Powered By Blogger

Sunday, 29 November 2015

Aku, Ilmu, Kita ♥

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuhh....
Allahuakbar.. tersangatlahh lama dah xjenguk blog kesayangan hamba ni. dah berhabuk sedepa daaa... huhu

Alhamdulillah... msih dipnjangkn usia oleh Allah Taala... msih dkurniakan knikmatan sglaa pncaindera, masih islam, msih beriman.. syukurlah. ^_^


"hidup umpama roda. kadang2 kita diatas, dan kadang2 kita dibawah."

setiap manusia dikurniakan Allah kelebihan dn kkurangan msing2. ada yg pandai... ada yg kurang pndai. ada yg bnyak cakap, ada yg kurang ckap. ada yg cantik, dn ada yg kurang cntik. itu fitrah kejadian.

namun.. stiap mnusia Allah ciptakan akal fikiran beserta dgn hawa nafsu. setiap drpd kita apabila umur mngkt dewasa.. lbih2 lgi apbila dh mncecah 20 an, kita sepatutnya sudah pun boleh mmbezakan diatara bnda baik, mahupun yg buruk. kerana usia yg mematangkn kita.
hari demi hari... kita melihat. kita mndengar. kita merasa. kita bertindakbalas dgn dunia. perlakuan kita amat sinonim dgn asas khidupan. bermula dr adab makan sehinggalah adab tidur. kesemuanya tlah diaajr dn dibntuk drpd kita kecil shingalah dewasa kini. namun..... berapa ramai dari kalangan kita yg memandu perjalanan dunia ni dgn asas agama? baik dr segi pakaian, akhlak dan pemikiran. sejauh mana stiap mnusia itu dididik mngenal Pencipta yg tiada seorangpun pernah melihatNYa namun ttap istiqamah beriman dgnNYa?


Sahabat sekalian,
andai hidup ini sekadar mcari makanan, maka haiwan juga mencarinya.
andai hdup ini sekadar mncari cinta, maka matilah kelaparan.
andai hidup ini sekadar mncari makna, maka rosaklah segala kenangan.
kerana hidup ini..... bukan untuk semua itu. ttapi, hidup hnya kerana Allah. sbgaimna firmanNYa,

”Dan tidaklah Aku menciptakan Jin dan Manusia kecuali hanya untuk beribadah kepada-Ku” (QS. Adz-Dzariyat : 56)

3 hari lepas, saya ada mengikuti kem hafazan bersama2 anak saudara. disana, guru2 tekun mengajar anak2 tentang 'basic' dalam agama. contoh pling ringkas, mngenali 99nama Allah, mnghafal surah2 pendek dlm Al Quran, mnghafal doa2 harian sperti doa makan, doa tidur, doa kluar msuk kluar tndas, doa naik knderaan dll lgi..

kdang2 sy rasa mnyesal.... "kalaulah awal2 dahulu aku masuk sekolah agama, xlah jd sejahil ni." :'(
namun, skrg mnyesal pun dh xde guna lgi.., yg berguna adalah ketebalan muka utk mlangkah kaki ke tmpat2 pngajian bg memntapkan lagi ilmu yg kurang. klau nk bg alasan malu, sampai bila2 pun xkan boleh belajar. so, buat2 xmalu jelah! ;)

disana slama 3hari, khidupan sy rsa berbeza yg amat2 sgtt!! tahu kenapa?
sbb... hidup sy sehari2 dkt rumah, pgi g kerja, ptg blik kerja, malam tido. dn berlakulah repeatation utk hri2 yg berikutnya.
namun, di kem tersebut, sy bnyak blajar tntang cra mnguruskan masa. bgaima kita nk seimbangkan urusan dunia disamping mmperkukuhkn urusan akhirat juga.
disana, kami diajar mkan on time, solat on time.. berjemaah lgi!
lpas tu, kmi turut diajar bgaimana teknik mudah mnghafal al Quran.
alahaiii..... rupanya xsusah pun nk hafal surah dlm al Quran. smuanya brgntung pd diri kita. nak tak nak jer. kata ustaz.. kalau kita tgok Quran, kita niat dlm hti kita, "isshh.. Quran ni payah.. apatah lgi nk hafal. mmg xboleh." jd memang Allah takkan bantu kita. tp, kalau kita niat dlm hati, "Quran ni mudah.. aku nk hafal Quran ni 30jzuk." insyaAllah... Allah akn bantu. percayalahh.... ^_^


