Powered By Blogger

Friday, 27 December 2013

y0u are the NUMBER 0NE f0r me !

Rasullullah SAW bersabda: "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa, manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.''

wahai muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah sekalian... hari ini terlintas dihati untuk menulis tentang seorang yg kita sayangi didalam dunia ini.. tak lain dan tak bukan semestinya IBU kita.

pernah dengar tak lagu 'your mother' ??? ermmm, lagi... lagu dari maher Zain 'the number 1 for me'?? haa... dua lagu ni memang bagus dan bait liriknya pun amat terkesan kalau kita betul2 menghayatinya. 



dan ada satu lagi lagu dari Encik mimpi. dia buat c0ver utk lagu maher zain tadi dalam versi bahasa melayu! syorrkk sangat! haa... kat bawah ni, saya ada share kan video 0fficial nya... saksikan tau! siap dgn lirik lagi kat bwah tu... hehe :)



a great s0ng fr0m ENCIK MIMPI -kamulah yg pertama bagiku (enj0y it! ^_< )

ku terkenang waktu dulu
sungguh nakal diriku
mungkin prnah sakitimu
kini ku ada untukmu...

untuk stiap tangisanmu
setiap kata b0hongku
akn ku bals jasamu
dan semua pngorbananmu...

ohh... jika ku mampu undur kembali waktu
akanku padamkan silapku
padamu wahai Ibu..

kiniku tlah dewasa
baruku fahami
kan ku ukirkan senyuman diwjahmu
kiniku tkah dewasa
masih blum terlambat!
kanku ukir kan snyuman diwajahmu...

dulu waktu kecil aku susah ikut cakapmu
bila kau ckap satu aku pun balas seribu
kadang2 aku fikir xprlu hidup tanpamu
konon aku sudah besar mampu jaga diri sndiri
bila tak pegang buku membebel sana sini
asyik depan PC tahan telinga dimarahi
suruh prgi kedai jawab ''ahh kedai tu tak lari''
suruh kmas bilik tarik muka tinggi2

kini ku sedar semua yg kau buat dan cuba pesankan
bukanlah niat memaki cuma hanya utk kebaikan
kau mahu aku brjays dan mnjadi seorang insan
bila besar nnti tahu erti kebahagiaan

ampunkan salahku pernah terkasar bahasaku
ampunkan salahku selalu melawan cakapmu
dan slalu dlam s0latku xpernah lupa sebut namamu
YA Allah.. lindungilah ibuku selalu

tak siapa mampu menggantikanmu
mengasihiku seluruh jiwamu
maafkan jika ku tak mampu
menjadi apa yang kau mahu
namun akn ku coba yg terbaik
ssungguhnya... ku menyayangi dirimu...
 
 ok..oraitt... paham2. itu sebgai selingan jer.. al maklumlah terlebih dan ter0ver exiting kan... ha ha ha. :P

sebenarnya dalam kehidupan kita ada bermacam jenis ibu bapa. kita tak boleh nak mintak dilahirkan sbgai anak kepada raja, anak menteri, anak alim ulama, anak angkasawan dll. kita dilhirkan oleh ibu kita. yang mengandungkan kita, melahirkan kita, menjaga kita, menyusukan kita dan macam2 me lagi! 



seharusnya kita bersyukur pada Allah yg kita masih ada ibu dan bapa kerana ada sesetngah sahabat kita dilahirkan namun ibunya meninggal ketika melahirkan dia. ada jugak yang bila2 lahir jer, terus kena buang. kalau letak depan masjid, takpe la lagi.. ni dalam tog sampah, dalam logkang, dalam parit, dalam pam air pun adaaa... Astagfirullahalazim... nauzubilahiminzaliq. betapa kita harus bersyukur dengan kehidupan kita pada hari ini...

