, tp masa yg tidak mengizinkan, al maklumlah, skrang dah kerja, bukan student lg... hehe :)

oraitt... kali ni rasa nak p0st psal binatang plak. hari ni dah genap sebulan Soel Ha Na (kucing peliharaan sy) pergi mninggalkan dunia. semenjak pemergian dia, hidup terasa sunyi. mana x nya, pagi2 lg dia dah terc0ngok dpan pintu, mintak diberikan makanan. slalunya, kalau pg, sy just bagi dia makanan khas kucing n susu shja, dah tghhari 0r malam, bru bgi dia makan ikan atau nasi. haaa, kucing pun mkan nasi! jgan xtauuu...

kalau belah malam plak, dia memang slalu jer xde kt umah, merayap jer kerja dia... cari bf mybe.huhu
kira2 dlam kul 12tgh mlam tu bru dia muncul. tu pun nasib baik tuan dia nih 0rg yg jnis tdo lwat mlam, klau x... memang kurang ksih syg la si Ha na tu.... hurrmmm... miss u s0 muchh Ha Na.... :'(

kesian Ha Na.. kena jd bantal Aishah.. ish3 :P

ni lah dia pengarang  jantungku! :)

gambar tu kini hanyalah tinggal sbgai kenangan.. kalau kucing yg kita dr kcik smpai dia besar bila mati pun kita sedih sngat2, apa lg 0rg yg kita syang kan... s0, hargailah mereka yg kamu sayangi dan mereka yg menyayangi kamu :)

tahukah anda kwan2? menyayangi haiwan ada pahalanya... ini berdasarkan sbuah kisah beserta sabda Nabi SAW.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah saw pernah bercerita,
“Pada suatu ketika ada seorang lelaki sedang berjalan melalui sebuah jalan, lalu dia merasa sangat haus. Lalu dia turun ke sumur untuk minum. Setelah keluar daripada sumur, dia melihat seekor anjing menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah kerana kehausan. Orang itu berkata dalam hatinya, Alangkah hausnya anjing itu, seperti yang baru kualami”. Lalu dia turun kembali ke sumur, dicedoknya air dengan sepatunya, dibawanya ke atas dan diberi minum kepada anjing itu. Maka Allah berterima kasih kepada lelaki itu (diterima amalnya) dan diampuni dosanya”.

Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah saw. Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan ini?” Jawab rasulullah saw, “Menyayangi setiap makhluk hidup (termasuk tumbuhan dan haiwan) adalah berpahala”.

haa... s0, bg yg slalu sngat mendera dan mnzalimi haiwan tu, stop lah.. apalah sngat yg haiwan kcik mcm ni buat smpaikan ada yg sanggup seksa dia. but nowdays memang xhairan lah... sdangkan manusia yg Allah kurniakan akal fikiran pun b0leh bunuh anak, buang anak.. apatah lg binatang an? Nauzubilahiminzaliq...

dan untuk pengetahuan pembaca sekalian, binatang apabila sudah mati, Menurut pendapat sahih,

Tiada binatang masuk syurga 
Binatang akan dibangkitkan pada hari akhirat kemudian diadili dan menjadi tanah semula ataupun debu.
Jadi mereka juga tidak masuk neraka. 
Cuma yakin sahaja, di syurga adanya binatang. Kalau rasa mo jumpa binatang yang kita pernah bela dulu, permintaan pasti dikabulkan.
Tapi ada pendapat khilaf menyatakan terdapat beberapa jenis binatang yang masuk syurga.

apa2  pun, ingat! Allah yg mencipta, dan DIA tidak menciptakan sesuatu dgn sia-sia. Allah juga yg mnghidupkan segala sesuatu, dan DIAlah juga yg berhak mematikannya. 
mengapa? bila? bagaimana? dimana?  WAULAHUALAM :)


No comments:

Post a Comment