terasa berhabuk blog ini krana sudah agak lama menyepi. bukannya sengaja atau tiada cerita, tetapi terhalang oleh kesibukan kerja seharian.. al maklumlah, kerja sendiri tak sama dgn kerja dengan orang. semuanya nk kena setup sndiri. tapi setakat ni Alhamdulillah, Allah masih permudahkan segala urusan walau trkdang trlalu berat beban yg dtnggung. syukur masih ada ibu dan ayah yg sntiasa disisi talkala anaknya ini dalam kesempitan. :)
"ketika engkau perlu memilih, pilihlah pilihan yg mndekatkan dirimu dengan Allah."
sudah mnjadi lumrah hidup di dunia.. manusia ingin dan mngimpikan kehidupan yg sempurna tanpa ada cubaan atau ujian atau bala yg bakal merosakkan khidupan mereka. pantas sedaya upaya mereka mncri haluan, mnggunakan akal dan kemmpuan, kudrat diri yg Allah salurkan saban hari. namun, seberapa kerap kita bersyukur dgn nikmat kesihatan dan kesejahteraan hidup yg dikurniakan Allah ini?
mungkin tak ramai dikalangan kita berfikir dan merenung walaupun sekejap. "sudah berapa bnyak nikmat yg Allah kurniakan? sudah berapa kali Allah berikan kemenangan?? dan jarang2.. hanya beberapa kli DIA timpakan sdikit kesusahan dan ksakitan pd kita, kita mngeluh dan berburuk sangka padaNYa. bukankah nikmat hidup yg kita smua kecapi slama ini tidak terhitung?? jd mengapa perlu marah, kecewa dn sedih seandainya nikmat itu Allah tarik buat seketika dan hnya mngambil masa yg tidak kurang lamanya? itulah puncanya.... kerana kita jarang bersyukur dgn nikmat yg DIA kurniakan slama ini.
meneliti panjangnya kehidupan dunia... seakan tiada hentian terakhir buat kita yg bergelar hamba dan tanah yg hina. panjangnya angan-angan yg mmbuat kita lemah dn lalai dlam mnyusuri hidup yg sementara yg tiada seorang pun thu bila tiba saat kembali pda TuhanNYa. lantas manusia terus berbuat andaian bhwa umur yg pnjang ini tidak boleh dipersiakan.
sama ada jalannya untuk mnyempurnakan tugas dunia atau untuk mnyempurnakan tugas akhirat, itu bergantung sepenuhnya pada hati mereka sndiri.
jalan menuju Allah... bukanlah semudah yg diperkatakan. terlalu bnyak halangan dan godaan dr plbgai pihak yg mndustakan nikmat Allah SWT. bgaimana mndambakan syurga andai hati tetap lalai dr mngingtiNYa?? apalagi mncintaiNYa.
berat utk melangkah.. berat lgi untuk melepaskan. namun perlu kita gagahi. wajib kita hindari andai hati itu dirasakan bukanlah sepenuhnya utk Ilahi.

sempurnakanlah aku wahai Allah...
bukanlah aku meminta harta yg bnyak, duit yg melimpah ruah, rupa yg cantik, kehidupan yg mewah, kekayaan yg tiada habisnya.
namun.. aku hnya meminta secebis kasih dan rahmatMu kepadaku, kepada kaum kluargaku, teman2ku, dan sluruh mukmin di dunia ini. sempurnakanlah kami dgn ilmuMu yg tiada cacatnya, sempurnakanlah kami dgn pasangan yg saling bergandingan mngapai redhaMu, sempurnakanlah kami dalam mencari keberkatanMu didunia juga diakhirat. bekalkanlah kami ilmu yg bermanfaat, rezeki yg halal dan amalan yg Engkau terima.
lalu berbahagialah wahai manusia... andai kesempurnaan ini Allah anugerahkan kepada kita, ianya merupakan nikmat yg paling bermakna. bukanlah sesuatu yg kita harapkan atau impikan akn mnjadi kenyataan tnpa usaha dan tawakal padaNya. bisikkanlah pada hati, "terimalah takdirnya. walau ia nampak kejam dimata kita, namun percayalah ia adlah yg paling baik disisiNya."
setiap permulaan hidup, akan diakhiri dgn kemaatian. sejauh mana akal seseorang itu mntafsirkan bhwa khidupan akhirat jauh lebih berharga dr kehidupan dunia, maka beruntunglah dia. hiduplah dgn redaNya, dan semoga DIA ambil kita kembali juga dgn RedhaNya. penuhilah sisa waktu yg ada dgn mngejar ilmuNya, berbuat seberapa bnyak kebaikan, kerana itulah bekalan untuk kehidupan seterusnya.. jangan diimpi kehidupan yg bahgia didunia, andai Allah engkau letakkan yg paling bawah dlam senarai keperluanmu.
hiduplah dgn cintaNYa... dan yakinlah.. suatu hri nnti akan Allah hadirkan cinta yg sejati buatmu. cinta yg jauh berkali2 gnda bahgianya kerana engkau meletakkan cinta Allah yg paling utama dlam hatimu.
Dalam kesukaran hidup, ada ketenangan jika hati kita sentiasa dekat dengan Allah.. tidak gusar dengan kejauhan kerana hari-hari yang dilalui penuh dengan kebergantungan kepada Allah swt.. tidak lelah jika ditakdirkan dengan kehilangan kerana menyedari segala yang ada hanya sekadar pinjaman dari Allah swt..segalanya akan dikembalikan pada Allah swt jua.. hari-hari yang sarat dengan dugaan disambut dengan senyuman yang cukup mendamaikan jiwa.. jiwa yang sarat dengan kesakitan disembuhkan dengan membahagiakan insan lain disekeliling kita.. hidup diterima dan dilalui dengan hati dan jiwa yang penuh dengan penyerahan kepada Allah swt.. hanya satu jalan sahaja untuk memilikki kehidupan seperti ini…
"Saat kau merasa dugaan trhdap cinta dunia,
Dekatlah kepada-Nya,
kerana cinta kpda pncipta adalah semulia-mulia cinta yg prnah ada.."
KEMBALIKAN SEPENUH HATI INI KEPADA ALLAH…
Ya..benar kata seorang sahabat, “kekuatan itu terasa bila kita berdua”.. Jujur, diri ini mengakui kebenaran kata-katanya.. Dari kejauhan ini, semoga Allah swt melimpahkan rahmat dan kasihNya kepada dia yg teristimewa..dia yang sentiasa berusaha meletakkan diri ini pada kedudukan yang lebih mulia di sisi Allah..dia yang sentiasa mendidik diri ini yang serba kekurangan dengan penuh kesabaran..ikhlas menerima kekuranganku.. semoga impiannya dlam mnggapai ilmuMu di jalan Allah dimakbulkan Allah..semoga Allah melimpahkan kebahagiaan yang berpanjangan kepadanya hingga ke syurga Allah yang abadi kelak.. semoga dikau mnjalani liku hidup ini dengan penuh syukur dan sabar. walau nnti aku sudah tiada disisi, namun percayalh hati ini masih dgnmu, dan aku masih tetap disini menanti hadirnya kalimah indah dr bibirmu takkala berhadapan dgn waliku. doaku akan sentiasa mengiringimu saban waktu...
“ALLAH SWT SENTIASA ADA UNTUK MENJAGA KEHIDUPAN KITA SEBAIKNYA..UNTUK MERASAI MANISNYA CINTA, CINTAILAH ALLAH SEPENUH HATI KITA..INSYAALLAH..AMIN…”