cuba bayangkan..... dan letakkan diri kita sebagai ibu bapa (walaupun skrang xckup um0r lg.. xpe bayangkan jer.. huuhuu)
haa... bayangkan erkk... kita ada 6 0rang anak. 3pompuan, 3laki. masa anak kita baby, kena beli susu.. pampes, ubat, lampin, baju dan brmacam bagai lg..(brg2 baby ni mahal ok..)
kalau lah kita cuma kerja sbgai kerani sekolah. gaji 800 jer sbulan. tanggung ke nak beli makan pakai anak isteri? haa.. so mesti kita kena kerja keras untuk dapat gaji lebih.
and then,, anak kita dah masuk dewasa... ada yg skolah rendah, sekolah menengah n ada yg dah masuk universiti... masa tu, umur kita pun dah 40 lbih.. gaji cuma naik sampai 1,800 jer.. tanggung ke nak bayar yuran sekolah anak, makan pakai diorang? so... kita mesti cari duit lebih lagi kan? padahal masa tu kudrat kita dah xsama time muda2 dulu dah... dah penat dah dari muda lagi kerja kuat. tapi. apakan daya, disebabkan anak2, kita trpaksa berkorban.
and then,,, anak2 kita semuanya berjaya. Alhamdulillah..ada yg kerja doktor, engineer, bisnesman, pilot..ha apa lg? angkasawan.. menteri kabinet.. haa mcam2 lagilah!
lpas tu, kita pun dah b0leh rehat.. sebab ada anak yg b0leh tangung kita. tapi! bila kita sakit... daripada 6 0rang anak kita tu, xder s0rang pun yg nak jaga kita. semua sebok! siap nak antar kita ke umah kebajikan lagi... haa... masa tu kita tauu... macam mana sedihh giler2 perasaan mak ngan ayah kita masa kita buat xendah bila diorang sakit dulu. ingatlahh.. derhaka pd ibu bapa nih, Allah bayar cash atas dunia! xkena pada kita, kena pd anak2 kita.. jgan risau... :(

kawan-kawan.... nak jadi anak yang soleh solehah bukannya susah. ikut cakap mereka, jgan lawan kata.. jgan buat apa yg mereka tak suka, selalu doakan mereka.. hormat mereka, jaga mereka bila mereka sakit, jangan sakitkan hati mereka! jangan tinggikan suara bila cakap dgn mereka. senang jer kan? buat lah semua kat atas ni.. insyaAllah... ibu dan bapa kita akan redha pd kita... dan bila kita dapat redha mereka, insyaAllah.. Allah juga akan redha pd kita... Allahummaaminn... :)

akhirkata, hargailah Ibu kita... sesugguhnya dia adalah permata yg tiada gala gantinya... ^_^



I love y0u s0 muchh M0m! HJH.HASANAH BINTI AHMAD !!! 

 >Caption: My Convo-DAY with Mom n Dad ;)

Thursday, 28 November 2013

Setiap Duka tak akan abadi!


~kenapa bukan dia? kenapa mesti aku?
~kenapa jadi macam tu? kenapa bukan macam ni!
~sepatutnya bukan dia yg dapat anugerah tu.. sepatutnya aku!
~sepatutnya aku yg ada dalam kereta waktu kemalangan tu. kenapa dia?
~kan bag0s kalau dia j0doh aku.
~kan bag0s kalau aku jadi anak dalam family kaya tu..

selalu sangat masyarakat sekeliling kita, tak kisahla rakan karib ke, rakan sekerja ke, adik beradik ke dll 0rang mnyebut perkataan ''kalaulah..sepatutnya, kan bagusss, knapalah jadik gini''
tu antara kreatria makhluk Allah yang tak reti nak bersyukur!!!

ish3... tukarlah perkataan tu cepat2. bukan stakat kena tukar dibibir, tapi kena tukar di hati dulu.. bila dah didik dalam hati, haa... automatik trus tukar dekat mulut. :)

selalu ucapkan ''subahanaullah.. MasyaAllah.. InsyaAllah.. Innalillahiwainnailaihirojiun'' apa salah nya menyebut sesuatu dengan mendahulukan Allah? ini salah satu cara kita nak kawal setiap emosi kita dengan mengingati Allah terlebih dahulu. bukan ingat em0si saja.

''Semakin banyak kesakitan yang kita dapat. 
Semakin menambah kekuatan dalam diri kita.
Tuhan tidak akan menguji hambaNya kalau hambaNya tidak mampu menghadapi ujian tersebut.
Yang penting kita kena sabar. 
percayalah..pasti ada hikmah disebaliknya.''


duhai setiap hati yang hidup kerana Allah, pulanglah kepada Pencipta asalmu. hiduplah dalam keadaan yg sentiasa dalam RedhaNYA. jauhilah perkara yg b0leh merosakkanmu. hindari benda haram yg sentiasa cuba untuk menembusimu. hanya dengan cara itu, kamu b0leh mengekalkan tahap keimananmu pada Allah. dengan menjaga hati sebaik mungkin. :)

disini, saya k0ngsikan lirik lagu dari 0pick yg brtajuk ''dibawah langitmu'' bait setiap liriknya memberi keinsafan pada kita sebagai hamba yg kerdil pd sisiNYA. hayatilah ia. m0ga dapat menerangkan hati kita. 