diawal pemerhatian sy, knak2 terlalu mudah utk diasuh dan diajar. mereka cpt ingt, apabila disuruh hafal sesuatu surah, dlam masa yg singkt, mereka mampu mnghafal dgn lancar. lalu, sy bertnya kpd diri. "klaulah budak kecik boleh, tak kanlah aku yg besar ni xboleh pulak? tak malu ke ngan budak2?!" huhu

Alhamdulillah... bnyak pngalaman dn ilmu yg amat berguna saya dpt dlm kem trsebut, wlaupun skdar 3 hari, nmun ia padat dgn plbgai ilmu yg brmanfaat.

mulai detik ini, sy berazam utk tidak lgi mnsia2kan waktu yg msih berbaki ini dgn perkara yg tidak berguna utk khidupan strusnya, malah sy akn buang dan tinggalkn segala perkara mazmumah yg sy yakin perkara itu tidak mndtangkn redha Allah wlau sekecil zarah pun. kerana sy pasti Allah shaja yg sentiasa ada bersama2 sy dlm mnmpuhi khidupan didunia ini. perkara lain hnyalah sampingan shja, yg hnya mmberi mnfaat utk seketika cuma. semoga sluruh perjalanan hidup kita ditempuhi dgn penuh hikmah lagi rahmah dan berada dlm lindungan Allah SWT selalu... insyaAllah. :)

Saturday, 30 May 2015

Redha yang dicari...

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...
kpd semua yg slalu mngikuti blog sy, penting utk sy katakan yg hari ni mungkin hari terakhir sy akan update blog ni...
dsebabkan kesibukan dan masa yg terbatas mmbuatkn sy mngkin takkn sempat nk update utk jangka masa yg lama slepas ni.


"Redha Allah yg dicari."

tidak semena-mena, tidak disangka-sangka.
pejam celik, umur dah meningkat. tangjungjwab semakin hri semakin berat. masa yg terhad bg mngalihkan dunia buat sementara utk fokus pd bekalan akhirat. tidak mudah. namun, kaki ini tetap harus gagah melangkah! biar payah didunia asalkan senang diakhirat sana. insyaAllah, Moga Allah redha. 

sy selalu berpegang pd satu prinsip hidup yg sy rasakan ia adalah satu pegangan positif yg mmbawa sy berdiri diatas perjalanan yg sementara d muka bumi Allah.
"hidup terlalu singkat utk kita persiakan."
itu prinsip hdup sy. maksudnya... hdup yg kita alami skrang bukanlah real, nmun cuma permainan. diakhirnya, kita smua akn dipnggil Ilahi utk khidupan yg sbenar2nya. lntas, perbnyakknlah amal ditmpat yg sementara ini utk mnghadpi tmpat yg kekal di alam sana.

dahulu.. masa kecil2, sy ni nakal sgt3. shinggakan satu kampung pun knal sy. 
stiap hri yg dilalui pnuh dgn 'bekas2 rotan' dibadan. mana taknya, degil. xdengar kata mak, mak pesan jangan, itulah yg nk dibuat. mak pesan buat, itulah yg sering dilupakan. namun, ia perkara biasa. lumrah anak kecil yg masih blum mengerti apa makna hidup yg sebenar2 nya...

kini.... dewasa. perubahan yg mndadak. ketara pada pandangan mata sendiri. setiap inci perubahan sentiasa dicongak agar sentiasa nampak elok dimata mak dan dipandangan Tuhan. memang! dosa tak pernah lekang, namun mata hati sentiasa ingat pesan mak,



