Benarlah.. "no men, no cry!" Kata2 yang terpalit disebalik dinding alam maya. Mungkin Ditujukan khas buat anak tercinta agar nanti menjauhi yg namanya lelaki. Semoga belajarnya nanti tidak dicemari janji2 dusta seorang lelaki.
Rmai yang berkata, cinta itu buta. Namun, tetap juga mahu bercinta. Mereka katakan, betapa indahnya cinta. Kita disayangi.. dicintai..dirindui.. malah, seluruh hati,jantung, paru2 diserahkan kepada cinta hatinya. Ya. Aku juga tergolong dlm golongan itu.
Mngenangkan betapa cintanya pada si dia, lalu dserahkan hati dan semangat hidupku pdnya.
Ada kalanya tersimbah penyesalan.. kerana dia, aku xmampu hidup seperti dulu. Ketawa bila aku gembira. Menangis bila aku bersedih. Dihadapannya, aku cuba menjadi diri yg lain. Diri yg sesempurna mungkin. Bagiku, semuanya dah xpenting melainkan dia!
Saat bercinta indahnya tak terkata. Menerima msj darinya buatku tak keruan.
Mendengar suaranya pun sudah cukup buatku kenyang. Benar. Ketika cinta, diri rasa xberpijak dibumi yg nyata. Andai ianya mimpi, biarlah mimpi itu berpanjangan tanpa brhenti.
Namun, akhirnya.. saat2 itu sudah tidak kunjung tiba. Segalanya cuma tinggal kenangan. Aku berubah. Dia juga berubah. Aku tawar. Dia masin. Aku disini dia disana. Aku meratapi. Dia mengira. Aku berhenti dan dia juga berhenti. Ku kira langkah ini mungkin yang terakhir...
Dikala tersedar dari mimpi indah, aku berhenti berharap. Menunggu detik matahari terbit. Dahi tersembam ditikar sejadah. Mengharapkan Tuhan mmberi apa jua yg ditadah. Tangisan demi tangisan hakikatnya sudah tidak bererti lagi. Barang yg dikejar susah tercicir. Langsung hilang bayang dan tak berupaya lagi utk digenggam.
Cinta yg diagungkan akhirnya berterbangan. Hati meratap sepi. Mmbiarkan diri bermuhasabah dengan bertemu Ilahi. Dinihari itu mnjadi saksi bahawa cinta itu sudah terhenti disini!
Lalu percayalah.. masih ada yg setia menanti. Sentiasa mnghampiri diri takala sendu dikegelapan hari. Bukan hakikatnya cinta itu mnyakiti tetapi manusia itu yang jarang mensyukuri. Betapa nikmat hati yang dikurniakan Ilahi. Setia mengharapkan laluan yang terang lantas disuluh hingga kepangkal jalan. Semangat yang dahulunya terbuang, kukira kini hampir kepada NYA duluan. Walau kejap yang dinanti, hingga saat aku tersungkur sendiri. Walau pedih yang dirai, hinggakan aku berdiri sekali lagi. Penat menyayangi yang belum pasti akhirnya hilang sendiri. Akibat cinta yang bukan hakikatnya kepada sang pemilik hati.
Aku berdiri disini. Menanti. Dan terus menanti. Jika Tuhan masih menyayangi diri, maka dikurniakanlah lelaki yang benar-benar ikhlas mncintai. Moga diri ini kuat menghadapi hari2 mndatang. Kerana tanpaNYa, aku hilang arah tujuan! Semoga cintaNYA tetap ukuh wlaupun beribu tahun mendatang. Semoga pengakhiran ini bukanlah sengsara malah mencapai tujuan yang sempurna.sumpah Hidup dan matiku hanyalah untukmu Rabbul Izzati........