Di bawah langit-Mu bersujud semua
Memuji memuja asma-Mu
Dan bertasbih semua makhluk-Mu
Tunduk berharap cinta dan kasih-Mu

Cahaya Ilahi
Hangatnya di hati
Di langkah sejuta wajah
Terbata penuh salah
Jalani sang hidup
Terluka terhempas berdosa

Subhanallah Subhanallah
Subhanallah Subhanallah
Subhanallah Subhanallah
Subhanallah Subhanallah
Subhanallah Subhanallah
Subhanallah Subhanallah
Subhanallah Subhanallah

Hitam putih jalan hidup
Pahit getir warna dunia
Tangis tawa rasa hati
Terluka atau bahagia

Rasa bangga sementara
Setiap duka tak abadi
Semua wajah 'kan dipuji
Pada Allah kita kan kembali

Dan bertasbih semua makhluk-Mu
Tunduk berharap cinta dan kasih-Mu


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/08/lirik-lagu-di-bawah-langit-mu-opick.html#ixzz2ly8LUdlJ

Monday, 18 November 2013

SAYANG.... pada SIAPA???

'jujurlah sayangg... aku tak mengapa.. biar semua jelas tak berbeda.. lalalala' baru dengar lagu ni tadi. tajuknya 'sandiwara cinta'. untuk sape erk nak tuju lagu nih? haa... mestilah utk ehem2!!! kannnn?? :D

sering kali perkataan 'SAYANG' disalah ertikan 0leh sesetengah pihak. ada yg kata sayang ni cuma pada BF, GF jer.. ada juga yg cakap sayang hanya pada yg Halal iaitu suamiku... huhu (macam2lah depa ni)

sejujurnya, sayang itu adalah sesuatu yg lahir dari perasaan kita sendiri terhadap  (sang PENCIPTA, benda, manusia, haiwan DLL). sayang bukan dispesifikasikan hanya pd yg tertentu sahaja, malah ia b0leh dibahagikan. c0ntohnya.. kita cakap, ''aku sayang Allah'' aikk?? macammana pula RASULLULLAH?? macammana pula ibu dan ayah kita? sahabat kita? suami/isteri kita? kucing peliharaan kita? kereta Mitsubishi Lancer kita? TAK SAYANG KE???

haa... mestilah sayang kan. sebab tu Allah hadirkan perasaan sayang itu dalam hati setiap hambaNYA agar hambaNYA mempunyai sifat sayang pada saudara islamnya, pada haiwan, pada harta mereka, pada penjaga mereka (mak ngan ayah lah) dan semestinyalah Allah memberi perasaan trsebut dgn tujuan kita akan lebih menyayangiNYA, mengingatiNYA dan sentiasa brsyukur dengan apa yg Allah calitkan dalam hati kita.

jangan pula rasa sayang itu hanya diletakkan pada yang tertentu sehingga mengabaikan Maha Pencipta pula. yelah... tak hairan sekarang ni.. manusia b0leh buat apa saja demi cinta pada manusia iaitu pd kekasihnya, dan mereka sanggup buat apa saja untuk kekal mewah didunia ini tanpa mengira halal haram, tanpa mengingati 0rang yg dibawahnya. sesungguhnya mereka2 inilah 0rang yg tidak thu erti syukur, tidak megerti kasih sayang yg ditunjukkan Allah pd mereka.


cuba bayangkan.... kita bukan mainlahh sayang kat pakwe kita an.. bagi macam2, duit, hadiah, kadang2 tu sampaikan maruah sekali diberi. namun tiba2, pakwe kita mintak putus. katanya dah jumpa calon istri yg sesuai utknya. mcam mana perasaan kita?? kecewa? marah? sedih? kann??

haa... samalah jugak bila Allah dan beri pelbgai bntuk kesenangan pd kita. b0leh bernafas dgn bebas. takyah bayar GST pon. (huhu) Allah campak rezeki tiap2 hari. Allah kurniakan zuriat yg c0mel2. Allah beri semua yg kita perlukan. tapi apa yg kita balas padaNYA?? kita angkuh. kita riak. kita tak bersyukur. kita tak tunaikan kewajipan kita. kita tak hiraukan perintah DIA. cuba kita fikir, macam mana Allah rasa? mesti kecewa dan sedih kan???????????? setelah semuanya diberi, hamba yg DIA sayang lansung tak ingat padaNYA.