"besarlah dgn jd anak yg solehah. solehah pd mak ayah, solehah pd Allah. mak lepaskan kamu pd dunia, namun jgan kamu lepaskan dri drpd akhirat. mmng mak xnampak apa yg slalu kamu buat, tp Allah sentiasa lihat. dan kamu takkan pernah lepas dr pandanganNYa. solat jgn tinggal, jaga aurat dan pergaulan, dan bacalah slalu Al Quran. insyaAllah, mak akn slalu doakan yg terbaik utk kamu." 
itulah pesanan mak setelah sy berjaya ditawarkan mlanjutkn pelajaran ke selatan tanah air. sy thu.. mak terlalu risaukan sy, kerana sy tak pernah berpisah drinya. dan mngkin jgk sbb sy ni diatara anak yg paling manja dgnnya. hihi. erh, kenalah bermanja dgn mak ayah.. kalau bukan kita, siapa lgi yg nk brmnja dgn mereka. mom, u are the besttt mom in the world! doa sy moga dikurniakan tenaga dn masa utk mnjga mereka diwktu usia tua mereka. insyaAllah.... (^_>)


"tak perlu demand sgt. berasa cukuplah dgn setiap pemberian Allah pd kita."
itu kata2 yg xdapat sy lupakan spanjang mngenali seorang sahbat yg sntiasa bibirnya mnuturkan baris kata nasihat buat rakan2nya.
dia seorang yg sederhana, wlau kemanapun dia pergi, senyuman xpernah lekang dr bibirnya.
sentiasa mngusap bahu sy dan mngatakan, 'xperlu sedih dn risau. apa2 pun Allah sntiasa ada. doalah pada DIA.' 
dia selekeh, tak bergaul dgn orang, kelibatnya sntiasa ada di libary dan masjid shja, jarang2 nmpaknya kluar bergembira dgn rkan2 atau kluar makan2 dicafe atau lepak2 di anjung asrama. akhlaknya menarik itulah mmbuatkan sy kagum dgn peribadinya.
 sehingga prnah terbit dlm hati, "kalaulah Allah izinkan, aku ingin jd sepertinya!" 
dan Alhamdulillah. sy bersyukur dikurniakan sahabat sepertinya. ia mrupakn anugerah dr Allah yg xdpat ditukar gnti....... :)


"bukankah senang jd orang baik? jika kita taat pd Allah, mudahlah utk kita mnghadap,meminta padaNYa. tp kalau dah solat pun tidak, bila dh ada masalah nnti, mulalah malu nk mintak tolong dgn Allah.."
baris kata2 ini dilafazkan oleh salah seorang ustazah ditempat pengajian sy. waktu itu, sy memang tgh ada masalah. biasalah tertekan dgn lecturer dn asignment, itu biasa. nmun, terdetik dihati. sy stress... sy sakit kepala, sy xde selera makan, sy xbersemangat. tp kenapa sy xpernah mengadu pd Allah??? asyik mngeluh dn mngadu domba pd manusia. sedangkan mnusia xsemuanya boleh bntu kita.
kata2 itu amat terkesan dihati sy. sehinggalah sekarang.. terima kasih ustzah krana mnyedarkn sy.. ^_^


