bak kata ustaz Syed Norhisyam tuan padang di Tanyalah Ustaz pg tadi, ''utk mndapatkan kasih sayang drpd manusia yg lain hendaklah kamu meluaskan pengucapan SALAM.'' pergi ke mana pun, jumpa siapa pun, maka sebarkan dan ucapkanlah salam.. sesungguhnya ia dpat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia.. :D
Alhamdulillah...Pada rejab yg mulia dan Jumaat yg barakah. masih kita berpeluang utk bernafas dan mnghirup udara yg Allah berikan secara percuma kpd kita semua atas Rahmat kasih sayangNya pd kita. Allahhurabbi...

''tiap yang hidup akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan''
''Every s0ul must taste 0f death, and We try you with evil and with good, for 0rdeal. and t0 Us, y0u will be Returned!''
surah Al-Anbiya ':35
Subahanaullah.. amat benarlah Firman Allah itu.
sahabat yg dimuliakan.....................
ada 0rang kata.. yg perkhawinan belum tentu kita sempat tempuhi, namun kematian sudah pasti akan ditempuhi 0leh setiap makhluk yg bernyawa.
semalam, saya teringatkan arwah nenek. kebetulan ketika itu tengah searching dkt fB.. tetiba nmpak frend p0st gambar jenazah yg dlm proses tgh dikebumikan. ya Allah... hati ni segera merintih
''bilakah tiba masaku? ya Allah, andai tibanya ia.. maka kembalikanlah aku kpdMU dlam husnul khatimah ya Allah..'' hampir menitis air mata. mungkin trlampau terkenang arwah nenek yg telah genap setahun meniggalkan kami.

Bulan Syaban 2013 jam 12.45 AM
ketika itu, aku dan mak sudara tgh get ready nak mandikan nenek. biasa la, cuaca dkt malaysia, lau mndi awal xterasa sangat. nenek slalu sngt mntak nak mndi tgh2 malam sbb dia rasa panas. so, kitorang decide tetapkan waktu mandi dia sebelum pukul 1 pagi.
masa tu, dia tgh tido. sampai kami berat hati nak bangunkan dia. tgok jam dah nak dekat kul 1pg. nak tak nak, kena gerak jgk. malam tu dia memang nampak lemah sangat. sampaikan nak bgun pun kami kena dukung. sib baiklah saya ngan mak sdara ni jnis bukan tubuh kecik2. huhu
actually, dah dekat seminggu nenek xlalu makan. selalunya, even bukan time makan dia pun dia dah lapar, tp seminggu tuh, kitorang bagi apapun dia xnak..harap minum air and asyik tido jer.. risau jugak kitorang. yelah.. sebelum ni dia xmacam tu....
lepas dah siap mandikan dia, kitorang dukung and letakkan dia balik atas tilam. masa saya nak pakaikan baju utk dia, kebetulan saya tengok muka dia. mata kiri dia asyik pandang sebelah kanan. utk pengetahuan semua, mata kiri dia selama ni xboleh bukak sbb kelopak mata dia dah masuk ke dalam. tapi malam tu terbukak. luas pulak tu. memang terkejut lah. cepat2 saya gtau mak sdara. suh dia tgok nenek sy.
drpd pkaikan bju sampailah dah settle pampes apa semua, mata dia masih trbuka luas pandang belah atas sebelah kanan. tiba2 mak saudara sy bersuara.. ''rasanya nenek dah xlama dgn kita ni. pergi panggil mak.'' Allah.... perasaan ni memang Allah jer yg tahu. sungguh saya xbrsedia nk hadap kematian siapa2. takut....
namun sy gagahkan diri. ketuk bilik mak. masa tu jam dah nak dkt kul 2pg. mak bukak pintu. n sy ckap, ''mak.. tgok nenek...'' tu jer yg mampu kluar dr bibir.
lepas mak tegok2 n chek mana yg patut, trus mak g panggil abg2, adik n kakak semua.. pakat duk brkumpul lam blik, baca Yassin.. masa tu, sy, mak sdara ngan mak dah baca yassin smbil trsedu sedan. sebak datang mendadak.