sem0ga kita terg0long dalam kalangan hamba yg sentiasa ingat pdNYA. yang sentiasa istiqamah dalam melakukan perkara kebaikan. yang sentiasa bersyukur dgn setiap pemberian Allah pada kita. mudah2han Allah akan lebih sayang pada kita dan sentiasa dekat dgn kita... insyaAllah ;)

  

Sunday, 17 November 2013

Sucikan hati DARIPADA penyakit hati

RASULULLAH s.a.w ada menegaskan dalam hadisnya bermaksud: "Sesungguhnya dalam jasad ada seketul daging. Jika ia baik dan sihat, sihatlah seluruh jasad dan jika ia rosak, rosaklah seluruhnya...sesungguhnya itulah dia hati. "

ramai sahabat yg meluahkan perasaan.. ''n0r, kenapa aku asyik marah hah? nape aku suka sangat sakitkan hati orang? kenapa mesti 0rang selalu nak gaduh ngan aku? kenapa semua macam tak puas hati jer dengan aku??

ramai jugak sahabat yang bertanya.. "n0r, kenapa susah nak c0ntrol emosi? kenapa macam payah nak handle perasaan cemburu? kenapa sukar nak sangat nak bersyukur jer dengan apa yang ada?



dan tak ramai jugak yang meminta pandangan.. ''n0r, kau rasa kan, macam mana erk nak bagi hati ni sejuk cepat bila marah? camne erk nak biarkan hati ni senang tengok 0rang lain bahagia? lagumana hah nak biaq bila brcakap tak mau sakitkan hati 0rang lain? h0w to be grateful with what we already have with0ut jealousy with those belonging to other??

dalam semua2 s0alan diaatas, cuma ada 1 sahaja jwapan! iaitu chek balik hubungan kita dengan manusia, dan hubungan kita dgn Allah SWT. senangkan?? :)


mesti ramai yang tertanya2 kan apa slalunya yang dikaitkan dengan penyakit hati? penyakit hati ni b0leh dibahagikan dlm bnyak bahagian. dan padanya b0leh timbulkan sifat Mazmumah dlam diri. c0ntohnya, hasad dengki, buruk sangka, pemarah, takbur, gila pujian, cintakan dunia, penakut dan juga sifat malas.


hati... seperti yg kita tahu, berbolak balik adalah lumrahnya. sekejap kita b0leh suka, sekejap kita b0leh benci. seketika kita rasa ia tidak baik utk kita, tiba-tiba kita berubah dan katakan itulah yang terbaik utk kita! kerana apa? kerana Allah lah yang memegang hati-hati kita. hati kita berubah ke arah mana, itu kuasa Allah dan hakNYA. sbb tu 0rang kata.. ''kalau dah suka manusia tu, jangan terlalu cinta. takut nanti Allah tarik perasaan tu. dalam yg terlalu cinta, tiba2 berubah menjadi terlalu benci.''

ketahuilah kalian... hati ini merupakan tempat yg sensitif. hatilah yang mempengaruhi tindak tanduk dan tabiat diri kita, sama ada baik ataupun sebalikknya. kerana itu, kita harus mensucikan hati, menjaga dan mendidik dengan sebaik mungkin agar hati ini tidak dicemari 0leh PENYAKIT HATI.

ANTARA CARA MENSUCIKAN HATI ADALAH:

Pertama! 
Selalu Mengingati Allah SWT.
Rajin beristighfar dan  membaca al-Qur’an juga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati.

Kedua!
Perbanyakkan Selawat.
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad SAW). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.”
(Surah Al-Ahzab, 33 :Ayat, 56)

Ketiga!
Tidak Banyak Bercakap.
Terlalu banyak bicara boleh membuat hati kita menjadi keras. Berbicaralah perkara yang tidak penting secukupnya dan hindari menjadi orang yang cakap besar, suka bergosip dan lain-lain.

Keempat!
Jaga Emosi dan Nafsu.
Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh  itu sebaik-baiknya kita perlu menjaga emosi kita agar tidak menjurus kepada penyakit hati.

dan yang Kelima!
Jangan Bergaul Dengan Orang Ada Penyakit Hati.
Dengan berkawan dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati,  kerana akan menjangkiti kita dengan penyakit – penyakit  itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah s.w.t.


