Powered By Blogger

Monday, 9 May 2016

indahnya HidayahMU....

Assalamualaikum semua... lama dah xupdate blog. lebih2 lgi skarang ni dh nk start bizy.. raya dh nak makin dekat, baju org xsiap2.. entahlah.. klau fikir dunia, sampai bila2 pun mmng xkan abiz.. :)

Alhamdulillah.. Allah msih panjangkn usia kita.. masih beri kita nikmat bernafas.. nikmat sihat.. nikmat islam dan nikmat iman. nikmat yg jarang2 sekali manusia ni nak brsyukur. selalunya, ucap Alhamdulillah lpas sendawa jer... salah tu. bukan nikmat kenyang jer yg kita kena syukur. nikmat lain yg banyak lagiii Allah beri tiap2 hari tu pun kena syukur jugak. so, lil reminder, Always being grateful. coz not everyone in this world have the same nikmat like y0u got. ^_^

okey! pertama2 sekali sy nk doakan bakal suami saya yg nk exam tak lama lagi. abang.. do your best! syg thu abg terer.. genius.. tpi, study tetap kena study jgk.. jgan asik futsal je. futsal tu, nti bila2 pun bleh main.. exam tu lgi pentingg. nnti bnyakkan solat hajat, doa tgh mlam.. syg doakan Allah beri abg kesihatan dan kekuatan ingatan serta dipermudahkan dlam semuaa subjek exam nnti. sayangg abg sgt33!!! 💕😊💕😊💕

"sesuatu yang ghaib seperti alam barzakh, alam akhirat, syurga dan neraka adalah perkara yg wajib diimani oleh seluruh muslim. bersaksikan Allah itu satu, dan Nabi SAW itu pesuruh Allah tlah cukup membuatkn seseorang itu memandang islam dr kseluruhn sudut. bermula drpd solat,puasa,zakat, haji dan lain2 lagi. mungki ada yg beranggapan bhwa islam itu sukar dan tidak mesra dunia. namun, mengertilh kita yg syurga itu mahal dan utk memasukinya bukanlah mudah malah memerlukan pengorbanan masa,hati,harta,tenaga dan brmcam2 lgi. dunia ini hnyalah tempt persinggahan dan ia bersifat sementara. kerana itulah ada hadis nabi yg mngatakan...

“Seandainya dunia ini di sisi Allah punya nilai setara dengan sebelah sayap nyamuk nescaya Allah tidak akan memberi minum seorang kafir seteguk air pun.” (HR. At-Tirmidzi, dishahihkan Al-Imam Al-Albani dalam Ash-Shahihah no. 940)

Allah.....
betapa tiada nilainya dunia ini dsisi Allah. namun, kita alpa. kita lupa. bhwa akn dtgnya satu saat nnti kita akn melangkah mninggalkan dunia ini buat selamanya. dn apa yg kita bawa bersama yg dterima oleh Allah hanyalah amal kebaikan. lalu, amal kebaikan apakah yg tlah kita usahakan spanjang 25tahun ini? sepanjang 40tahun ini? spanjang 60thun ini???
bak kata ustaz wadi anuar... ummat islam ni kena bnyak berfikir..... 

satu hari, ada someone yg sedarkan sy. hnya dgn 1 sindiran. "alah... belajar agama pun, pkai tudung labuh pun, tgh2 malam duk bergayut kok talifon jgk..." sungguh sy sentap. terasa nk marah. geram. dan mcam2 rasa lgi yg muncul msa tu. padahal dia xmention pun dia tuju sindiran tu pd sapa. ianya mungkin pd sy, atau mngkin juga umum! tpi... dah bila buat salah, diri terasa. dan tiada kata yg mampu sy balas tika itu. hnya berfikir..dan berfikir...salahkah kata dia??? dan.. berdosakan kami???

Keesokan hari.. diri dikejutkan pula dgn kematian seorang sahabat yg tlah lama berkhidmat utk kelurga sy. pd mulanya, arwah hnya sakit batu karang shja, dan bila pergi berubat, sakitnya sembuh. namun, siapa sangka.. kematian menjengah juga. sakitnya mungkin dah lebih dari 4bulan.. namun, kuat arwah rahsiakan.. diatara kami semua, tiada siapa pun yg thu arwah sakit berat. hnya lebih kurang semnggu sblum arwah pergi, barulah suaminya dtg berjumpa dgn kami dn khabarkan tntang keadaan arwah yg makin tenat. namun, disebabkan tekanan kerja, kami smua tidak smpat mnziarahinya.. shinggalah berita kematiaannya tiba di perdengaran kami....