"sy xsuka tgok orang perempuan update gmbar mereka difacebook dn tayang wajahnya pd org lain."
^_^ teguran ini dtgnya dr seseorang yg istimewa pd sy. kerana dia org pertama dn satu2nya yg berani utk mmberi teguran yg sedemikian pd org yg belum knal rapat. 
insan ini.. tlah bnyak berjasa pd diri sy sndiri. bukanlah ingin mngagungknnya, cuma boleh sy katakan, "ada sbb dn tujuannya mngapa Allah hntar dia kpd sy." dan sy yakin sbbnya adlah, utk mngubah sy kearah yg lebih baik lgi.
kadang2 sy terfikir, 'bagaimanalah hidup sy andai tiada dia..' namun, lintasan itu cuma seketika.
kerana sy thu takdir Allah itu mngatasi segalanya. dia bukanlah milik sy dan dia bukanlah segala2nya. andai ditakdirkn, Allah tarik kmbali dia dr sy, sy ttap masih hidup dan boleh mnruskn khidupan ini dgn segala nsihat dn tunjuk ajarnya yg dh pun sebati dlm diri sy. kerana sy mencintainya kerana agama yg ada pdnya. bukanlah kerana perkara lain yg sia2. 
terkadang, andai dia jarang mnasihati, jarang bertanya hal2 agama, sy merasa bersalah. andai cinta ini mmbawa dia kepada keburukan. sedang sy thu, yg dia lelaki yg baik akhlak dn agamanya dan sy msih jahil tntg ilmu agama. lalu sy jd takut kalau2 kerana mngenali sy, dia terpesong dr landasan agama. namun,sy lega kerana ada ktikanya apabila dia sering brbicara tntng agama, mngajar mngaji al- Quran, sy terasa perbezaannya. cinta itu makin mnggunung dan hubungan terasa semakin ada ertinya. ''moga dia sntiasa ada utk mmimpinku mnggapai redha Allah..''


"bersedekahlah... kita beri walau sedikit, namun gnjaran dr sisi Allah itu amatlah besar. kdang2, kita beri sedikit, Allah tmbahkan nikmat rezeki yg brlimpah ruah dn tidak disangka2. ingt, Allah lebih memndang kpd yg mmberi drpd yg menerima."
:) kata2 dr insan yg ku gelar abang ini, amatlah kuhargai. dia seorang lelaki yg pd pandanganku, amat bertangngjawab pd kluarga dan hartanya. walau letih berkerja, dia ttap mluangkn masa bersama kluarga dan mmbahagikn masanya utk saham akhirat dgn mmgang jawatan sbgai setiausaha masjid dan dia juga slalu mngajakku mnghdiri kuliah2 ilmu agama diserata tmpat. 
ku akui.. lelaki sepertinya amat sukar utk dicari zaman ini. dia seorang abang... dialah yg slalu mmberi peringtan kpd kami adik2, dan mngambil tugas mnjaga kami ktika mak dan ayah pergi atas urusan berniaga. dialah yg memasak, dialah yg mmbasuh, dialah yg mngemas, dialah yg mmbuat susu, dialah yg buat smua. wlaupun sy berbeza umur jauh dgnnya, (urmm jarak umur kami lbih kurang dlm 13thun kott) namun, sylah adik prempuan yg pling rapat dgnnya. wlau umur dh tua, dh ada isteri dn anak2, ttap boleh brgurau dn bermesra dgnnya. terkadNg sy buat clap, dia tegur scara baik dan bukn dgn tengkingan. dia anak yg baik...abang yg baik... suami yg soleh... dan bapa yg penyayang... insyaAllah..

ini... diantara nasihat2 yg berguna utk sy spjang hidup. dn sy amat3 berterima kasih kpd kalian yg sntiasa mndorong sy mlakukan amal kbaikan disamping trus istiqamah melakuknnya. dan sy berdoa pd Allah agar dikurniakan kekuatan utk menasihati org lain kpd kebaikan wlaupun hnya dgn sebaris kata. kerana, dgn kata2 nasihatlah tercetusnya kesedaran dlm diri manusia, samaada mereka sedar ataupun tidak. memang hidayah itu milik Allah.. ttapi kita juga perlu mncarinya. 
waulahualam. semoga Allah menjaga kalian spertimana Allah mnjga hmba2 yg dikasihaniNYa. semoga kita smua menemukan redha Allah dlm pencarian kita didunia dan diakhirat.


Friday, 20 March 2015

Sempurnakan Aku......