Sem0ga kita semua ber0leh kekuatan untuk mensucikan hati DARIPADA penyakit hati yg memang antara penyakit yg berbahaya ini... Aminnn ^_^

Mulianya seseorang tidak dilihat dari penampilan luarannya, melainkan dari hatinya. 
"Sesungguhnya, Allah tidak melihat rupa dan harta-harta kamu, tetapi melihat hati dan perbuatanmu." (HR Muslim).

Wednesday, 13 November 2013

Janganlahh Marahh... tapi Bersabarlah, Itu LEBIH BAIK




Daripada Abu Hurairah r.a. 
bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi S.A.W. “Berwasiatlah kepadaku,
 “Lalu Nabi S.A.W menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.” 
Orang itu mengulangi permintaannya beberapa kali,
 Nabi S.A.W ttap menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.”

Riwayat al-Bukhari)


MASYAALLAH... sahabat.. betapa Allah dan kekasihNYA tidak menyukai sifat amarah. sifat amarah merupakan salah satu dr sifat mazmumah yang ada dalam diri setiap individu yang bergelar manusia. namun, apakah sifat ini memang sepatutnya ada dalam hati seseorang? atau perlu dikikis keluar dari hati?

bukan kita xb0leh marah.. cuma marah perlu ada tapisnya, tidak b0leh terlalu keterlaluan. tipulah kalau ada 0rang zaman sekarang yang memang seumur hidupnya tidak pernah marah kan... :)

memang kadangkala sukar untuk mengikis perasaan amarah dalam diri. saya sendiri kadang2 terlanjur. trlalu mengikut perasaan dan hawa nafsu sehingga boleh membuat hati 0rang lain terluka. dan bila ada hati yang terluka automatik lah ada hubungan yang bakal terputus. maka wujudlah satu lagi dosa, iaitu memutuskan silaturrahim.

Rasulullah S.A.W. bersabda, “Orang yang kuat bukanlah orang yang mampu mengalahkan lawannya.             Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah.''
 (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

kita memang b0leh kata "sampai bila aku mampu bersabar? sabar aku pun ada tahapnya!"

ya! memang sabar kita ada tahapnya. tapi janganlah bila marah terlalu mngikutkan perasaan. marah itu dari syaitan. semua tahu kan.... :) nak marah pun, kena ada cara. kena bersebab. walau berat macam mana pun sebab tu, marah tetap harus dikawal. jangan sampai ada hati yang menangis dsebabkan kita. mungkin slepas kita melmpiaskan amarah kita, kita dah cool down.. tapi adkah kita tahu yang 0rang yg kita marahkan tu c00l down seperti kita juga? entah2 dia berdendam. dan doakan yg xbaik utk kita. kan dah timbul masalah lain pulak.

tapi pernah tak kita terfikir semasa kita sdang marah, yang ''kalaulah aku bersabar untuk sekejap.'' sekejap saja... Allah akan mngurniakan ganjaran yang indah buat kita. hanya sifat sabarlah yang b0leh menghapuskan sifat amarah dalam diri. sabar kan separuh dari iman... :)   


Rasulullah juga bersabda:“Tidak ada seorang hamba yang menahan amarahnya melainkan Allah akan memenuhi hatinya dengan keamanan dan keimanan.” 
(HR Abu Dawud)

Sabda baginda lagi:
“Janganlah kamu marah, nescaya kamu akan masuk syurga.” 
(HR Thabrani)

nak sabar tu memang susah. tp bukan jgk payah. untuk didik sabar dalam diri kita, kita kena banyak ingat Allah. sentiasa beristigfar. sntiasa berwudhuk. barulah time nak marah tu, Allah tahan hati kita. Allah usap dada kita.. sabar..sabar.. ada ganjaran indah yg menanti. bukan ke itu yg patut kita buat? handle it with Islamic way! bukannya marah melalak sampai nak tetak 0rang! 

Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya marah itu dari syaitan, sedang syaitan diciptakan dari api, dan yang dapat memadamkan api hanyalah air. Oleh kerana itu, apabila salah seorang diantara kamu marah, maka hendaklah ia berwudhuk.” (HR Ahmad).

satu lagi... dah tahu kita tegah marah, tak payah nak cakap banyak, merungut ke apa. kita just diamm jer. buat tak tahu. and slowly, perasaan marah tu akan beransur hilang. walaupun xsepenuhnya lah. tapi at least, kita dah berjaya sampai pd tahap sabar, dan berjaya kawal sifat mazmumah tu kan? haa... sbb tu 0rg kata.. 'lebih baik diam dari berkata-kata' :)

Rasul S.A.W. bersabda:
“Apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia diam (beliau mengucapkannya tiga kali).” (HR Abu Dawud)





Monday, 11 November 2013

INFO KONVOKESYEN KE-16 POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN


Akhirrrnyaa!!! masa yg dtunggu2 tlah pun tiba... PASIR GUDANG I AM C0MINGGG!! pd rakan2 yg belom mengetahui tntang inf0 k0nvo bolehlah layari laman web Portal Rasmi PIS  http://www.pis.edu.my/index.php/component/content/article/95-konvo/1181-info-konvokesyen-ke-16-politeknik-ibrahim-sultan sendiri utk keterangan lanjut. see u 0llsss there!

inf0 Konvokesyen Ke-16 Politeknik Ibrahim Sultan.

Tahniah atas kejayaan anda kerana berjaya menamatkan pengajian di institusi ini. Berikut adalah butiran MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN KALI KE-16.
SIDANG 1 : JKM & JRKV
Pendaftaran & Raptai : 15 Disember 2013 (Ahad)
Majlis Konvo : 16 Disember 2013 (Isnin)

SIDANG 2: JKE & JPH
Pendaftaran & Raptai : 16 Disember 2013 (Isnin)
Majlis Konvo : 17 Disember 2013 (Selasa)

Masa urusan kaunter pendaftaran graduan JKM & JRKV : 15 Disember 2013 (Ahad) jam 10.00 pagi
Masa urusan kaunter pendaftaran graduan JKE & JPH : 16 Disember 2013 (Isnin) jam 10.00 pagi
Maklumat Penting :-

1. Pihak Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) akan mempamerkan maklumat terkini Majlis Konvokesyen Kali Ke-16 menerusi portal rasmi ini.

2. Senarai Graduan boleh disemak (Muat turun : Senarai Lulusan DIS 2012)

3. Panduan Majlis Konvokesyen (Muat turun : Panduan Konvo PIS Kali Ke-16)

4. Para graduan Wajib menyempurnakan perkara berikut :

    4.1)    Melengkapkan Borang Online Pendaftaran Konvo16. Kilik disini
    4.2)    Menjawab dan membawa salinan Kajiselidik Graduan melalui Sistem Pengesanan Graduan
    4.3)    Mendaftar sebagai ahli ALUMNI PIS. Sila klik disini

Perhatian : Graduan yang gagal melakukan ketiga-tiga perkara di atas, pihak urusetia  boleh menahan anda dari menghadiri Majlis Konvokesyen. Aplikasi online di atas dibuka mulai 11 November 2013 jam 12.00 tengah hari  & ditutup pada 09 DISEMBER 2013 Jam 5.00 petang.


Sunday, 10 November 2013

CINTA AGUNGKU bukanlah manusia tp YANG ESA

CINTA? ada apa dengan cinta? penting sangat ke cinta? boleh ke mati kalau tak ada cinta? persoalan ini kerap sangat brmain2 kat fikiran ni. yelah.. bayangkan...sekarang ni macam2 kes ada. bunuh diri sbb frustt putus cinta lah. lagi teruk lpas berzina, buang anak, bunuh anak. lpas tu bunuh diri.  MASYAALLAH.. ummat islam zaman skarang. sbb cinta bertuhankan manusia lah jd begini.

sbenarnya.. cinta tu memang penting! tapi soalnya perlu disandarkan pd siapa cinta itu? nah.. ini JAWAPANNYA!!!

PERTAMA! tentunya pada yang KHALIQ! ALLAH SWT.

KEDUA! pada kekasih Allah NABI MUHAMMAD SAW.

KETIGA! pada IBU BAPA kita.

KEEMPAT! pada KELUARGA, ADIK BERADIK kita.

KELIMA! pada SAUDARA SEISLAM kita.

dan yang terakhir..... (JENG! JENG! JENG! ) pada SUAMI/ ISTERI kita.

haaa........ nampak? yg tang suami isteri tu yang LASTT tauu.. s0 xyah nak mengada sngatt bunuh diri bagai!



cinta itu sesuatu yang suci, kerana ia lahir dari hati yang penuh dengan keikhlasan. hati yang beriman dengan Allah. hati yang takut pd Allah. hati yang selalu mengingati Allah. hati2 inilah yang akan melahirkan cinta yang murni untuk manusia yang lain. kerana jika cinta pada Allah diletakkan pada yang terakhir, maka cinta yg lahir untuk manusia bukanlah cinta yang suci! 