kira2 dalam pkul 4.50pagi, kitorang still berjaga. tgok keadaan nenek. masih tetap sama. mak sekejap- sekejap suapkan nenek air zam-zam. sbb kalau dlam keadaan nazak, dia tgh haus. jd bila nenek nampak mcm dahaga, kitorang suap air zam-zam slow2.
sampailah Azan subuh menjengah telinga. saya bgun tunaikan solat subuh. manakala mak sdara ngan mak nmpak tgh tido. penat agaknya.. selesai solat, sy kejutkan mak. ''mak.. g la smyg subuh dulu. biar nor ngan mak wan jer yg gilir jaga nenek.'' lalu mak bergegas bgun mnuju k bilik.
saya membaringkan diri disebelah nenek. perlahan jari jemarinya saya ramas. ''ya Allah.... jika benar sudah tiba masanya, jika benar andai kepergian dia lebih baik dr hidup nya, maka ambillah dia perlahan2. jgan Engkau sakiti dia ya Allah... ''doaku seraya mengusap wajahnya yg pucat itu.
kemudian, sekitar jam 7 pagi, saya menyuap air zam-zam buat terakhir suapan utknya kerana slpas suapan itu, nenek tiba2 muntah. keluar bayak air berwarna hitam dr mulutnya. saya cemas. lantas memanggil mak sdara yg masih lena disebelah. cpat2 mak sdara bgun dan memanggil mak d bilik.
kami segera menghampar tilam di ruang tamu. dan mndukung meletakkan nenek disitu. mak segera menyampaikan berita sedih ini kpd saudara mara trdekat juga yg jauh. ya! mungkin ini merupakan kali terakhir saudara mara masih brpeluang menatap wajahnya.
jam menunjukkkan pukul 10pg. keadaan nenek sudak makin tenat. orang ramai sudah membanjiri rumah dgn laungan kalimah yassin yg sayup2 kedengaran ditelingaku. aku masih tetap disamping nenek. tidak bergnjak kemana2 pun. mataku melihat desahnya. turun naik nafasnya. ya Allah... beginikah keadaan maut dtg mnjemput? sungguh diri ini takut.. membayangkan yg aku turut sama akan merasai detik cemas itu satu saat nanti. ''ya Allah... permudahkkan bg nenekku ya Allah.. kembalikan dia kpdMU dalam Husnul khatimah!!'' doaku tidak putus2.
sekejap, tiba se0rang doktor yg dipanggil 0leh abangku. datang menghampiri nenek. memeriksa itu dan ini. lantas dia mnyimpan kmbali segala alatan canggihnya. lalu berpaling kpd mak. ''denyutan jantungnya sudah mulai lemah. kadang2 ada, kdang2 berhenti. paling lama boleh bertahan sebelum pkul 12 tghhari dan paling awal mungkin sekitar jam 11 pagi.'' ucapan doktor itu segera melemahkan anggota tubuku. bacaan yassin sudah mulai kuat, kedengaran abg sulungku bergilir2 dgn mak mengucapkan kalimah ''LAILAHAILLAULLAH'' ditelinga nenekku. aku terlampau sebak. sekadar meneliti raut wajah nenek yg pucat. apa yg sedang dilaluinya tidak kami semua tahu. bgaimana dia mnghadapi sakaratul maut hanya nenek dgn Allah yg tahu.
tiba-tiba desah nenek semakin teruk. mulutnya terbuka. nafasnya semakin semput. aku yg mulai sedar dgn ketentuan Allah ini bangkit mndekati nenek. disebabkan mak sudah tidak dapat menahan sebak, aku mngambil tmpatnya, mnggantikan mak, mngucapkan kalimah suci Allah itu ditelinganya.