Assalamualaikum warahmatullah khususnya kepada seluruh pengikut setia blog ni dan kepada seluruh umaat muslimin dn muslimat umumnya.

terasa berhabuk blog ini krana sudah agak lama menyepi. bukannya sengaja atau tiada cerita, tetapi terhalang oleh kesibukan kerja seharian.. al maklumlah, kerja sendiri tak sama dgn kerja dengan orang. semuanya nk kena setup sndiri. tapi setakat ni Alhamdulillah, Allah masih permudahkan segala urusan walau trkdang trlalu berat beban yg dtnggung. syukur masih ada ibu dan ayah yg sntiasa disisi talkala anaknya ini dalam kesempitan. :)

"ketika engkau perlu memilih, pilihlah pilihan yg mndekatkan dirimu dengan Allah."

sudah mnjadi lumrah hidup di dunia.. manusia ingin dan mngimpikan kehidupan yg sempurna tanpa ada cubaan atau ujian atau bala yg bakal merosakkan khidupan mereka. pantas sedaya upaya mereka mncri haluan, mnggunakan akal dan kemmpuan, kudrat diri yg Allah salurkan saban hari. namun, seberapa kerap kita bersyukur dgn nikmat kesihatan dan kesejahteraan hidup yg dikurniakan Allah ini?


mungkin tak ramai dikalangan kita berfikir dan merenung walaupun sekejap. "sudah berapa bnyak nikmat yg Allah kurniakan? sudah berapa kali Allah berikan kemenangan?? dan jarang2.. hanya beberapa kli DIA timpakan sdikit kesusahan dan ksakitan pd kita, kita mngeluh dan berburuk sangka padaNYa. bukankah nikmat hidup yg kita smua kecapi slama ini tidak terhitung?? jd mengapa perlu marah, kecewa dn sedih seandainya nikmat itu Allah tarik buat seketika dan hnya mngambil masa yg tidak kurang lamanya? itulah puncanya.... kerana kita jarang bersyukur dgn nikmat yg DIA kurniakan slama ini.

meneliti panjangnya kehidupan dunia... seakan tiada hentian terakhir buat kita yg bergelar hamba dan tanah yg hina. panjangnya angan-angan yg mmbuat kita lemah dn lalai dlam mnyusuri hidup yg sementara yg tiada seorang pun thu bila tiba saat kembali pda TuhanNYa. lantas manusia terus berbuat andaian bhwa umur yg pnjang ini tidak boleh dipersiakan. 
sama ada jalannya untuk mnyempurnakan tugas dunia atau untuk mnyempurnakan tugas akhirat, itu bergantung sepenuhnya pada hati mereka sndiri. 

jalan menuju Allah... bukanlah semudah yg diperkatakan. terlalu bnyak halangan dan godaan dr plbgai pihak yg mndustakan nikmat Allah SWT. bgaimana mndambakan syurga andai hati tetap lalai dr mngingtiNYa?? apalagi mncintaiNYa.
berat utk melangkah.. berat lgi untuk melepaskan. namun perlu kita gagahi. wajib kita hindari andai hati itu dirasakan bukanlah sepenuhnya utk Ilahi.

sempurnakanlah aku wahai Allah...
bukanlah aku meminta harta yg bnyak, duit yg melimpah ruah, rupa yg cantik, kehidupan yg mewah, kekayaan yg tiada habisnya.
namun.. aku hnya meminta secebis kasih dan rahmatMu kepadaku, kepada kaum kluargaku, teman2ku, dan sluruh mukmin di dunia ini. sempurnakanlah kami dgn ilmuMu yg tiada cacatnya, sempurnakanlah kami dgn pasangan yg saling bergandingan mngapai redhaMu, sempurnakanlah kami dalam mencari keberkatanMu didunia juga diakhirat. bekalkanlah kami ilmu yg bermanfaat, rezeki yg halal dan amalan yg Engkau terima. 