ingat satu je. Allah yang memegang hati kita. DIA lah jugak yang membolak balikkan hati kita. jangan terlalu cinta pada manusia, kerana mungkin satu hari nanti, Allah akan tarik rasa cinta itu sehingga kamu tidak akan merasa apa-apa lagi. boleh jadi sekelip mata saja, rasa cinta yg menggunung b0leh bertukar menjadi rasa benci yg teramat!

letakkan cinta pertama kita hanya kepada Allah, dan percayalah... kita akan memiliki segala2nya!

betullaa kata pujangga: ''CINTA PADA BUNGA, BUNGA AKAN LAYU,
                                     CINTA PADA HARTA, HARTA AKAN MUSNAH,
                                     CINTA PADA MANUSIA, MANUSIA AKAN MATI,
                                     CINTA PADA ALLAH, MAKA ITULAH AKAN KEKAL ABADI''

MAK ke AKU yang nak khawin SEBENARNYA?????






diingatkan bahawa dialog ini hanyalah rekaan semata. tiada kena mngena dgn yg hidup mhupun yg tlah tiada.

mak jemah: "ni lahh anak aku yg b0ngsu..baru jer habis belajar."
kak j0yah: "0wwhh... jadi ni lar yerr anak kau yang belajar d0ktor kat mesir tu? errmmphh2.. cantik 0rang nya. berkenan pulak aku jemahh 00iiii.."
mak jemah: haa.. dah tggu apa lagi? masuk lerr meminang cepat2. kang nanti melepas pulak!"
kak j0yah: owhh, boleh aje. minggu depan jugak aku masuk minang anak ko nih! errr, tp brape hantarannya?
mak jemah: alahh... dengan kau aku takde lah berkira mana! 50 ribu jerr..........."
kak j0yah: hah?? 50 ribu??!!! ~pengsan~
si anak: ??????

(macam kes jual anak pun ada nie..ishh3)

perkhawinan adalah sebuah pertalian yg mengikat seorang lelaki dan seorang perempuan membentuk hubungan yg halal lagi diredhai Allah. nak bina masjid ni bukan benda main2 mak jemahh 00iiii... bukan benda yg b0leh dijual beli dengan wang ringgit. 0rang kata.. jangan bakar ubat nyamuk dekat langsir, nanti b0leh terbakor rumah tu! ye d0p??



bukan apa... yelah, sebagai ibu bapa, dah jadi tanggungjwabnya mencri jodoh yg trbaik utk anak2 mereka. tp... dasar pencrian tu yg kdang2 salah. nak cari yang kaya raya. kot2 lah b0leh menumpang mewah. nak cri yang ada rumah besor, ada kreta BMW lah.. SUBARU lah, hape lah. buat apa semua tu mak jemahh 00iii?? boleh ke angkut tu semua pi akhirat besok-besok??

   

nak cari j0doh untuk anak tu boleh. tapi biarlah mngikut pandangan agama kita. kenalah cari yang s0leh.. kaki lekat kat masjid.. pandai mengaji... h0rmat 0rang tua, baik budi pekertinya.. ada pekerjaan yg tetap. haa, bukan susah pun kan? nanti.. sapa yg untung? anak kita jugakk.. yang  cam gini barulah b0leh angkut pi akhirat!

Thursday, 7 November 2013

Nampaknya Love You Mr Arrogant dah Tamat!!


citer skrunk nie dah semua adaptasi dr n0vel.. lambat laun, pngarah kat Malysia ni dah xder idea nak wat citer.. huhuhu. tapi pape pun, tahniah lah kat pngarah LUMA sbb brjaya catat ranking terbaikk! 3juta penonton citer ni..w00www! 3juta jgk lah xs0lat maghrib jawabnyerr... aduhaiii TV3 0iiii... tukar2 laa waktu tayangan tuww.. suka pulak dia menanggung d0sa org kan3????



sbenarnya, sy pon kdang2 terlebihh jgk... tgok bukan main syokk lg, tetiba abang jerit!

''wooii, kalau kat Akhirat nnti Allah tanya apesal s0lat lewat? Mr.arrogant kau ni ke yg nk jawab?!!''

fuuuiiissshhhh... dasyat bt0l ayat p0wer abg sy tu.. cam kena kejor ngan dinasour sy lari g ambik wudhuk. hehhehe.  tp apa2 pun, thankss a lot Elong.. sbb memberi peringtan kpd adikmu yg lalai ini... kui3

akhirnya Tamat jugak citer nie... Alhamdulillah... b0leh dah s0lat 0n time!!
















bnyak2 babak, babak ni yg palingg sy suka! macam c0mel jer.. macam sweet jerr... hehek!