''LAILAHAILLAULAH.... LAILAHAILAULAH...LAILAHAILLAULAH....'' ucapku sebanyak mungkin ditelinga nenek. abang turut menemaniku saat itu. dia juga tmpak mngalirkan air mata, namun msih boleh mngawal sebak.
jam 11.25 pagi... nenek mnghembuskan nafas yg terakhir. pemergiannya tika itu meragut air mata dr semua insan disekeliling. aku turut tidak ketinggalan. manakan tidak, tangan inilah yg menyuap dia makan, mendukung membwanya mandi, mengusap tubuhnya ktika dia gatal dan panas. walau cuba ditahan, namun air mata ini tetap xmahu berhenti!
kali pertama melihat jenazah dimandikan. walau aku xdibenarkan memnadikan jenazah arwah, namun aku msih berkesempatan membantu. tangan ini sempat menyentuh tubuh arwah buat terakhir kali. dan aku tiba2 teringat. ''ya! malam td merupakan kali terakhir kami memandikan nenek...''
usai memndikan jenazah, aku melihat mereka memakaikan kain sembahyang kpd arwah nenek. lalu dicempung dan diletakkan diatas kain kafan yg sudah sedia terbentang. ya Allah... air mata ini masih mengalir!
selesai mengkafan, tibalah saat para keluarga diberi peluang terakhir mengucup dahi dan pipi arwah. mak berpesan kpdku. ''lap lah air mata tu. jgan smpai menitis d kulit arwah.'' aku segera mngelap air mata. dan menenangkan diri. syukur ketika bibir ini mnyentuh dahi arwah, ketenangan segera Allah limpahkan dihati. ya... nenek telah pergi kerana Allah lebih menyayanginya. lepaskanlah dia.. biar dia pergi dgn tenang.. pujuk hatiku lembut. Alhamdulillah, air mata akhirnya berhenti mengalir.
selesai semuanya, jenazah dibawa ke surau berhampiran utk disembahyangkan. aku melihat jenazah arwah nenek dibawa pergi dgn hati yg xdapt digambarkan dgn kata2. ''ya Allah... nenek dah pergi...dan xmungkin kembali lg.''
malam itu... sungguh aku xmampu melelapkan mata. terbawa2 ingtan pd arwah. merenung tempat tidurnya di penjuru dinding.. ''ya Allah... betul. nenek betul2 dah pergi.....'' aku sebak kembali.
begitulah keadaanku dalam tempoh seminggu stelah pemergian arwah nenek. makan pun xlalu, tidur pun xbegitu lena. fikiran ni asyik teingat pd keadaan semasa dia dalam sakaratul maut. betullah mak ckap. bila kita sndiri menghadap satu kematian, kita boleh insaf serta merta. dan jadikan ia sbagai ingatan yg boleh kuatkan keimanan kita pada Allah. juga mengingtkan kita pd kematiaan yg bila2 masa sja bisa dtg mnjemput.
sungguh. aku terasa pemergiannya merupakan salah satu faktor aku ingin lbih dekat dgn Agama Allah. tanpa ilmu, hidup ini sia2 cuma. sbgai ahli kluarga trdekat, aku xmmpu mmndikan arwah.. kerana apa? kerna tiada ilmu. aku xmmpu mngkafankan jenazah. juga kerna tiada ilmu. lalu aku bertekad, utk mncari ilmu supaya aku mampu utk mmnadikan, mngkafankan dan mnymbahyangkan jenazah keluargaku kelak. semoga Engkau bantu ya Allah. permudahkan bagiku setiap yg sukar.. m0ga pengalaman ini b0leh dijadikan pedoman dlam khidupan seharian yg mnuntut kita utk mengingati mati, sekurang2nya 70kali sehari. masyaAllah.. mampukah kita? tepuk dada tanyalah iman.. :)
Al fatihah utk arwah nenek. n0r sntiasa doakan m0ga nenek ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yg beriman dan beramal soleh.. serta m0ga nenek berbahagialah disana, xlama lg n0r pun akn turut ikut nenek.. moga kita dpt bertemu dialam sana. insyaAllah amin... ya robbal alamin.....