Jam 8pagi... sy, mak dan kakak bertolak dri rumh utk meliht arwah sbelum dikebumikan. mnjejak saja kaki ditapak rumah arwah, tiba2 saja sy rasa ada sesuatu yg menyapa. bukan hantu.... tpi.. sesuatu. seprti angin yg dingin yg mmbuatkan bibir sy xlepas dri mnngucap zikrullah... kami disambut baik oleh suami dan ahli klurga arwah. bertanya itu dan ini lantas brgegas naik utk mnziarahi arwah sbelum jenazah arwah dimandikan..

Subahanaullah..... sungguhh! sayu hati kami tika menatap wajahnya utk terakhir kali. masing2 terduduk dan ada yg mnitiskan air mata. msing2 tidak dpt berkata2 selain bibir tidak lepas dr mmbca Al fatihah dan surah al ikhlas. tiba2 trdetik dihati sy... 'ya Allah.. dia dh lepas... dimana tmpat dia disisiMu? apakah Kau mnerima sluruh amal kbaikannya dan mngampuni sluruh dosa2nya? ya Allah... ampunkanlah dia Allah.... tempatkn dia dlam kalangan yg terbaik disisiMu...' dlam diam sy berdoa. 


malam itu, sy xdpt nak lelapkan mata. asyik teringat wajah arwah. tenang sekali. lalu, air mata sekali lagi mencurah2, mengenagkan dosa yg tralu bnyak dlam diri ni. apakah aku nak bwak dosa2 ni berjumpa dgn Allah esok2 nnti??? tak... aku taknak. aku nak husnul khatimah.. lalu sy terasa yg dunia ini seakaan sudah tidak lama lgi utk sy. entah esok,, entah lusa, sy pula yg akn pergi mnghadap yg ESA.. lalu. sy bertekad! bertaubat pd Allah dan berjanji tidak akn mlakukan dosa lgi. wlau dosa2 kecil skalipun. dosa yg sekian adapun sudah mnggunung apatah lgi nk ditambah dosa yg baru.
sy takut.. andai Allah ambil nyawa sy ktika sy mlakukan dosa. lantas, keputusan diambil. bukan sbb benci atau dah tak sayang, tpi sbb sy sedar... barangkali hubungan ini tidak diredhai Allah. dan boleh jadi dsbabkan hubungan ini, dia dan sy bakal jauh dr Allah. Alhamdulillah... sy dh bertrus trg dgnnya. dri segi penerimaan, mngkin sedikit sukar, namun sy redha... andai dia memilih yg lain. kerana dia berhak. krana sy bukanlah siapa2... sy hnya mmpu berdoa dri jauh, moga Allah mnjaga dan memeliharanya drpd sbrang kjahatan, kecelakaan dan kesesatan. kerana sy yakin.. dia lelaki yg baik.. sudahpun terpelajar.. sy menerima kurangnya dia spertimana dia mnerima kurangnya sy. dan jika Allah takdirkan kami berjodoh, sy akn tersenyum gmbira dan katakan pdnya, "inilah hikmah diatas kesabaran kita slama ini." ^_^



sebenarnya...terkadang dosa itu tidak terlihat dan tidak kita sedari. bertahun2 kita mlakukan dosa, tpi kita xsedar pun. contohnya, dah kata daging buger Mc'D tu ada daging babi, tpi kita tetap makan. seolah itu hnyalah viral shja. sedangkn ia mnjadi darah daging kita. mngalir dlam badan kita. tpi. siapa yg ambil peduli? bukan saja xpeduli, malah berselfie lgi smbil makan dn uplod dlam media sosial.

benarlah.... hidayah itu milik Allah. dan DIA dtangkan hidayah itu hnya pd hamba yg dikhendakiNYA... usai hidayah itu sampai pd kita, jgan sesekali lepaskan. kerana tiada jaminan yg hidayah itu akn dtg utk kali kedua.

"indahnya hidayah itu bukanlah pada permulaan, tapi pada pengakhiran."

samalah kita berdoa... moga2 Allah berikan hidayahNYA buat kita dan Allah kekalkan hidayah itu sehinggalah d akhir hayat kita... Aaaamiiin ya Rabbal Alamiiin..