lalu berbahagialah wahai manusia... andai kesempurnaan ini Allah anugerahkan kepada kita, ianya merupakan nikmat yg paling bermakna. bukanlah sesuatu yg kita harapkan atau impikan akn mnjadi kenyataan tnpa usaha dan tawakal padaNya. bisikkanlah pada hati, "terimalah takdirnya. walau ia nampak kejam dimata kita, namun percayalah ia adlah yg paling baik disisiNya." 

setiap permulaan hidup, akan diakhiri dgn kemaatian. sejauh mana akal seseorang itu mntafsirkan bhwa khidupan akhirat jauh lebih berharga dr kehidupan dunia, maka beruntunglah dia. hiduplah dgn redaNya, dan semoga DIA ambil kita kembali juga dgn RedhaNya. penuhilah sisa waktu yg ada dgn mngejar ilmuNya, berbuat seberapa bnyak kebaikan, kerana itulah bekalan untuk kehidupan seterusnya.. jangan diimpi kehidupan yg bahgia didunia, andai Allah engkau letakkan yg paling bawah dlam senarai keperluanmu.


hiduplah dgn cintaNYa... dan yakinlah.. suatu hri nnti akan Allah hadirkan cinta yg sejati buatmu. cinta yg jauh berkali2 gnda bahgianya kerana engkau meletakkan cinta Allah yg paling utama dlam hatimu.

Dalam kesukaran hidup, ada ketenangan jika hati kita sentiasa dekat dengan Allah.. tidak gusar dengan kejauhan kerana hari-hari yang dilalui penuh dengan kebergantungan kepada Allah swt.. tidak lelah jika ditakdirkan dengan kehilangan kerana menyedari segala yang ada hanya sekadar pinjaman dari Allah swt..segalanya akan dikembalikan pada Allah swt jua.. hari-hari yang sarat dengan dugaan disambut dengan senyuman yang cukup mendamaikan jiwa.. jiwa yang sarat dengan kesakitan disembuhkan dengan membahagiakan insan lain disekeliling kita.. hidup diterima dan dilalui dengan hati dan jiwa yang penuh dengan penyerahan kepada Allah swt.. hanya satu jalan sahaja untuk memilikki kehidupan seperti ini… 

"Saat kau merasa dugaan trhdap cinta dunia, 
Dekatlah kepada-Nya,
kerana cinta kpda pncipta adalah semulia-mulia cinta yg prnah ada.."

KEMBALIKAN SEPENUH HATI INI KEPADA ALLAH…
Ya..benar kata seorang sahabat, “kekuatan itu terasa bila kita berdua”.. Jujur, diri ini mengakui kebenaran kata-katanya.. Dari kejauhan ini, semoga Allah swt melimpahkan rahmat dan kasihNya kepada dia yg teristimewa..dia yang sentiasa berusaha meletakkan diri ini pada kedudukan yang lebih mulia di sisi Allah..dia yang sentiasa mendidik diri ini yang serba kekurangan dengan penuh kesabaran..ikhlas menerima kekuranganku.. semoga impiannya dlam mnggapai ilmuMu di jalan Allah dimakbulkan Allah..semoga Allah melimpahkan kebahagiaan yang berpanjangan kepadanya hingga ke syurga Allah yang abadi kelak.. semoga dikau mnjalani liku hidup ini dengan penuh syukur dan sabar. walau nnti aku sudah tiada disisi, namun percayalh hati ini masih dgnmu, dan aku masih tetap disini menanti hadirnya kalimah indah dr bibirmu takkala berhadapan dgn waliku. doaku akan sentiasa mengiringimu saban waktu...