Aku hanyalah Insan Biasa....



Ramai yang kata aku bertuah. dilahirkan dalam keluarga yang sempurna. ada ayah, ada mak, ada abang, ada kakak, ada adik dan berharta. 
ramai jugak yang cemburu akan keakraban aku dengan keluarga. tertekan jugak aku kadang kala dengan pandangan kawan-kawan sekeliling. Ya Allah! betapa aku seorang yg tidak bersyukur!

Tapi dalam masa yg sama, tak ramai yang tahu tentang hakikat sebenar hidup berkeluarga. bukan senang untuk mnjadi seorang anak yg taat pd ibu bapa, yang selalu harus mengatakan 'ya' setiap kali disuruh melakukan sesuatu 0leh abang dan kakak, yang selalu kena mengalah dengan kerenah adik yg manja. 
dengan kata lain, bukan senang hidup berkeluarga! dan bukan susah jika kita tahu bagaimana cara yg betul utk hdup dengan aman dan tenteram tanpa ada isu 'anak derhaka' atau 'kau jangan panggil aku abg!'

hidup bekeluarga adalah sesuatu yang menggembirakan. apatah lagi jika dapat berkumpul adik beradik, ipar duai, anak2 saudara, sepupu sepapat dan ramai lagi. tapi kenapa dalam hidup berkeluarga trjadi juga pergaduhan antara anak dngan ibu bapa, adik dengan abang? apakah punca mnybabkan trjadinya prbalahan trsbut??

Antara sebab utama adalah... HASAD DENGKI, PERSELISIHAN FAHAM, TIADA RASA HORMAT, LALAI PADA TANGGUNGJAWAB dan BURUK SANGKA.

Bila mak bagi kat abang, adik nak jugak. tapi tak dapat. Adik dengki. adik marah kat mak. benci kat abang. dia pikir yang mak cuma sayangkan abang. adik berdendam. selalu macam ni lah proses yg trjadi. ish3... dendam tu lah yg bahaya! lama2, dendam tu boleh musnahkan hati. boleh makan diri!

kenapa kita xfikir yg baik2 aja? owhh...ok. mak tak ada duit nak beli utk aku. owhh tak pe. mungkin bila aku dah besar mcm abang, mak belilah utk aku. kenapa erk kita tak boleh pikir mcm tu? sebabnya...bila marah, dengki dan buruk sangka datang pd kita, kita tak cepat2 ingat pd Allah. kita biarkan marah menguasai. kita biarkan syaitan bermaharajalela mengawal hati dan fikiran kita.


fokus utama dalam hal ini ialah akal dan hati. tunjang utama dalam membina kluarga yg bahagia ialah sabar. bila sabar boleh mengawal kita, maka bertambah kuatlah iman kita. memang betul, sabar tu payah! tapi ingat.. yang payah itulah Allah berikan ganjarannya indah...

''berselisih faham memang xkan lari dlm hidup kita. jgan sesekali berfikir negatif. bila kita tgh marah seseorang.. jgan ingat perbuatan yang tak baik yg dia dah lakukan pd kita, tp ingat hanya pd semua perbuatan baiknya pd kita.'' -via mak saya sendiri. he he :)



percayalah... semua yg kita miliki sekarang adalah selamanya hak mutlak Allah S.W.T

"the 0nly way t0 st0p pain in y0ur life is t0 accept the fact nothing is y0urs, n0thing was y0urs and nothing will be ever y0urs. they are world attachments: given by Allah, bel0nging t0 Allah and return t0 Allah!'' (Y)

Sidratul Muntaha.. Kematian Pasti Menjejak kita



Akan datang suatu hari kematian menjemputku tinggallah segala apa yang telah kutulis andai saja setiap yang membacanya berdoa untukku agar Allah SWT melimpahkan ampunan untukku serta memaafkan kekurangan dan buruknya perbuatanku.

p/s; sm0ga apa yg dikongsikan d fb ini dpt memberi manfaat kpd yg mmbaca dan mendapat redha Ilahi hendaknya. ssungguhnya, yg baik datangnya dr Allah S.W.T, dan yg buruk itu smestinya dtg dr dri sy sendiri... waulahualam ^_^