“ALLAH SWT SENTIASA ADA UNTUK MENJAGA KEHIDUPAN KITA SEBAIKNYA..UNTUK MERASAI MANISNYA CINTA, CINTAILAH ALLAH SEPENUH HATI KITA..INSYAALLAH..AMIN…”

Tuesday, 20 January 2015

Erti sebuah Pengharapan~~~

Assalamualaikum warahmatullah Ya Muslimin,Muslimat.....
first update utk 2015!! tak sangka.. cpat sgt masa berlalu.. tup tap..tup tap.. bulan 1 dah nk pergi.. kjap lgi blan dua.. then 3,4,5,6.. pastu raya! wahhh... jauhnya berangan. entah sempat ke tidak nak lalui bulan seterusnya tuh. mohon agar Allah panjangkan usia dgn amalan soleh.
 insyaAllah, Allahumma Aaamiin...

hari ni 20 Januari 2015 bersamaan 29 Rabi-al Awwal 1436 Masihi. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan bernafas, masih diberi kekuatan iman, masih dikurniakan pancaindera yg sempurna sperti sebelumnya. Alhamdulillah....Alhamdulillah. ucaplah syukur padaNYA! :)

wahai sahabat,

terkadang dlam kehidupan, kita menempuhi pelbgai ujian. samaada ujian itu mmbuat kita smakin bahgia atau semakin derita, itu pilihan Allah. hakNYA. walau kita baikk mcm mana sekalipun, tetap akan dihadiahi ujian kepada kita. remember?? Nabi Muhammad SAW, kekasih Allah pun masih diberikan ujian. apatah lagi kita............


perasan tak??? kalau tiba suatu saat kritikal, tak kiralah saat nk exam ke.. saat nk diijabkabulkan ke.. klu sbelum exam, mesti mulut dan fikiran kita duk fikir n mintak masuklah soalan yg kita bjar semalam. soalan yg mudah dll lgi... time sbelum nk akad nikah lak, msti mulut n fkiran tu msti duk fkir mintak jganlah smpai akad 4,5 kali. lps tu xabiz2 duk hfal lafaz akad tu... betul kan3? ;)

kan bagus seandainya saat2 yg kritikal tu kita hbiskan dgn berzikir pd DIA? minta pertolongan dri DIA. berharap sepenuhnya pd DIA. sbb time tu, org lain tak boleh tolong kita dah. Allah jer ada.
waktu tu, sandarkanlah spenuhnya hati kita pd DIA. tak yah susah2 fikir mcm2 lgi dah. guanakn wktu yg terluang tu utk berkomunikasi dgnNYA. tapi ingat!!! bukan tak suh usaha nahh... tp usaha tu dr awal lgi kena start, bukan last2 mnit....


'Hasbunallah wa Ni'mal wakil...'
''cukup Allah sebagai penolong kami, dan DIA sebaik-baik pelindung.'' (QS Ali Imran :173)

percayalah... perletakan harapan yg terbaik, bukanlah pada manusia. tapi hnya pada Allah.
namun, ada sesetengah manusia yg menindakkan pengharapan pd Allah. katanya, 'ahh, kalau asyik duk berzikir saja, bleh kaya ke??!' , 'alah, bukannya time susah tu, Allah tlong pun. jiran2 jer yg mai tlong.'
Astagfirullahalazim..... jaga percakapan kita. jgan sampai satu saat, Allah tarik semua yg ada pada kita. dan smpai masa tu brulah kita nk terngadah, tadah tngan berdoa tak henti2 pd Allah. jgan kita nk berlagak, sombong. kita, hidup kita, nyawa kita ni milik Allah. bila2 masa jer DIA boleh ambil smula.

bertaubatlah......
Teruskanlah meminta dan berharap kepada Allah kerana Ia tidak pernah menyalahi janji-Nya. Yang perlu diingat ialah bukan kita yang memilih apa yang akan terjadi pada diri kita sendri tetapi Allahlah yang berhak memilihkannya untuk kita. Begitu juga dengan persoalan bilakah masanya Allah akan mengabulkan doa kita? Ia adalah hak Allah semata-mata kerana Dia Maha Mengetahui masa yang paling sesuai dan baik untuk diberikannya apa yang anda minta daripada-Nya.



Firman Allah: “Katakanlah, “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap dirinya sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (az-Zummar; 53)

sekian. moga bermanfaat ^_^